Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, Februari 25, 2012

Kad Nama Facebook

Moo dan juga Facebook telah menawarkan kad nama bercetak secara percuma kepada semua, menggunakan gambar Facebook Timeline dan beberapa maklumat daripada Facebook. Kini, tawaran tersebut kembali semula, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma, tanpa sebarang kos.
Dengan menggunakan gambar Facebook Cover anda, beberapa maklumat daripada akaun Facebook, dan kemudiannya di cetak untuk anda tanpa sebarang kos. Penghantaran juga dilakukan tanpa sebarang caj, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma sepennuhnya. Tawaran percuma ditawarkan oleh Moo sebanyak 50 kad bercetak secara percuma, dengan penghantaran global percuma mengikut pos biasa. Anda juga boleh mencetak imej berbeza pada setiap kad, dan beberapa pilihan tambahan, semestinya pada kos tambahan.
Bagi yang berminat, mungkin anda boleh layari laman Moo hari ini, dan mencetak kad nama Facebook anda secara percuma.

Sabtu, Februari 18, 2012

Kajian Latihan Dalam Perkhidmatan

Kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang dihormati.. Apalah kiranya dapat meluangkan masa anda menjawab soal selidik secara atas talian ini. Ini bagi rakan baru saya yang juga merupakan bekas guru ini yang sedang melanjutkan pengajian beliau...berikut adalah permohonan beliau..

Tuan/Puan yang dihormati,

Saya, Shafizul Mohamad, merupakan seorang guru yang sedang melanjutkan pelajaran di University of South Australia dalam bidang distance education. Kajian saya berkaitan penggunaan social networking application untuk tujuan pembangunan staf / LDP. Sebelum ini saya merupakan Penolong Pengarah ICT dan Perkomputeran di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.Soal selidik ini merupakan sebahagian drpd keperluan penyelidikan Doktor Falsafah saya. Saya sangat memohon kerjasama tuan/puan untuk menjawab soalan-soalan soal selidik ini.Saya amat menghargai masa yang diluangkan untuk menyertai kajian ini. Soal selidik ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

Soal selidik ini boleh diakses di sini.

Selasa, Februari 14, 2012

Zoom Paparan Anda

Perisian ini sangat sesuai untuk anda ketika membuat persembahan.Apabila perisian ini dijalankan, kita boleh terus Zoom di mana-mana sahaja bahagian skrin yang dikehendaki. Bukan setakat itu sahaja, apabila dalam keadaan zoom , kita juga boleh menggaris, membulat menggunakan tetikus. Terdapat banyak kawalan yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian pengguna. Klik SINI untuk memuat turun.

Khamis, Februari 09, 2012

Mengubah Sikap Dengan Cara Berlainan

Mengubah sikap yang telah lama menjadi kebiasaan sememangnya sukar. Apatah lagi jika ingin mengubah sikap tersebut dengan cara yang menyeronokkan dan kelakar. Sememangnya ia boleh berlaku dengan pemikiran "thinking out of the box". Saya sendiri ingin selalu berfikiran seperti itu.. Jom tonton video bagaimana sikap seseorang boleh diubah dengan cara yang kelakar dan menyeronokkan. Klik http://thefuntheory.com/

Rabu, Februari 08, 2012

Adakah Murid Kini Masih Lagi DiSuap ?

Berdasarkan statistik permohonan bagi mendapatkan jawapan (Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik), hanya 8% permohonan daripada murid-murid ICT. Saya bertanya sendirian sama ada dengan teknologi dan dengan gaya pembelajaran dan pengajaran masa kini, masih memerlukan murid-murid di berikan segala-galanya oleh guru. Saya tidak mahu memberikan contoh yang lain kerana murid-murid saya sendiri kebanyakkannya masih memerlukan bantuan daripada guru dalam pembelajaran mereka. Ini termasuklah nota-nota dan soalan tambahan. Adalah amat malang bagi guru (termasuklah saya...) kerana dengan kurikulum baru dengan ketiadaan peperiksaan seperti upsr dan pmr yang mana murid-murid perlu membuat kerja kursus, projek dan sebagainya. Malang kerana jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera mulai sekarang, maka guru akan terbeban dengan segala macam kerja seperti mencari bahan, jawapan dan akhirnya boleh dikatakan kerja kursus itu sebenarnya dilakukan oleh guru !! Apakah faktor penyebab mengapa perkara ini berlaku ?? Saya cuba senaraikan dan jika ada bangkangan, tambahan dan sebagainya silalah komen...
1. Guru tidak percaya murid-murid dapat mencari bahan dengan betul..
2. Guru tidak mengajar murid-murid cara mencari bahan dengan betul.
3. Guru tidak tahu bagaimana mengajar murid-murid mencari bahan pembelajaran.
4. Murid-murid tidak digalakkan mencari bahan pembelajaran.
5. Guru dapat menjimatkan masa dengan terus memberi bahan-bahan pembelajaran.
6. Murid-murid tidak kemahiran menggunakan ICT.(persekitaran)
7. Murid-murid sukar untuk mencari bahan menggunakan ICT.
8. Murid-murid lemah dan memang perlu terus diberi bahan pembelajaran
9. Tiada sistem pemantauan yang berkesan oleh guru.
10.Guru terbeban dengan kerja lain yang lebih penting
11.Cara sekarang yang mudah dan berkesan
..
Bagaimana pendapat guru yang lain... Saya tidak tahu keadaannya di bandar-bandar kerana saya tidak pernah mengajar dibandar dan mungkin juga kerana saya tidak mahu mengajar di bandar...Maksud saya dari segi murid-murid dan persekitaran mereka... Atau juga sekolah mereka... Sikap murid-murid yang bersekolah lelaki sahaja dengan murid-murid yang bersekolah perempuan sahaja mempunyai kelainannya tersendiri.. begitu juga dengan murid-murid berasrama penuh dan bermacam jenis sekolah yang lain..

Jika kita lihat dari sudut-sudut tersebut yang pelbagai rencam...MAKA sebagai guru boleh kita katakan...
1. Tidak perlu memikirkan perkara tersebut kerana tidak kena mengena..
2. Membuang masa memikirkan masalah ini kerana masalah lain banyak yang kena difikirkan.
3. Ikut cara sendiri, sekarang pun tidak ada masalah...murid-murid berjaya juga...
4. Biar orang lain yang buat kajian...

****Sebab itu ramai pelajar apabila berada diinstitut pengajian tinggi, kolej dan sebagainya menghadapi masalah mencari bahan pembelajaran semasa awal pengajian kerana telah biasa diSUAP oleh guru.... 

Ruang Sembang Yang Baru

Oleh kerana shoutmix sudah mula mengenakan bayaran, maka terpaksalah kita mencari yang baru dan lebih penting ia percuma. Bagi yang masih tercari-cari atau belum mengetahui maka boleh lah kita mencuba aplikasi ini. Sila klik FIBOX

Isnin, Februari 06, 2012

Salam Maulidur Rasul s.a.w

Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna sentiasa menjadi ikutan kita umat Islam.

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"