Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Mac 27, 2012

Desktop Wallpaper

Saya adalah penggemar desktop wallpaper. Namun begitu saya lebih sukakan yang ringkas, warna menarik , berdefinisi tinggi dan tidak menyemakkan mata. Terdapat banyak laman web wallpaper yang memberi peluang kepada mereka yang mahukan wallpaper bagi desktop mereka ringkas dan menarik untuk dipandang. Antara laman web yang boleh anda layari bagi mendapatkan wallpaper....

1. simpledesktops
2. deviantart
3. minimalwall
4. minimalist
5. icanbecreative

Rabu, Mac 21, 2012

Keputusan SPM 3765 2011

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek ICT SPM 2011. Tahniah juga kepada para guru yang bertungkus lumus membimbing murid-murid. Tahniah juga kepada sekolah yang mengekalkan kelulusan 100% dalam subjek 3765. Namun begitu jika ada sasaran tidak mengena.. Jangan frust lama-lama... cari cara bangkit semula... Dan nampaknya ungkapan itu sesuai juga untuk saya kali ini......

Selasa, Mac 20, 2012

Pertandingan Blog Pendidikan 2012

Pertandingan Blog Pendidikan 2012 kini kembali. Pertandingan anjuran Pusat ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris ini terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog berunsur pendidikan. Terbahagi kepada 3 kategori iaitu sekolah , ipta/ipts dan terbuka. Sila layari http://ict.upsi.edu.my untuk maklumat lanjut

Membuang Fail-Fail Yang Sama

Susun semula data-data di komputer kita dengan membuang fail-fail yang sama. Menggunakan perisian Easy Duplicate File Finder ini bukan sahaja membolehkan fail-fail dengan nama dan saiz yang di cari dengan mudah, malah ia turut melindungi fail sistem dan folder. Ianya didatangkan dengan antara muka yang mudah dan di fahami dan turut menyokong fail dalam bahasa cina dan bahasa jepun. Untuk memuat turun perisian ini sila klik SINI

Langkah-langkah menggunakan perisian ini...

1. Berikut adalah paparan perisian ini..

























2. Pilih partition yang hendak ada cara fail-fail yang sama..

























3. Setelah selesai...paparan berikut akan dipaparkan...

















4. Setelah itu , pilih mana-mana fail yang ingin dibuang dengan menekan butang deleted..
Selamat mencuba...


Selasa, Mac 13, 2012

Gambar Ter"delete" !!! Dapatkan Semula (2)

Baru-baru ini gambar dalam MMC saya ter"delete" lagi dengan tidak sengaja. Pada mulanya dengan rasa sangat yakin saya menggunakan perisian yang saya telah war-warkan sebelum ini bagi mendapatkan semula gambar yang telah hilang. Saya mula berasa goyang kerana tidak berjaya !! Maka saya guna satu lagi perisian yang biasanya memang tidak menghampakan iaitu Getbackdata. Juga tidak berjaya !! Maka tercari-carilah saya di Brothersoft (sebuah laman bagi mendapatkan berbagai jenis perisian).. Lepas satu perisian ke perisian yang lain. Ada yang berjaya namun perlu serial number bagi membolehkan gambar di simpan di pc..Di saat-saat hampir fed up  dan seperti biasa berlaku, sebuah perisian muncul menyelamatkan keadaan.. Dapatkan Pandora Recovery .. paling penting seperti biasa juga... PERCUMA

Ahad, Mac 11, 2012

Pantau Cakera Keras Anda

Seringkali pengguna pc atau laptop tidak mengambil berat tentang cakera keras (hard disk) masing-masing. Hard Disk Sentinel merupakan perisian yang berfungsi untuk memantau dan menganalisis setiap cakera keras yang dikesan malah mampu memantau cakera keras luaran (external hard disk) dan sebagainya. Untuk mengetahui fungsinya secara lebih lanjut dan juga untuk memuat turun perisian ini, sila klik SINI..

Khamis, Mac 08, 2012

Perubahan Penskoran ICT Kertas 2 (3765/2)

Berita terkini untuk semua guru ICT yang mengajar tingkatan  4 dan 5. Mesyuarat Penataran PBS 3765/2 mungkin akan diadakan pada awal bulan april (Zon Tengah; KL, Selangor, Putrajaya dan NS ) oleh LPM. tempat mungkin di Klang. namun hanya 80 sekolah dari zon tengah di panggil. Mesyuarat penataran ini akan berbincang mengenai kaedah baru dalam pemberian skor pentaksiran. Perubahan ini akan berkuatkuasa tahun 2012 bagi pelajar tingkatan 4, borang baru akan digunakan, namun demikian, bagi guru ICT form 4 tahun ini ,sila teruskan pentaksiran anda ,jangan tunggu, nanti selepas penataran barulah transfer ke borang baru.

*** Semua info di atas tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu kelak..

Info di atas diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan..... 

Rabu, Mac 07, 2012

Ultra Book Intel


Ultrabook adalah komputer riba berteknologi terkini di mana Intel telah mendaftarkan hak cipta penggunaan nama Ultrabook itu sendiri yang menjadikan pengeluar seperti AMD tidak boleh menggunakan nama tersebut. Ultrabook ini menawarkan komputer yang dikurangkan saiz dan berat, dengan jangka hayat bateri yang lebih lama tanpa menjejaskan prestasi.Intel dijangka memperkenalkan pada penghujung April kelak cip pemprosesan (CPU) berasaskan 2 n dan turut boleh membawakan spesifikasi yang tinggi untuk corei5 dan juga i7.  Ia menggunakan pemproses Intel berkuasa rendah dengan grafik bersepadu, pemacu solid-state responsif, dan casis unibody agar sesuai dengan bateri yang lebih besar ke dalam kes-kes yang lebih kecil.  Disebabkan saiz yang minimum, bilangan port seperti USB adalah terhad. Namun ia dirasakan tidak menjadi masalah yang besar bagi pengguna komputer riba yang mahu ia mudah dibawa ke mana sahaja
sumber : wikipedia / amanz

Jumaat, Mac 02, 2012

Untungnya Berlaku Jujur

SSQS (Sistem Smart School Qualification Standards) bukan asing bagi ramai guru di Malaysia. Pengisian data ke portal KPM ini kadang kala menimbulkan keraguan kerana sekolah akan dinilai berdasarkan band 1 hingga 5. Ada kisah menarik mengenainya yang baru saya peroleh daripada rakan saya. Bertangungjawab dalam mengisi dapatan daripada guru dan murid, beliau dengan jujur mengisinya. Hasilnya adalah sekolah beliau mendapat band 2 !! Apa yang terjadi selepas itu adalah bermulalah episod soal jawab daripada PKG, PPD mahupun Jabatan. Maka jenuhlah menjawab !!! Menariknya pada suatu hari sekolah mendapat surat dan telefon mengatakan sejumlah Komputer Terpakai akan diperoleh yang datangnya daripada KOREA !!! Komputer second hand jika datang daripada Korea sebuah negara maju ICT juga dengan kelajuan internet paling laju di dunia bukanlah seperti komputer terpakai di negara kita. Seterusnya pihak Korea yang menghantar komputer tersebut menyatakan akan datang ke sekolah rakan saya ini bagi melihat perkembangannya. Untung seterusnya adalah maka datanglah peruntukan ke sekolah untuk membaiki makmal, menghias makmal, mengecat makmal dan bermacam lagi yang mana jika sebelum ini jika dipohon belum tentu akan dapat atau dilayan. Sememangnya menjadi kerja yang banyak pula kepada rakan saya ini dalam menguruskan bermacam perkara....belum selesai lagi !!!
Maka pada hari yang telah ditetapkan maka datanglah delegasi daripada KOREA tersebut... salah satu sambutan yang diberikan adalah pertunjukkan silat....Tengah rancak bersilat murid-murid ni, tiba-tiba seorang pesilat ni tah macam mana tersadung kaki kot... berdarah kaki.....delegasi KOREA tersebut tengok je...Yang berlaku selepas ini menarik !!!! Selesai sahaja lawatan semua tu bagai, sekolah dimaklumkan bahawa berdasarkan incident yang berlaku semasa pencak silat tersebut... Mereka (Pihak Korea) merancang untuk memberi bantuan bagi sekolah mencari tapak untuk pembinaan sebuat GYM !!!
Fuhhhh.....dapat lagi !!! Moralnya adalah....berlaku jujur walaupun perit..... Maka selepas ini jika sekolah kita hendak bantuan macam-macam maka jadikanlah keputusan SSQS kita tu serendah mungkin menjadi band 1 ... Beranikah kita  ?????  Saya tak berani... Wassalam.....

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"