Halaman

Halaman

Rabu, September 16, 2009

Pengajianku- Projek Multimedia Interaktif

Halaman ini adalah khusus untuk memapar, mendapatkan pendapat dan sebagainya berkaitan kerja projek yang admin lakukan untuk tugasan Kursus Rekabentuk Perisian Kursus Multimedia Interaktif UPSI. Projek ini dihasilkan berdasarkan storyboard yang dilakukan semasa semester lalu bagi Kursus Rekabentuk Instruksional..Butiran berkaitan adalah seperti di bawah;
1. Tajuk : Hardware (Input, Output, Motherboard & Storage – Form 4)
2. Sukatan Pelajaran :
sukatan pelajaran ict

3. Huraian Sukatan Pelajaran :
huraian sukatan pelajaran ict
4. Pelantar – TOOLBOOK ASSISTANT ADVANCED




LEARNING THEORY

Pendekatan-pendekatan psikologi yang digunakan. Kognitism , Constructivism , Behaviourism dan connectivism

Behaviourism

latih tubi untuk pelajar menjawab beberapa bentuk soalan bagi menguji penguasaan pelajar terhadap topik-topik tertentu yang terdapat dalam koswer .

Kognitism

Perkaitan di antara apa yang telah dipelajari dengan apa yang bakal diajar dibuat. Di samping itu, perkaitan juga turut dibuat dengan pengalaman sedia ada pelajar. Apabila pelajar dapat membuat perkaitan di antara apa yang telah dipelajari atau apa yang telah diketahui, maka ini akan dapat memudahkan mereka membuat perkaitan dan seterusnya memahami isi pengajaran yang cuba disampaikan.

Konstrukstism

Pelajar dengan cara cuba dan jaya ini menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri terhadap masalah yang diberikan. Oleh itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan pemikiran aras tinggi pelajar kerana mereka dikehendaki menganalisis dan mensintesis maklumat dan bukan hanya menyatakan atau menghurai fakta aras rendah

Connectivism

Pelajar boleh pergi ke pautan – yahoo, google, facebook, web site sekolah dan sebagainya

Di bawah saya embedkan projek saya menggunakan google doc..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan