PBPPP adalah singkatan Penilaian
 Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia adalah satu 
kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai 
Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat 
Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi
 yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  
2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
PTK
 digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen 
pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira 
keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua 
perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan 
kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis 
panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 
PBPPP
 merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus 
kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta 
mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun 
tertakluk kepada garis panduan JPA.
Jika adalah mahu maklumat lanjut boleh mendapatkan bahan berkaitan . Sila klik SINI  




0 comments :
Catat Ulasan