Halaman

Halaman

Sabtu, Februari 23, 2013

Rangkaian Sosial Baru - Joota

Joota , berdasarkan pemahaman saya pada taklimat baru-baru ini merupakan sebuah rangkaian sosial yang menghubungkan manusia melalui isi kandungan yang ingin dikongsi. Sebagai contoh anda ingin berkongsi sebuah laman web dengan orang lain, maka anda aktifkan Joot dan isi kandungan tersebut disimpan di akaun Joota anda dan apabila orang lain mencari kategori yang sama maka ia akan terus berhubung dengan anda. Jika masih kurang faham maka silalah lihat video di bawah atau buka akaun Joota anda sendiri di http://www.school.joota.com dan anda boleh mempelajarinya pada tutorial yang diberi.



Khamis, Februari 21, 2013

Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT

Hari ini bertempat di Menara TM Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur saya menghadiri Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT dalam PdP. Apakah taklimat tersebut saya akan jelaskan pada entri terbaru nanti. Taklimat ini menghimpunkan ketua-ketua Panitia ICT negeri Selangor. Setelah agak lama tiada perjumpaan maka taklimat ini merupakan peluang berjumpa rakan-rakan lama. Di sini saya mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya akan kesihatan saya. Alhamdulillah sudah semakin baik.

Rabu, Februari 20, 2013

'Backup and Restore Driver' PC Anda

Sebelum ini saya menggunakan perisian Driver Magician dan Double Driver untuk 'backup and Restore Driver'. Entah mengapa teringin pula menggunakan perisian lain seumpamanya. Maka saya terjumpa dengan perisian Driver Genius ini. Saya suka kerana mudah digunakan.  Jika anda suka maka bolehlah klik SINI..







*** Jangan lupa backup driver pc atau laptop anda....

Isnin, Februari 11, 2013

Pembayaran Elaun BISP

Ini merupakan Info terkini daripada Jabatan.

Mengikut dasarnya BISP dibayar sekiranya tiga syarat utama dipenuhi:

i) Opsyen (subjek Matematik, Sains, ICT)
ii) SPM - kredit BI (atau Kursus Etems, Edict)
iii) Mengajar dalam Bahasa Inggeris (100%)

Sekiranya syarat ini masih dipenuhi, maka masih dibayar BISP. Tetapi jika salah satu tidak dipenuhi, BISP akan ditarik balik. Sekiranya persediaan mengajar, pengajaran dan pembelajaran, dijalankan dalam 100% Bahasa Inggeris, masih layak dibayar BISP. Tetapi sekiranya sudah didwibahasakan (pilihan sekolah dan dipersetujui dalam mesyuarat sekolah), maka tidak layak lagi dibayar BISP. Kalau seorang guru berjaya membuktikan yang dia masih menggunakan 100% Bahasa Inggeris, dengan persetujuan pihak sekolah, dia masih layak dibayar


Selasa, Februari 05, 2013

Sistem Rancangan Mengajar ICT

Salam hormat kepada semua. Kali saya kongsikan satu sistem yang dikongsi oleh Cikgu Lee Chee Kean dan rakan-rakan beliau dari SMK Malugu Sri Aman Sarawak. Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi aplikasi ini. Bagi mereka yang tidak gemar menulis di buku rancangan menhgajar maka ia sangat sesuai digunakan. Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Lee Chee Kean di atas perkongsian ini , semoga lebih banyak perkongsian dapat dilakukan di blog ini daripada guru-guru ICT yang lain. Sila klik di SINI untuk mendapatkannya.

*** REQUIREMENT: 1. MS OFFICE 2007 OR ABOVE
                                     2. PROGRAM "SAVE AS PDF" (UNTUK AKTIFKAN BUTANG SAVE)
***kepada guru-guru yang telah mengisi maklumat bagi mendapatkan aplikasi pentaksiran ICT (sehingga 5/2/2013) tidak perlu mengisi maklumat berikut kerana saya akan menghantarnya melalui email yang telah diberikan.