Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Januari 31, 2011

Macam Biskut !!!

Kejap ada, kejap takde... Blog ini dah 10 hari diistihar tak wujud... tiba-tiba ada balik.... bikin susah sahaja.. Disebabkan kehilangan selama 10 hari itu,saya telah membeli domain sendiri dengan nama http://www.myictworld.com . Semuanya sebab sakit hati punya pasal. Jadi sekarang apa yang perlu saya buat ?

Khamis, Januari 20, 2011

Tempat Kerja Yang Selesa

Bagi guru ICT makmal komputer yang selesa menjadikan P&P yang dijalankan seronok. Makmal komputer yang selesa juga bermaksud komputer-komputer yang terdapat di dalamnya berkeadaan baik dan boleh digunakan. Makmal komputer sekolah saya telah berusia hampir 12 tahun. Merupakan makmal komputer fasa kedua. Saya merupakan penyelaras makmal yang kedua sehingga kini. Saya pertontonkan slaid makmal saya yang selesa ini.





Ahad, Januari 16, 2011

Kelebihan Membeli Secara Online

Setakat ini saya suka membeli barangan teknologi secara online sebab belum kena tipu. Apa yang penting, selidik dahulu syarikat sama ada boleh dipercayai atau tidak. Biasanya kalau syarikat sudah ada nama besar jarang dengar kes kena tipu. Satu lagi tanya hati sendiri yakin atau tidak. Antara kelebihan dan tips membeli secara online berdasarkan pengalaman saya ialah;
1. Sudah tentu tak penat keluar rumah. Jimat minyak kereta.
2. Pakej yang ditawarkan. Beli semasa promosi.. Ada hadiah lagi baik.
3. Talian khidmat pelanggan. Mudah apabila ada masalah
4. Riview barangan beserta perbandingan dengan jenama lain
5. Cara pembayaran. Kalau guna kad kredit, ada bank yang tawarkan ansuran 0%.
6. Jaminan dalam tempoh warranty. Ganti terus yang baru bila rosak, tak perlu tunggu dibaiki.

Pengalaman saya membeli PDA, tiga kali saya tukar dan dapat terus yang baru. Pernah juga membeli printer. Murah aje..RM200. Berpeluh-peluh datang mencari rumah nak ganti yang baru. Almaklum la..rumah di kawasan kampung.. hulu pula..haha... kesian ..saya bagi air sejuk segelas je...

Jenama Laptop Mana Yang Baik ???

Jawapan kepada soalan tersebut susah hendak dijawab. Saya guna jenama IBM Lenovo. Saya beli sebab masa di kedai, tokey kedai ketuk laptop Lenovo dengan tangan dan kata "Ini laptop banyak kuat oooo..." Maka saya beli Lenovo, tetapi bukan yang diketuk tu !!!  Untuk membeli maka ikut la tips membeli laptop seperti entri saya sebelum ini. Saya paparkan jenama-jenama laptop (tidak termasuk siri, sebab banyak sangat..)
1. Acer
2. Alienware
3. Apple
4. Asus
5. Averatec
6. BenQ
7. Compaq
8. CyberPower
9. Dell
10. Durabook
11. eMachines
12. Falcon Northwest
13. Fujitsu
14. Gateway
15. General Dynamics Itronix
16. Gigabyte
17. HP (Hewlwtt Packard)
18. IBM
19. iBuyPower
20. Lenovo
21. Micro Center
22. Msi
23. Origin
24. Panasonic
25. Rugged Notebooks
26. Samsung
27. Sony
28. Toshiba
29. ViewSonic
30. Wyse

Mungkin ada jenama lain.. saya tak tahu..yang tahu ni pun ada yang tak tahu rupanya...

sumber : http://www.laptopmag.com  / http://www.geekwithlaptop.com/tag/laptop-statistics / http://internetgecko.com/category/laptop

Sabtu, Januari 15, 2011

Tips Membeli Laptop

Kalau orang tanya pendapat bila nak beli laptop, "Laptop apa yang bagus?" adalah antara soalan pertama yang ditanya. Soalan lain yang biasa juga ditanya, "Laptop apa yang murah ???!!!'. Kalau ikut hati nak aje jawab... "Mana saya tau !!!".... Pada saya, soalan yang patut ditanya ialah.. " Saya ada RM2000, laptop macam mana yang boleh dibeli?"... baru la betul...
Sebenarnya dalam membeli laptop, berdasarkan bacaan dan pengalaman membeli laptop perlu mengambil kira perkara-perkara berikut..antaranya...
1. Tentukan bajet...jangan la harap laptop power kalau bajet kecil..
2. Nilai keperluan anda, keperluan pelajar berbeza dari seorang pengusaha atau seorang seniman atau guru dalam hal ini. Jika membelikan untuk anak, mungkin boleh beli laptop yang agak murah sesuai dengan keperluannya. Tetapi kalau kursus kejuruteraan, yang murah dan kurang power dah tentu tak sesuai.
3. Pertimbangkan jaminan. Laptop dengan  tidak ada
jaminan atau masa jaminan singkat memungkinkan kos selenggara yang banyak dalam jangka panjang.
4. Keselesaan menggunakan keyboard. Jika anda suka laptop kecil tetapi jari anda besar mungkin tidak sesuai. Keselesaan penting dalam menggunakan laptop kerana ia berbeza dengan keyboard biasa.
5. Laptop mesti mempunyai ruang memori tambahan. Akan sampai masanya anda hendak meningkatkan kuasa laptop anda, maka perkara tersebut tidak akan memberi masalah kepada anda.Contoh, ruang untuk RAM atau hard disk.
6. Jmlah port USB kerana port ini akan membantu anda untuk menyambung pelbagai perant. Semakin banyak semakin baik.

7. Tempat membeli  laptop. Lebih dekat dengan tempat tinggal lebih baik agar mudah billa sampai masanya laptop anda memberi masalah. Contoh jika membeli untuk anak belajar di universiti, beli sahaja yang dekat dengan universiti supaya mudah anak anda menghantarnya ke kedai..

Jika ada tambahan.. sila lah tambah...

Khamis, Januari 13, 2011

Tugas Guru Banyak ? Tipu !!!!!!

"Our core business is to teach !!! " Saya masih ingat kata-kata Penolong Kanan dahulu. Ungkapan tersebut rasanya akan terus melekat sampai bila-bila. Adakah benar guru-guru pada masa kini dibebani dengan pelbagai tugas ?  Melihat kepada tugas-tugas lain saya pada tahun ini ketiga-tiga bahagian iaitu kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum kesemuanya terdapat nama saya. Kebanyakkannya bahagian-bahagian di mana kalau mesyuarat pengurusan, maka adalah muka saya di situ, itu belum termasuk bahagian yang kecil-kecil seperti menjadi AJK dan sebagainya. Hebat pula rasanya menjadi cikgu ict ni. Tidak lama dahulu, kajian mengenai beban tugas guru telah dilakukan pihak kementerian. Apakah hasilnya ?? Saya tidak tahu ada atau tidak atau saya tidak ambil tahu. Apa yang saya tahu, kurikulum baru dan ini tidak termasuk PMR yang bakal dimansuhkan menunjukkan kaedah pentaksiran digunakan bagi mengelakkan sistem pendidikan terlalu ke arah exam oriented. Apa yang bakal terjadi ialah setiap pelajar akan mempunyai fail-fail pelbagai jenis dan guru terlibat perlu melakukan kerja-kerja pentaksiran yang banyak selain mengajar dan sebagainya. Maka secara ringkas mari kita fikir, adakah kajian menunjukkan beban tugas guru banyak ?? Tipu la siapa yang cakap tu...

Rabu, Januari 12, 2011

ICT ke TMK

Tingkatan 4 pada tahun 2012 akan menggunakan bahasa Melayu dalam mata pelajaran ICT. Ini bermakna banyak terma ICT akan berubah ke bahasa Melayu . Muat turun terma-terma tersebut di ruangan muat turun.

Khamis, Januari 06, 2011

Kerjaya Dalam ICT

Soalan biasa yang ditanya pelajar baru ICT ialah "belajar ict boleh kerja apa cikgu ? ". Jawapan ini biasanya memerlukan 2 jam lebih kurang jika guru hendak terangkan. Apa yang biasa saya lakukan adalah memberikan masa kepada mereka membaca buku yang diterbitkan oleh Multimedia Development Corporation -Kerjaya Dalam ICT. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar sekolah,malah bakal siswazah dan sesiapa sahaja yang berminat untuk berjaya dalam bidang ICT. Bagi sesiapa yang berminat adalah boleh membacanya terus melalui internet. Sila klik SINI untuk ke laman tersebut.

Masalah Guru ICT Awal Tahun

Apabila masuk tahun baru, masalah yang disebut seperti di atas sering berlaku. Biasanya melibatkan pelajar baru ICT tingkatan 4. Amat jarang mendengar pentadbir sekolah memberi kebebasan kepada guru ICT memilih sendiri pelajar mereka. Saya sebenarnya tidak berapa faham ( rasanya lebih kepada tidak ambil tahu..hehe) bagaimana pembahagian matapelajaran teras dan elektif apabila melibatkan pelajar tingkatan 4. Simpati mendengar guru mendapat pelajar ICT baru yang diketahui lemah, tidak berminat, dipaksa masuk kelas ICT dan sebagainya. Saya sendiri mengalami masalah tersebut, namun atas istilah "saya yang menurut perintah" maka terima sahajalah keadaan begitu. Sekurang-kurangnya kelas ICT telah ditetapkan dan saya tidak perlu membuat ujian itu ini dalam memilih pelajar ICT (sebut aje lah malas..haha).. Rasanya nak buat kajian tindakan berkaitan perkara ini... Jika ada sesiapa nak kongsi masalah ini maka taiplah komen.....

Ahad, Januari 02, 2011

Perkhidmatan Internet GITN Tamat

Perkhidmatan internet di sekolah Malaysia yang dibekal oleh Syarikat GITN telah tamat pada 31 Disember yang lepas. Sehubungan itu semua sekolah di Malaysia dibenarkan untuk menggunakan mana-mana Penyedia perkhidmatan Internet (internet Service Provider) yang menyediakan perkhidmatan internet dan bayaran bulanan akan ditanggung oleh kerajaan. Bayaran bulanan terhad sehingga RM600 sebulan. Pekeliling berkaitan perkara ini boleh dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi saya, nampaknya ia merupakan kerja yang perlu saya lakukan segera di sekolah. Kalau lambat alamat P&P boleh terjejas sedikit sebanyak.

Soalan ICT Berdasarkan Subtopik

Entri tahun baru dimulakan dengan bahan P&P ICT. Saya rasa sangat sesuai untuk guru dan pelajar ICT. Soalan-soalan disusun mengikut subtopik berdasarkan learning area 1-6. Kesemua soalan adalah daripada soalan peperiksaan percubaan ICT negeri-negeri 2010 yang saya kumpul dan juga soalan-soalan SPM ICT 2007 hingga 2010. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jika ada kesilapan sila maklumkan kepada saya. Terima Kasih..

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"