RMMICT@FACEBOOK

Ahad, Julai 24, 2011

SAPS - Online

Kementerian Pelajaran Malaysia meningkatkan lagi penguasaan dan penggunaan internet di kalangan guru khususnya dengan Sistem Analisis PePeriksaan (SAPS)secara talian. Sistem ini membolehkan guru-guru terutamanya guru kelas untuk menghantar data pada bila-bila masa dan tempat asalkan terdapatnya talian internet.

1. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

2. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

4. Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).

5. SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut:

http://saps.moe.gov.my/index.php





sumber ... http://myictrooms.co.cc

4 comments: