Halaman

Halaman

Khamis, Julai 08, 2010

Microsoft Office 2010



Microsoft  Office 2010 yang dilancarkan pada 15 Jun 2010 yang lalu hanya seseuai untuk Microsoft Windows XP SP3 ke atas sahaja. Perisian berlesen ini menawarkan pelbagai aplikasi tambahan yang banyak melibatkan visual. Microsoft Corp. mendakwa versi terbaru office ini menawarkan kelebihan kepada mereka yang kreatif , sentiasa bergerak aktif sama ada bekerja atau beriadah dan mereka yang sentiasa atau selalu berada di alam web. Secara ringkas antara alasan mengapa Office 2010 ini perlu digunakan adalah;
1.Membantu anda mengungkapkan idea-idea anda secara lebih visual.Visual yang ditawarkan bersifat profesional apatahlagi dalam Power Point.

2. Ms Office 2010 turut memberikan pengalaman di web.Dengan Office Web Apps, pelbagai kemudahan diberikan ketika bekerja menggunakan Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Ini kerana anda boleh mengakses kerja anda bila-bila masa dari Smartphone atau komputer dengan talian  internet.
3. Storan. Jejaki semua fail dan dan nota anda dalam satu tempat. Dengan Microsoft OneNote 2010, anda mendapat notebook digital utama untuk mengesan, mengawal dan berkongsi teks, imej, dan video dan fail audio. Ciri-ciri baru pautan nota dan sebagainya memberi anda kawalan lebih besar atas nota anda supaya anda sentiasa terkehadapan selaras dengan perubahan terkini.
4. Perisian persembahan (power point) yang lebih menarik. Dengan PowerPoint 2010, anda boleh secara efektif melibatkan penonton anda dengan embedding video dalam persembahan anda. Ini tentunya menjimatkan masa dan wang.
Terdapat lagi kelebihan yang dinyatakan, namun begitu perubahan terbesar tentunya dari segi visual dan jika anda ingin mencuba trial MS Offie 2010 ini, anda boleh boleh memuat turunnya di SINI. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan