Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Ahad, Mac 21, 2010

Sidang Video

Metro 21 Mac: LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah. 

Begitulah jika teknologi digunakan sebaiknya. Paling penting, ia MUDAH dan MURAH... Namun begitu tidak dinyatakan apakah nama, jenis atau aplikasi sidang video yang digunakan. Teringin benar hendak tahu.. Lambor jika sesiapa tidak tahu terletak di Perak, saya pernah praktikal mengajar di sana dahulu tahun 1995. Kini Lambor sebuah tempat yang telah maju. Berbalik kepada sidang video, jika sesiapa menonton biggest loser finale terdapat sidang video diadakan. Mereka menggunakan skype.. Jika pada awal dahulu yahoo messanger menawarkan perkhidmatan sidang video, kini pelbagai aplikasi menjadi pilihan ramai. Selain skype, kita juga boleh menggunakan OoVoo atau 6 Rounds. Rugi benar rasanya jika kita cuba menggunakan apa yang disediakan, sekali lagi, ia MUDAH, MURAH dan PERCUMA !!!!

Sabtu, Mac 13, 2010

Internet lembab ??? Kenapa ??

Jawapannya kerana kelajuan internet di Malaysia memang perlahan. Lihat kelajuan muat turun (download) di bawah.. Malaysia berada di tempat 86.. sungguh jauh dibandingkan dengan Korea sebuah negara asia juga..Jika dibanding dengan negara asia tenggara, kita berada di belakang Filipina, Thailand dan Singapura. Tidak bolehkah sesuatu yang kerajaan boleh lakukan mengenai hal ini ?? Ini kerana umum tahu, kita antara negara yang begitu banyak memperihalkan tentang internet..segala macam internet... promosi sana..promosi sini... Jika melihat dari segi naik turun (upload)  negara kita di ranking 75 setakat ini...



















sumber : speedtest.net

Ahad, Mac 07, 2010

Belajar Menggunakan Google Doc Presentation

Penggunaan google doc  sememangnya  merupakan satu cara yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan p&p mereka. Minggu lepas satu mencuba aplikasi ini ke atas murid-murid saya. Apa yang dapat di perhatikan menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka bersembang atau chatting dengan rakan lain menjadi daya penarik mereka yang utama. Menjadi tugas guru memikirkan bagaimana penggunaan aplikasi google doc ini boleh memberi kelainan dan strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rabu, Mac 03, 2010

VB Modules For Assessment (Chapter 5)










Untuk guru dan pelajar ICT saya sertakan modul Visual Basic yang mudah merangkumi 3 tajuk iaitu Circle, average 3 Number dan Triangle. Ini adalah untuk kerja kursus ICT .Modul-modul ini boleh didapati di ruangan muat turun. Klik SINI untuk terus ke ruangan muat turun.

Selasa, Mac 02, 2010

Mesyuarat Terjemahan Sukatan














Dari 1 hingga 4 Mac 2010 ini, saya menghadiri mesyuarat terjemahan sukatan matapelajaran ICT tingkatan 4 dan 5.. Sebagaimana sedia maklum..dassar PPSMI telah berubah, dan ini termasuk juga mata pelajaran ICT. Mata pelajaran ICT bermula 2012 akan bertukar semula namanyanya kepada mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi dan diajar dalam bahasa melayu… Mesyuarat bertempat di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya..

My birthday

Tahun ini rasanya seronok sangat...dah bertahun-tahun lamanya tidak pernah mengalami keadaan di mana sebegitu ramai yang mengucapkan selamat hari jadi... Ini semua gara-gara facebook.. selama ini tak pernah peduli di bahagian event di facebook tu... Kini baru perasan..itu lah gunanya... terima kasih..

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"