Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Jumaat, Disember 31, 2010

Akhir Tahun & Azam Tahun Baru

Entri pada kali ini tidak ada kena mengena dengan ICT. Masih ramai antara kita, apabila hendak berakhir sesuatu tahun akan mula menanam azam tahun baru atau sekurang-kurang bertanya  azam orang lain. Pada saya ayat menanam azam itu yang perlu diubah kerana ramai orang tidak berjaya dengan azam mereka kerana azam itu sendiri telah ditanam lambat. Hendak menunggu azam itu tumbuh dah memakan masa kerana bajanya iaitu usaha hanya bermula awal tahun. Jadi eloklah kita sebagai orang Islam menanam azam mengikut kalendar Islam iaitu pada awal Muharram. Oleh kerana Awal Muharram lebih cepat dari kalendar oang putih maka bermula dari situ baja iaitu usaha sudah boleh dimulakan. Ini kerana kita sudah terbiasa dengan kalendar orang putih, maka apabila bermula tahun baru mengikut kalendar tersebut, kurang-kurangnya putik dah mula tumbuh dan tambah lagi baja usaha itu. Dengan demikian tidaklah kita dengar ramai yang mengatakan 'azam tahun lepas pun tak capai lagi'... Selamat tahun baru 2011 !!!

Selasa, Disember 28, 2010

Rancangan Pelajaran Tahunan ICT Tingkatan 4 & 5

Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan Rancangan Pelajaran Tahunan ICT Tingkatan 4 & 5 boleh mendapatkannya di ruangan DOWNLOAD. Sila ubah mengikut kesesuaian takwim sekolah anda.

Isnin, Disember 27, 2010

Statistik Pengguna Facebook Di Malaysia

Berdasarkan statistik pengguna Facebook terkini yang dikeluarkan, Malaysia menduduki tempat ke 16 dari keseluruhan negara di dunia. Statistik juga menunjukkan pengguna facebook di Malaysia hampir mencecah 9.5 juta pengguna. Menariknya lelaki adalah pengguna teramai berbanding perempuan. Statistik penuh  dapat anda lihat dengan klik di SINI.

Laser & Teknologi Komputer

Kemenangan bergaya 3-0 Malaysia ke atas Indonesia pada akhir pertama Suzuki AFF Cup dicemari dengan tindakan penyokong yang memancarkan laser ke arah pemain. Tidak ingin mengulas lanjut mari kita lihat bagaimana pancaran laser telah digunakan sekian lama dalam teknologi komputer. Apakah peranti (perkakasan) komputer yang menggunakan laser ? Apakah kelebihan dan kekurangannya ? CD ROM/ DVD ROM adalah perkakasan yang menggunakan teknologi laser ini.
Pada dasarnya, apa laser lakukan adalah bersinar pada peranti seperti yang diarahkan oleh peranti simpanan dan sensor menentukan sama ada cahaya dari laser tercermin kembali pada lokasi tertentu dalam peranti, atau tersebar dan tidak kembali. Ini sebab mengapa ketika anda menghidupkan CD dari sisi ke sisi, perubahan pantulan cahaya ketika anda berbeza bagaimana anda memegangnya. Awalnya, laser peranti simpanan mampu membaca data saja,sama seperti kita membaca buku. Perkara ini berubah bermula 1997 dengan pengenalan cakera  tulia/baca atau bahasa inggerisnya CD-RW (Re-write). Laser pada CD-RW adalah lebih kuat dan mampu mengubah wajah CD dalam proses yang biasa kita sebut iaitu 'BURN'..

KelebihanSemestinya umum mengetahui teknologi laser ini membolehkan maklumat kini disimpan secara kekal dalam CD atau DVD dan di mudah dibawa ke mana-mana berbanding menyimpan sejumlah besar maklumat dalam storan cakera keras komputer yang mana walaupun kekal agak sukar bagi kemudahan mudah alih..
Kekurangan

Walaupun CD/DVD mampu bertahan antara 5-10 dan berpotensi aantara 50-100 bagi jenis yang berkualiti timggi... Kesukaran menjaganya seperti adanya calar atau keretakan menjadi sebab utama kelemahannya. Bagi CD-RW atau DVD RW, kekerangan menulis semula sebenarnya menyebabkan nya menjadi haus atau nipis dan data yang disimpan semakin tidak berkualiti.

Ahad, Disember 26, 2010

Web 1.0 vs Web 2.0


Berikut adalah perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 dan juga web 3.0 Perbezaan ini saya dapati daripada forum. Anda nilai sendiri. 
1. Web 1.0 adalah tentang membaca, Web 2.0 adalah tentang menulis 
2. Web 1.0 adalah mengenai syarikat, Web 2.0 adalah tentang masyarakat 
3. Web 1.0 adalah tentang client-server, Web 2.0 adalah tentang peer to peer 
4. Web 1.0 adalah tentang HTML, Web 2.0 adalah tentang XML 
5. Web 1.0 adalah tentang halaman rumah, Web 2.0 adalah tentang blog 
6. Web 1.0 adalah tentang kuliah, Web 2.0 adalah tentang perbualan 
7. Web 1.0 adalah tentang pengiklanan, Web 2.0 adalah tentang dari mulut ke mulut 
8. Web 1.0 adalah tentang perkhidmatan yang dijual melalui laman web, Web 2.0 adalah tentang perkhidmatan web
9. Web 1.0 - Sebahagian besar web hanya-baca. Web 2.0 - Sebahagian besar baca-tulis web.
10. Web 1.0 adalah tentang portal, Web 2.0 adalah tentang RSS 
11. Web 1.0 adalah tentang taksonomi, Web 2.0 adalah tentang tag 
12. Web 1.0 adalah tentang kawat, Web 2.0 adalah tentang wayarles 
13. Web 1.0 adalah tentang memiliki, Web 2.0 adalah tentang berkongsi
14. Web 1.0 adalah tentang IPO, Web 2.0 adalah tentang jualan perdagangan 
15. Web 1.0 adalah tentang Netscape, Web 2.0 adalah tentang Google 
16. Web 1.0 adalah tentang bentuk web, Web 2.0 adalah aplikasi web 
17. Web 1.0 adalah tentang menggores layar, Web 2.0 adalah tentang API 
18. Web 1.0 adalah tentang dial-up, Web 2.0 adalah tentang broadband 
19. Web 1.0 adalah tentang kos hardware, Web 2.0 adalah tentang kos bandwidth 
20. Web 1.0 adalah top-down. Web 2.0 bersifat bottom-up. 
21. Web 1.0 telah diedit dan dihasilkan. Web 2.0 adalah buku. 
22. Web 1.0 adalah iklan banner. Web 2.0 adalah Adsense. 
23. Web 1.0 adalah teks. Web 2.0 adalah video. 
24. Web 1.0 yang profesional. Web 2.0 adalah amature.
25. ??????


26. Web 1.0 adalah IE. Web 2.0 adalah FireFox.
27. Web 1.0 adalah maklumat. Web 2.0 adalah pendapat. 
28. Web 1.0 adalah maklumat. Web 2.0 adalah propaganda. 
29. web 1.0 itu eksplorasi; web 2.0 adalah seru
30. Web 1.0 maklumat yang dipaparkan pada skrin kebanyakan statik .Dengan Web 2.0, maklumat ini sangat dinamik 
31. Web 1.0 data hanya dikemaskini sesekali.Web 2.0 maklumat dikemaskini sangat cepat.
32. Web 1.0 adalah tentang seorang profesional yang peduli butiran seperti ejaan, Web 2.0 adalah tentang sebuah angka yang tidak boleh mengeja. 
33. Web 1.0 adalah kandungan. Web 2.0 adalah material promosi. 
34. Web 2.0 Web 1.0 dengan kemasan baru berkilau. 
35. Web 1.0 terinspirasi dari beberapa tulisan yang menarik dan idea. Web 2.0 mengilhami beberapa perdebatan yang cukup menarik dan kritik. 
36. Web 1.0 adalah web statik. Web 2.0 adalah web sosial. 
37. Web 1.0 adalah halaman yang berpusat. Web 2.0 adalah catatan yang berpusat. 
38. Web 1.0 yang diedit oleh pemilik website. Web 2.0 boleh diedit oleh setiap orang. 
39. Web 1.0 adalah "Window Shopping". Web 2.0 adalah "pecah dan masuk" 
40. Web 1.0 adalah "Tiada kebebasan". Web 2.0 adalah "Tiada privasi" 
41. Web 1.0 = statik. Web 2.0 = Dynamic. Web 3.0 = Awan 
42. Web 1.0 adalah Microsoft. Web 2.0 adalah Google. Web 3.0 adalah ATT dan NSA, bekerja untuk melindungi kita
43. Web 1.0 adalah Amerika. Web 2.0 bersifat antarabangsa. Web 3.0 adalah China. 
44. Web 1.0 adalah sebuah alat. Web 2.0 adalah sebuah gaya hidup. Web 3.0 adalah ketagihan
45. Web 1.0 adalah akhbar. Web 2.0 adalah TV. Web 3.0 adalah Matrix. 
46. Web 1.0 = user. Web 2.0 = saya. Web 3.0 = mereka mengetahui segalanya tentang saya

Web 1.0 , Web 2.0 , Web 3.0

Sebelum orang tanya dan tak tahu nak jawab... Maka mari kita lihat apa itu web 1.0 , web 2.0 dan web 3.0 secara ringkas.

Web 1.0: Internet sebelum 1999, para ahli teknologi maklumat memanggilnya sebagai era Read-Only. Secara purata pengguna internet rata-rata adalah terhad hanya untuk membaca sahaja maklumat yang ditunjukkan. Tidak ada komunikasi aktif atau aliran maklumat dari pengguna internet biasa dengan pembuat maklumat.

Web 2.0: Wujudnya interaksi aktif dari pengguna yang dengan pembuat bahan /aplikasi dalam web maka lahir lah Web 2.0. Tahun 1999 merupakan permulaan era Baca-Tulis-Terbitkan dengan sumbangan penting dari LiveJournal (Dilancarkan pada bulan April, 1999) dan Blogger (Dilancarkan pada bulan Ogos, 1999). Sekarang bahkan pengguna non-teknikal / amatur secara aktif dapat berinteraksi dan memberikan sumbangan pada web dengan menggunakan platform blog yang berbeza. Era ini dikuasakan pengguna biasa dengan iaitu beberapa konsep baru. Blog, Sosial-Media & Video Streaming. Penerbitan kandungan anda hanya dengan beberapa klik sahaja! Beberapa perkembangan yang luar biasa dari Web 2.0 adalah Twitter, YouTube, EzineArticles, Flickr dan Facebook.

Web 3.0: Akan datang dan hampir sahaja lagi . Sekarang nampaknya seperti kita memiliki segala yang kita sebagai pengguna biasa harap telah wujud di Web 2.0. Tetapi pendapat mengatakan akan datang mungkin anak seumur 6 tahun sudah berkemampuan berfikir secara analitis dari teknologi carian yang sedia ada. Makna mudahnya maklumat yang berlebihan adalah diperlukan. Item-item berikut akan menjadi sebahagian dari Web 3.0, antaranya,

     *
Carian Kontekstual
     * Evolusi 3D Web


Saya sendiri susah nak faham. maka tunggu sahajalah kemunculannya kelak...


sumber ; differences between web1.0  web 2.0

Rabu, Disember 22, 2010

Web 2.0 Online Tools & Application

Jika hendak dikira, bukannya beratus, tetapi beribu-ribu aplikasi web 2.0 yang terdapat di internet kini. Namun begitu cuma sebahagian sahaja antara kita yang mengetahui dan menggunakannya. Daripada jumlah yang beribu-ribu itu dapatlah kita asingkan mengikut kategori penggunaanya dan ianya merentasi pelbagai bidang sama ada bidang pendidikan, perniagaan, perubatan atau apa sahaja bidang yang boleh dimanfaatkan. Klik SINI untuk melihat kepelbagai aplikasi web  2.0 yang ada pada masa kini.


sumber : http://www.go2web20.net/

Jumaat, Disember 10, 2010

MBMMBI

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan pada 2012 nanti akan turut melibatkan mata pelajaran ICT (Information and Communication Technology). Mata pelajaran ICT yang bermula pada tahun 2006 akan bertukar sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 2012 bermula dengan tingkatan 4. Maka pada tahun depan tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran elektif  ini merupakan batch terakhir yang akan menjawab soalan SPM tahun 2012 dalam dwibahasa. Walaubagaimanapun adalah dijangka silibus tidak banyak yang akan berubah. Menurut maklumat awal yang saya terima sebelum ini antara yang berubah adalah pada Learning Area 6 di mana penggunaan perisian pangkalan data Ms Access akan digantikan dengan SQL atau seumpamanya. Nampaknya bagi guru-guru yang tidak cekap dalam penggunaan SQL seperti saya perlu belajar daripada sekarang supaya sekurang-kurang apabila bermula mata pelajaran TMK nanti tidak lah kita meraba-raba hendak mempelajarinya.

Ahad, Disember 05, 2010

Kenapa harus berjimat ???

Penjimatan wang yang tidak bijak adalah dari sudut keselamatan. Ramai antara masih gemar menggunakan perisian antivirus percuma  ? Melabur sekitar RM60 setahun bagi membeli antivirus berlesen dirasakan suatu kerugian pada ramai di kalangan kita. Sesungguhnya pertimbagan yang teliti perlu diambil apabila kita menggunakan perisian  freeware apatah lagi melibatkan keselamatan komputer kita, Paling menjadi sebab mengapa perisian freeware menjadi pilihan tentunya kerana ianya percuma dan tidak membebankan kerana perlu membayar kos. Banyak freeware yang kita dapatkan hari ini tidak seklai-kali membenarkan penggunaan secara maksimumkan . Anda tentunya menyedari bahawa, sebahagian besar perisian  antivirus percuma anda diberi label sebagai versi trial.Versi trial tidak membenarkan kemaskini dilakukan sedangkan virus sentiasa dikemaskini !!!Ciri-ciri yang terhad.freeware memungkinkan komputer anda beraada dalam bahaya. Maka berkorbanlah sedikit agar kita tidak menyesal di kemudian hari apabila komputer anda mula meragam...

Isnin, November 29, 2010

2010 SPM ICT

Akhirnya masa yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar ict dan guru-guru ICT yang mengajar ICT tingkatan 5 terjawab hari ini. Melihat kepada soalan mengundang persoalan kepada diri sendiri. Adakah cukup ilmu yang telah diberi hampir 2 tahun kepada para pelajar. Moga-moga segala ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah..Dapatkan soalan spm ict diruangan download atau klik SINI...

Rabu, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Hayatilah erti pengorbanan yang dituntut dalam agama Islam. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan demi agama, bangsa dan negara mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Sabtu, November 13, 2010

Aplikasi Atas Talian - Survey Monkey

Sama seperti Google Docs-Form, aplikasi atas talian yang bernama SurveyMonkey ini menawarkan pelbagai jenis borang seperti yang terdapat dalam borang soal selidik dan sebagainya. Borang atau soalan yang telah siap boleh di embed ke blog atau laman web anda. Klik SINI untuk ke laman web survey monkey

Rabu, November 10, 2010

Project Based Approaches

Bertempat di Intel Malaysia Damansara Heights, saya menghadiri kursus sehari di sana. Project Based Approaches adalah satu kaedah di mana guru menggunakan  sesuatu projek untuk pelajar laksanakan bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Ianya sesuai untuk semua mata pelajaran bergantung kepada cara bagaimana guru menjalan dan menguruskannya.

Selasa, November 09, 2010

Tidak Menyangka Diperdaya

Sudah acapkali rakyat didedahkan supaya berhati-hati dengan dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon daripada bank meminta pelanggan mengemas kini kata laluan dan nama pengguna atau memberi maklumat ‘transaction authorisation code’ (TAC). Saya tidak menyangka rakan sendiri akan terpedaya. Menurutnya bukan beliau tidak tahu, tetapi entah bagaimana melalui sms yang diterima dan kebetulan pula dihadapan komputer, seperti dipukau menurut sahaja arahan yang diterima. Setelah menyedari bahawa kesemua wang telah tiada, baru tersedar bahawa diri telah terpedaya. Moralnya di sini, saya mengingatkan diri sendiri diri dan anda semua agar berhati-hati dan jadilah rajin untuk direct bertanya kepada pihak bank dengan menelefon bagi mendapatkan kepastian.

Sabtu, November 06, 2010

Kenapa Firefox Lebih Popular Berbanding IE ??

Berdasarkan pembacaan saya menerusi artikel,komen dan pendapat, terdapat beberapa perbezaan nyata antara kedua-duanya. Berikut adalah mengapa Firefox menjadi pilihan ramai pengguna dalam menjadikannya enjin carian utama.









1. Firefox memberikan lebih ruang bagi melihat keseluruhan halaman anda. Lihat contoh paparan blog saya
.












2. Teks yang lebih jelas.











3. Latar belakang Imej. Terdapat latar belakang berwarna kelabu pada paparan IE.
























4. Tab pada enjin carian firefox memudahkan pengguna membuka halaman yang baru. Ini tiada pada IE yang memerlukan pengguna membuka halaman yang baru.
 
 5.  Sekatan pop-up yang telah tersedia ada pada firefox (pop-up blocking). Pop-up dalam definisi untuk internet adalah pembukaan satu tetingkap baru pada enjin carian internet yang digunakan. Pop-up terbuka tanpa izin dari pengguna dan biasanya bercirikan iklan.

6. Kelajuan dan kestabilan. Tidak diketahui sama ada mana satu yang betul kerana pendapat ini bercanggah dan bergantung kepada kebiasaan menggunakan firefox atau IE oleh pengguna.

7. Mesra sistem pengoperasian. IE diwujudkan oleh Windows. Firefox boleh digunakan oleh kebanyakan sistem pengoperasian utama.

8. Bahasa. Mozilla Firefox menggunakan perisian Open Source (sumber terbuka) dan ini membolehkan ramai pengaturcara-pengaturcara (programmer) menyumbang dan membina enjin carian (web browser) yang lebih baik berdasarkan budaya atau bahasa. Firefox terdapat dalam 62 bahasa sedangkan Internet Explorer hanya tersedia dalam 33 bahasa.

9. Add on. Firefox telah lama memiliki pelbagai add-on, program dan perisian tambahan yang boleh dipilih untuk membolehkan pengguna menggunakan enjin carian dengan lebih selesa sesuai dengan kepentingan mereka. Microsoft baru saja baru-baru ini diperluas untuk membolehkan add-on untuk pengguna.

10. Keselamatan dan kemaskini (update). Tidak ada pengesahan yang diperlukan untuk kemaskini dari firefox yang bererti pengalaman internet lebih selamat bagi semua orang. Microsoft Internet Explorer memerlukan pengesahan pembelian untuk Sistem Pengoperasiannya. Jika pengguna komputer gagal validasi, tiada update dibenarkan. Juga terdapat bebberapa bahagian yang dirasakan oleh Microsoft tidak sebagai keutamaan, maka komputer pengguna terdedah terhadap spyware dan virus

Jumaat, November 05, 2010

Enjin Carian Paling Popular

Seawal 2009 sehingga kini Firefox telah menjadi enjin carian (web browser) yang paling ramai digunakan oleh pengguna internet di dunia. Walaupun Google Chrome mendakwa mereka adalah enjin carian paling pantas kini, namun ia berada ditempat ketiga di belakang Internet Explorer (IE) dan diikuti Safari di tangga keempat dan Opera di tangga kelima. Statistik penuh penggunaan enjin carian boleh didapati dengan klik SINI.

Khamis, November 04, 2010

Ketahui Kod Warna Dengan Mudah

Perisian kecil yang percuma ini boleh membantu bagi blogger, perekabentuk templat atau sesiapa sahaja bagi mendapatkan kod-kod warna dalam format HTML, RGB dan Win32. Antaramuka perisian ini sangat ringkas, sederhana, mudah digunakan dan mesra pengguna. Hanya tarik ikon Picker (tanpa lepas mouse click) dan pilih mana-mana warna yang terdapat pada paparan desktop anda ketika itu. Perisian ini akan memilih warna dari mana ikon Picker Icon ditempatkan dan memaparkan nilai warna & warna dalam HTML, RGB dan format warna Win32.  Untuk mendapatkan perisian ini klik SINI.http://www.utoolbox.com/tools/colorpicker.html

Selasa, November 02, 2010

PC 'hang' ?!

Perisian ini sudah lama di pasaran cuma kini versinya 2.0. Berguna apabila tiba-tiba pc/ laptop anda 'hang'. Contoh lain jika anda  browse banyak laman tanpa tutup dan tiba-tiba nak tutup tidak boleh atau pun tidak bergerak, maka perisian ini dapat menutup semuanya dengan cepat. Ianya merupakan perisan percuma. Klik SINI untuk muat turun.

Perisian Math Type

Perisian ini untuk guru-guru matematik berguna jika hendak membuat soalan-soalan ujian dan peperiksaan. kadang-kadang ada guru matematik bertanya di mana hendak cari Microsoft Equation. Dengan menginstall perisian ini, math type ini akan menyediakan satu ruangan untuknya di MsWord. Perisan ini jika download dan install adalah trial 30 days. Saya tidak akan memberikan cracknya di sini.

Cakera Keras 3 Terabait

Pada 19 Oktober yang lalu , Western Digital, pembuat pemacu cakera berjenis SATA, mengumumkan generasi baru hard drive yang akan meningkatkan kapasiti simpanan pc. Cakera keras SATA dengan berkapasiti 3 terabait adalah yang  terbesar di dunia  yang pernah dibuat sampai saat ini. Pembuatnya Syarikat Western Digital dilaporkan menggunakan ketumpatan 750 GB-pada-platter dan teknologi Advanced Format (AF) dalam pembuatannya.
  
Untuk maklumat lebih lanjut sila klik 
http://www.new-technology-world.com/wordpress/?p=739

Isnin, November 01, 2010

Senaman Pencandu Komputer

Tips ini saya dapat dari email.Tips bagi mereka yang sering menghadap komputer terlalu lama. Rasanya jika kita rajin mengamalkannya sudah tentu tidak menjadi masalah duduk berjam-jam lamanya di hadapan komputer . Selamat mencuba !!









www.fropki.com

Selasa, Oktober 26, 2010

Kelajuan Internet 1GB/Saat

Pada tahun 2011, Google dalam perancangan untuk menguji rangkaian broadband berkelajuan ultra tinggi. Rangkaian ini akan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi sekitar 100 kali kelajuan berbanding pada masa kini sehingga 1 GB (gigabit) persaat. Pengujian ini pastinya menggunakan enjin carian google iaitu Google Chrome. Cerita lanjut tentang pengujian ini boleh anda baca di New Technology World (sila klik)...

Turun Tapi Naik

Entri Internet Lembab ??? Kenapa??(13/03/10) menunjukkan kedudukan Malaysia dari segi kelajuan internet adalah ke 86 bagi download dan 75 bagi upload. Setelah 7 bulan saya lihat semua di  speedtest.net . Nampaknya semakin merundum dari segi download tapi naik sedikit dari segi upload  tetapi dari segi kelajuan nampaknya naik sangat sedikit sahaja. Apa nak dikata, di Malaysia ni mintak lebih sikit sikit boleh, tapi kenalah bayar lebih-lebih sikit !!!





Isnin, Oktober 18, 2010

Di Mana Gambar-Gambar Blog Tersimpan ??

Apabila kita muat naik (upload) gambar ke blog, pernahkah anda terfikir di mana ianya tersimpan ? Berapa banyak gambar yang telah anda muat naik ? Adakah cara untuk anda delete , tukar atau edit gambar-gambar tersebut dengan mudah ? Sebenarnya, gambar-gambar tersebut tersimpan di Picasa Web Album anda sendiri. Jika anda belum sign up, maka sign up dahulu akaun picasa anda. Ini bermakna anda perlu akaun gmail untuk anda signup akaun picasa web album. Anda akan dapat lihat satu folder album bagi ke semua gambar yang terdapat di blog anda. Pada album tersebut telah mempunyai kemudahan untuk anda edit gambar-gambar tersebut menggunakan PICNIC... Sangat mudah...cubalah !! Setakat 18 Oktober, gambar-gambar di blog saya adalah sejumlah 443 gambar..

Flow Chart (Chapter 6)

Bagi guru-guru ICT yang ingin mengajar flowchart, saya sertakan slaid pengajarannya di ruangan download. Disertakan sekali dengan latihan untuk murid-murid. Berguna sebagai bantuan asas dalam mengajar flowchart.

Pengalaman Dipantau Nazir

Pengalaman dipantau nazir memang sukar dilupakan. Dipantau ketua bidang pun dah menjadi satu masalah apalagi dipantau nazir. Memang kebanyakan guru tidak suka dilihat ketika mengajar walaupun oleh rakan guru sendiri. Permohonan untuk guru cemerlang awal tahun dulu diterima dan maka itu nazir datang pada hari ini. Agak kalut pada awalnya namun atas nasihat rakan-rakan yang telah dipantau sebelum ini maka beberapa persediaan yang perlu dapat dibuat awal. Antara persediaan penting yang perlu dibuat ialah merancang pengajaran dan pembelajaran. Jadi rasanya tiada masalah mengenai itu. Saya baru tahu bahawa untuk permohonan GC, nazir diarahkan untuk melihat sahaja P&P guru dan mereka tidak AKAN komen langsung P&P yang anda jalankan. Selain itu fail-fail mestilah lengkap dan susun siap-siap atas meja.  Sangat memudahkan jika terdapat perkara-perkara yang ingin nazir lihat. Apa yang saya lihat, nazir GC ingin melihat bagaimana kita MENJUAL diri kita dan ini termasuklah pengetahuan am semasa yang berlaku di negara kita lebih-lebih lagi berkaitan dasar dan sebagainya. Ianya banyak menjurus kepada bidang kita.
HARAPAN saya.... siapa yang tidak berharap...setelah apa yang kita lakukan..dan kita sendiri yang membuat permohonan.. tiada siapa paksa pun. APA yang penting..percaya kepada rezeki yang ALLAH beri... redha segala ketentuannya. Saya terima sahaja keputusannya nanti. YANG penting kita dah cuba. NAZIR terima permohonan saya pun dah kira syukur kerana sekurang-kurangnya apa yang kita tulis di borang permohonan telah diluluskan..

Khamis, Oktober 14, 2010

Penguat Semangat Diri

Bermula dari cuba-cuba, akhirnya selepas setahun setengah tercapai juga hasrat. Semoga rakan-rakan se batch dulu berjaya juga. Terima kasih pada rakan-rakan yang banyak membantu dan kepada famili terutamanya...

Rabu, Oktober 13, 2010

Follow Blog & Google Reader

Rupa-rupanya ramai tidak tahu bahawa tidak perlu membuka blog yang kita minati untuk membaca entri-entri baru blog tersebut. Cukuplah dengan follow blog-blog yang anda suka dan membacanya di google reader. Ikuti langkah berikut.. Pastikan anda telah ada akaun Gmail dan follow beberapa blog yang anda suka.





1. Buka Gmail anda
2. Klik pada reader seperti di bawah.
















3. Apabila paparan google reader telah terbuka. Perhatikan pula kepada All Items atau pun blogs i'm following .All Items atau pun blogs i'm following ini adalah blog-blog yang telah anda ikuti (follow). Cuma klik dan semua update terbaru blog-blog yang anda follow akan terpapar.Jadi tak perlulah buka semua blog yang anda follow ok !!



Sabtu, Oktober 09, 2010

Picasa - Cepat Dan Mudah

Klik SINI untuk memuat turun Picasa 3.8,. Dengan adanya perisian daripada google ini akan memudahkan banyak kerja lebih-lebih lagi jika kita menggunakan pelbagai aplikasi internet. Antara kemudahan yang ditawarkan jika anda memasang (install) di pc anda adalah:



i. Semua folder gambar yang ada di komputer anda tidak kira disimpan di mana akan di paparkan dalam perisian Picasa ini.
























ii. Muat Naik Gambar ke dalam Picasa Web Album. Jika anda telah mempunyai Picasa Web Album, maka perisian ini akan memudahkan anda memuat naik satu folder gambar dengan cepat dari PC ke Web. Cuma pilih folder dan perisian ini akan synchronise ke web album anda. walaubagaimanapun anda perlu pastkan telah sign in email google anda. 
























iii. Pilih gambar dan emailkan gambar.
























iv. Cetak, hantar entri / post  blog  , editing video






Picasa juga memudahkan untuk mecetak gambar pilihan anda, mengeksport folder gambar ke mana anda mahukan, membina entri / posting baru ke blog anda dan juga membina video. Selain itu terdapat beberapa lagi aplikasi yang boleh anda buat menggunakan perisian picasa ini.


p/s: walaupun ia merupakan promosi free untuk google, namun saya pasti perisian ini sangat berguna untuk anda kerana ia terbukti memudahkan kerja saya !!!

PDF - Split And Merge

Menggunakan  perisian open source ini membolehkan anda untuk mencantum atau memisahkan fail-fail berjenis PDF. Klik di SINI untuk memuat turun. Perisian ini sangat berguna di masa-masa tertentu..


p/s: thank Cikgu Shan (lenggong) for the info...

Selasa, Oktober 05, 2010

Mesyuarat Terjemahan Perisian ICT

Bertempat di Seri Cempaka Services Suites saya menghadiri Mesyuarat Terjemahan Bahan Dalam Perisian Kursus Pengajaran (Teaching Courseware) Mata Pelajaran ICT Menengah Atas Ke Dalam Bahasa Melayu Bil 2/2010. Bermula 4 hingga 7 Oktober menterjemah dari Bahasa Inggeris ke bahasa Melayu nak di kata sukar tak sesukar mana  tapi agak pening lalat sedikit.

Ahad, Oktober 03, 2010

Gunakan Sebaiknya..


Walaupun skrin LCD dah takde namun jika masih boleh diguna maka gunakan sebaiknya. Kalau orang lain dah lama tukar laptop baru atau cari skrin baru..(laptop rakan)

Rabu, September 29, 2010

Tiada lagi Laptop Percuma

Baru-baru ini saya dihubungi pihak Pusat Jalur Lebar Komuniti berkaitan pemberian laptop percuma (entri 4 Sept 2010). Amat malang kerana pemberian tersebut dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak disangka. Melalui risikan yang dibuat, kemungkinan besar kerana terdapatnya perbezaan antara kawasan BIRU GELAP dan BIRU CAIR... Entah la.. kasihan pelajar-pelajar yang dah begitu mengharap. Berkali-kali pegawai PJK meminta maaf..No komen dari saya....

Selasa, September 28, 2010

Apa Itu Mobile Computing ??

Apakah itu Mobiles Computing?pengkomputeran Mobile adalah "mengambil komputer dan semua fail yang diperlukan serta perisian dan keluar ke lapangan (wikipedia) Secara umum, untuk menjelaskan kemampuan seseorang menggunakan teknologi mobile wireless dengan kata lain. adalah kemampuan untuk menggunakan peranti pengkomputeran. ketika bergerak atau menukar lokasi. 
Contoh Mobile Computing 


















Kelebihan dan Kekurangan

Netbook


Kelebihan• Saiz Kecil. Jangan mengambil lebih banyak ruang dan dapat muat bahkan dalam beg tangan.• Cahaya. Mudah dibawa• Murah. High-end netbook boleh bayaran sebanyak laptop low-end/average tapi umumnya netbook lebih murah daripada laptop dan desktop juga.


Kekurangan

 •  Kecil.
 • prosesor kurang kuat.
 • Tidak ada pemacu CD.



TABLET PC'S

Kelebihan 

• persekitaran tidak kondusif untuk keyboard dan mouse seperti berbaring di tempat tidur, berdiri, atau pengolahan dengan satu tangan. 
• Tidakberat. 
• Persekitaran Touch membuat navigation lebih mudah daripada menggunakan konvensional keyboard dan mouse atau touch pad dalam konteks tertentu seperti manipulasi gambar, atau mouse berorientasikan permainan. 
• lukisan digital dan editing gambar dipertingkatkan dan lebih realistik dari melukis atau menggambar dengan mouse. 
• Kemampuan untuk lebih mudah atau lebih cepat masuknya diagram, notasi matematik, dan simbol.

Kekurangan 

• Kos Tinggi 
• Input kelajuan - tulisan tangan dapat secara signifikan lebih lambat dari kelajuan menaip• Screen dan engsel] risiko kerosakan 
• Ergonomi - PC tablet tidak memberikan ruang untuk berehat pergelangan tangan sementara paparan dilipat ke mod tulis. Selain itu, pengguna akan perlu untuk memindahkan lengan mereka terus-menerus semasa menulis. 
• Kemampuan video lemah
 

Smartphone



Kelebihan
• Multi fungsi - telefon dan komputer peribadi bersifat ambulans• cepat untuk berkomunikasi - berkomunikasi dalam hitungan detik dengan semua orang, dan juga anda boleh menghantar maklumat penting dan dokumen dalam hitungan detik di mana saja ...


Kekurangan 

• mahal 
• boleh rumit - kadang-kadang mereka memerlukan program-program yang sukar untuk belajar dan ada mungkin perlu untuk men-download program-program baru dalam rangka untuk memiliki prestasi yang lebih baik




 

GPS



Kelebihan
1. membantu meningkatkan kemahiran pemetaan 

2. navagation membuat lebih mudah 
3. Anda boleh ditemui lebih mudah jika dalam bahaya atau kemalangan

Kekurangan 

1.boleh kurang fokus 
2.limited menggunakan bateri 
3 memerlukan rawatan yang baik dan pengendalian 
4.punca kuasa tambahan

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"