RMMICT@FACEBOOK

Khamis, Julai 29, 2010

Bagaimana Menggunakan Teori Connectivsm
















Guru-guru serta pelajar berupaya memanfaatkan teori pembelajaran baru ini dengan kebolehan dihubungkan dalam rangkaian bagi capaian maklumat baru. Guru dan pelajar boleh mengakses maklumat terbaru yang tersedia dalam internet. Kandungan maklumat yang terlalu padat memerlukan guru menjadi pembimbing kepada pelajar untuk mengasingkan maklumat yang boleh dipercayai atau sebaliknya. 

Pentingnya  mengapa pelajar perlu dihubungkan dalam rangkaian adalah kerana:



1. Keupayaan untuk mengetaui adalah lebih penting daripada apa sebeanarnya yang diketahui. Keupayaan membezakan maklumat yang diterima adalah penting. Ini kerana maklumat yang baru boleh mengubah asas-asas untuk penyelidikan akan datang.


2. Keupayaan boleh mengakses rangkaian adalah lebih penting daripada kandungan yang ada dalam rangkaian

3. Pengetahuan yang dihasilkan ibarat satu putaran. Pelajar boleh belajar dan berhubung dengan maklumat yang diperolehi dalam talian dan dapat menjana ilmu baru juga boleh dikongsi dengan pelajar yang lain dalam rangkaian.




4. Aliran maklumat berlaku terlalu pantas dalam era digital dan sentiasa berubah.

5. Pembelajaran boleh ditingkatkan jika dihubung dalam rangkaian

Maka peranan guru dalam mengaplikasikan teori pembelajaran ini dengan cara

a. Membenarkan pelajar-pelajar memanfaatkan kemudahan internet yang disediakan di sekolah mahupun di rumah.
b. Mengajar pelajar menilai kandungan yang ada dalam web
c. Memberi bimbingan kepada pelajar untuk muat naik atau muat turun maklumat bagi perkogsian ilmu dalam rangkaian.
d. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk berada dalam rangkaian bagi perkongsian maklumat. Secara permulaan hubungkan mereka dalam rangkaian bagi kelas yang berbeza.

 Manfaat yang boleh diperolehi dengan aplikasi teori connectivism antara guru dengan guru yang lain ialah dengan cara perkongsian ilmu. Contoh dalam penyediaan bahan pembelajaran dan kertas ujian. Dengan kemudahan yang ada dalam aplikasi atas talian guru-guru boleh berkongsi bahan pengajaran dan berbincang menggunakan aplikasi atas talian tanpa perlu berjumpa yang memerlukan masa yang panjang. Contoh dalam kemudahan yang disediakan dalam ‘google doc’ guru-guru boleh bermesyuarat atas talian dalam pembinaan kertas ujian atau penyediaan bahan pembelajaran. Maka bahan yang dihasilkan bukan sahaja untuk keperluan individu malah boleh dikongsi dengan sebarapa banyak rakan-rakan guru yang lain.

Teori ini juga menyokong perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, e-mail, video konferens dan 'chatting' atas talian. Dengan ini pelajar dapat berhubung dengan guru serta rakan pelajar yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat atau menunggu hari persekolahan untuk menerima maklumat dari guru atau rakan pelajar.

Wujudnya teori ini juga dapat mengubah cara pembelajaran dalam bilik darjah. Guru sebagai pencetus idea dan fasilitator. Pelajar akan berusha mencari maklumat dan menggabungkan dengan rakan-rakan lain.  Perbincangan tidak terhad di dalam bilik darjah. Perbincangan pelajaran boleh berpanjangan tidak terhad jika kemudahan rangkaian disediakan. Pembelajaran juga tidak secara individu tetapi dalam satu rangkaian. Perkongsian idea dan maklumat akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"