Berita di surat khabar beberapa hari lepas menyatakan jumlah pengguna fb terbesar dunia iaitu di Amerika Syarikat merundum hampir 6 juta pengguna iaitu daripada 155.2 juta kepada 149.4 juta orang manakala beratus ribu pengguna di England telah menutup akaun mereka. Adakah pengguna sudah mula merasa bosan dengan facebook ? Adakah ia bakal menjadi seperti Myspace dan friendster yang semakin lama perlahan-lahan dilupakan ? Bagaimana pula keadaannya di Malaysia ? Entri saya pada 27 Disember 2010 menyatakan sebanyak hampir 9 juta pengguna facebook di Malaysia... Statistik terbaru berdasarkan socialbakers menunjukkan....
kini di Malaysia sahaja terdapat lebih 11 juta pengguna !!! Peningkatan sehingga 2 juta pengguna dalam masa 6 bulan.. Bagaimana boleh dikatakan facebook semakin merundum... ???? Klik SINI untuk melihat statistik penuh....
Sekarang mungkin tak. Tapi FB punya customer care sekarang terlampau teruk, suatu hari nanti mungkin berkubur macam friendster. Lagi-lagi bila Google lancarkan social site dia sendiri nanti.
BalasPadam