Metro 21 Mac: LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.
Begitulah jika teknologi digunakan sebaiknya. Paling penting, ia MUDAH dan MURAH... Namun begitu tidak dinyatakan apakah nama, jenis atau aplikasi sidang video yang digunakan. Teringin benar hendak tahu.. Lambor jika sesiapa tidak tahu terletak di Perak, saya pernah praktikal mengajar di sana dahulu tahun 1995. Kini Lambor sebuah tempat yang telah maju. Berbalik kepada sidang video, jika sesiapa menonton
biggest loser finale terdapat sidang video diadakan. Mereka menggunakan
skype.. Jika pada awal dahulu
yahoo messanger menawarkan perkhidmatan sidang video, kini pelbagai aplikasi menjadi pilihan ramai. Selain
skype, kita juga boleh menggunakan
OoVoo atau
6 Rounds. Rugi benar rasanya jika kita cuba menggunakan apa yang disediakan, sekali lagi, ia MUDAH, MURAH dan PERCUMA !!!!
Jawapannya kerana kelajuan internet di Malaysia memang perlahan. Lihat kelajuan muat turun (download) di bawah.. Malaysia berada di tempat 86.. sungguh jauh dibandingkan dengan Korea sebuah negara asia juga..Jika dibanding dengan negara asia tenggara, kita berada di belakang Filipina, Thailand dan Singapura. Tidak bolehkah sesuatu yang kerajaan boleh lakukan mengenai hal ini ?? Ini kerana umum tahu, kita antara negara yang begitu banyak memperihalkan tentang internet..segala macam internet... promosi sana..promosi sini... Jika melihat dari segi naik turun (upload) negara kita di ranking 75 setakat ini...
sumber : speedtest.net
Penggunaan google doc sememangnya merupakan satu cara yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan p&p mereka. Minggu lepas satu mencuba aplikasi ini ke atas murid-murid saya. Apa yang dapat di perhatikan menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka bersembang atau chatting dengan rakan lain menjadi daya penarik mereka yang utama. Menjadi tugas guru memikirkan bagaimana penggunaan aplikasi google doc ini boleh memberi kelainan dan strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Untuk guru dan pelajar ICT saya sertakan modul Visual Basic yang mudah merangkumi 3 tajuk iaitu Circle, average 3 Number dan Triangle. Ini adalah untuk kerja kursus ICT .Modul-modul ini boleh didapati di ruangan muat turun. Klik
SINI untuk terus ke ruangan muat turun.
Dari 1 hingga 4 Mac 2010 ini, saya menghadiri mesyuarat terjemahan sukatan matapelajaran ICT tingkatan 4 dan 5.. Sebagaimana sedia maklum..dassar PPSMI telah berubah, dan ini termasuk juga mata pelajaran ICT. Mata pelajaran ICT bermula 2012 akan bertukar semula namanyanya kepada mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi dan diajar dalam bahasa melayu… Mesyuarat bertempat di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya..
Tahun ini rasanya seronok sangat...dah bertahun-tahun lamanya tidak pernah mengalami keadaan di mana sebegitu ramai yang mengucapkan selamat hari jadi... Ini semua gara-gara facebook.. selama ini tak pernah peduli di bahagian event di facebook tu... Kini baru perasan..itu lah gunanya... terima kasih..