RMMICT@FACEBOOK
Isnin, Mei 31, 2010
Wufoo
Kenali Wufoo, aplikasi internet yang berguna untuk  mendapatkan maklumat  melalui Internet. Melalui wufoo, maklumat  diperolehi melalui pembinaan borang (form) , tinjauan (survey)  dan jemputan (invitation) yang mana kesemuanya dibina secara  atas talian mengikut bentuk yang dikehendaki oleh pengguna. Ianya  dikatakan  sesuai untuk guru  bagi memberi soalan-soalan ujian kepada  prelajar secara online. Ini bermakna pelajar yang menjawab soalan perlu  menjawab soalan seperti yang ditetapkan oleh guru dalam masa yang  ditetapkan. Wuf0o juga menawarkan beberapa lagi aplikasi tambahan  seperti pilihan tema dan sebagainya. Pada pendapat saya kesemua tawaran  aplikasi yang diberikan tetap merujuk kepada bagaimana penggunaan  internet digunakan secara maksimum oleh pelajar termasuk kelajuan  internet dan spesifikasi komputer itu sendiri. Perbandingan dengan apa  yang ditawarkan oleh google (google for educator) turut perlu  dilihat. Apatah lagi wufoo cuma menawarkan aplikasi ini digunakan  sebagai percubaan (trial) dan kemudian login sebagai ahli  berbayar perlu dilakukan. Namun begitu aplikasi ini sesuai untuk mereka  yang ingin mencuba kemampuan dan kelainannya.  
Khamis, Mei 20, 2010
5 Types Of Information System (Chapter 6)
Types
  
•       Executive information system (eis) / executive support system (ess)
•       Management information system (mis)
•       Transaction processing system (tps)
•       Decision support system (dss)
•       Expert system (es) / artificial intelligent (ai)
   Rabu, Mei 19, 2010
Adoiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!
Tak tau nak rasa apa !! Siapa la yang delete semua file database web sekolah ??? Abis semuanya..... Gambar hilang tak pe... tapi kalau carita-cerita apa yang dah berlaku sepanjang tahun mana nak cari ??? Harap-harap tokey server boleh tolong .... Sekarang ni  ramai la yang tanya.. kenapa web sekolah tak boleh buka ?? Terkedu... nak marah kat sapa pun tak tau.. sabo je laaa... takpe !!! BUAT LAIN !!!
Ahad, Mei 16, 2010
Selamat hari Guru 2010
Selamat hari guru kepada semua warga guru di Malaysia. Mengajar adalah core business kita. Itu kata-kata penolong kanan saya dahulu. Ia bermaksud apa sahaja kerja sampingan guru apatah lagi kerja-kerja perkeranian yang begitu banyak bukan bermakna kita boleh tidak mengajar apabila sampai waktunya. Terpulang kepada kita warga guru bagaimana pembahagian masa dilakukan. Tapi sememangnya tugas guru pada zaman ini begitu mencabar dengan begitu banyak perkara perlu ditangani dan dihadapi. Seperti biasa pada hari ini begitu banyak sms di terima. Ingin saya kongsikan salah satunya di sini...
Untuk para guru, guru tadika, guru memandu, guru besar, guru kecik, guru sandaran, guru ganti, guru rajin, guru selalu takde kat sekolah, guru malas masuk kelas, guru berbisnes, guru bodek, guru malas masuk relief, guru banyak berbual dan tak lupa guru-guru yang gile youtube dan FACEBOOK diucapkan Selamat hari Guru !!!
Rabu, Mei 12, 2010
The Six Sense - Teknologi Masa Depan
Saksikan video di bawah. Teknologi yang dibangunkan oleh pelajar PHD Pranav Mistry ini wajar   ditonton. Menarik bagaimana dengan hanya menggunakan hujung jari teknologi pengkomputeran akan semakin maju menjadikan semuanya semakin mudah dan ringan. 
 
Langgan:
Ulasan
                          (
                          Atom
                          )
                        






