Symbolic.com merupakan laman web tertua di dunia. Telah berusia hampir 26 tahun. Didaftarkan pada 15 March 1985. Pada masa itu merupakan kepunyaan perusahaan pembuatan komputer Symbolic Inc. Laman web ini masih ada namun tidak lagi digunakan. Sila klik SINI.
Sumber :
http://www.malaysiasensasi.net/2012/01/laman-web-tertua-di-dunia.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Symbolics
Halaman
▼
Halaman
▼
Ahad, Januari 29, 2012
Rabu, Januari 18, 2012
'Crop' Gambar Seperti Photoshop
Satu lagi perisian yang mempunyai fungsi seperti photoshop. Anda boleh 'crop' gambar seperti mana bentuk yang anda mahukan dan letakkannya pada gambar lain. Disediakan dengan tutorial. Mudah digunakan. Klik SINI untuk muat turun.
Selasa, Januari 10, 2012
Maklumat Tentang ICT, ICTL, PAV Dan PVT
Maklumat berikut diperoleh daripada pegawai BPK:
1. SP dan HSP ICT masih belum berubah, hanya bertukar bahasa sahaja. Ianya bagi memenuhi tuntutan MBMMBI bermula tahun 2012 dan kepada sekolah yang menggunakan pengantar subjek ICT Bahasa Malaysia.
2. ICTL adalah program yang wajib ada di semua sekolah kerajaan yang mempunyai makmal komputer kerajaan. Cara bagaimana perlaksanaannya adalah mengikut kemampuan sekolah dan setiap sekolah mempunyai justifikasi masing-masing tentang perlaksanaan.
3. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah satu aliran baru yang telah bermula mulai 3 Januari 2012 untuk murid tingkatan 1 pada 15 buah sekolah seluruh Malaysia. Murid-muridnya terdiri dari mereka yang berpencapaian rendah dalam akademik.
4. Subjek baru yang di cadangkan bernama PVT akan menggantikan Kemahiran Hidup apabila KSSM bermula, gambarannya ialah pada 2014. Apabila bermulanya PVT barulah ICTL termansuh bermula dari murid ting 1 pada 2014. Surat permansuhan adalah sama seperti surat yang di terima oleh guru-guru sekolah rendah apabila KSSR bermula di tahun 1 pada 2011 yang lepas dan ICTL tahun 1 termansuh kerana TMK telah berada di dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi (DST). Walaubagaimanpun surat pemansuhan ICTL Menengah akan di keluarkan apabila tiba masanya nanti kerana menjelang 2014 macam-macam boleh berlaku
Ahad, Januari 08, 2012
Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran TMK
Bahagian Pembangunan Kurikulum telah pun mengeluarkan Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran bagi subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi. Guru-guru ICT boleh mendapatkannya di blog ini ataupun terus sahaja ke laman web rasmi BPK. Klik SINI untuk ke BPK.. atau klik SINI untuk pautan muat turun blog ini.
Khamis, Januari 05, 2012
Skema ICT SPM 2011
Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan skema ICT SPM 2011, kini anda boleh mendapatkannya di ruangan muat turun tingkatan 5. Kepada guru-guru yang saya telah beri jawaban sebelum ini diharap dapat membuat sedikit pembetulan jawaban.
Ahad, Januari 01, 2012
Tahun Baru 2012
Masa sememangnya cepat berlalu. Selamat tahun baru. Barukan apa yang perlu dan kekalkan apa yang sepatutnya dikekalkan. ICT sudah boleh diajar dalam Bahasa Melayu. Itu yang baru. Tetapi, semua bahan-bahan dan seumpamanya masih yang lama. Itu yang kekal buat masa ini di tahun baru 2012 dan tentunya ia buat sementara. Jadi...kita tungguuuuuuuuuuuuu....yang baru !!!