RMMICT@FACEBOOK

Jumaat, Mac 02, 2012

Untungnya Berlaku Jujur

SSQS (Sistem Smart School Qualification Standards) bukan asing bagi ramai guru di Malaysia. Pengisian data ke portal KPM ini kadang kala menimbulkan keraguan kerana sekolah akan dinilai berdasarkan band 1 hingga 5. Ada kisah menarik mengenainya yang baru saya peroleh daripada rakan saya. Bertangungjawab dalam mengisi dapatan daripada guru dan murid, beliau dengan jujur mengisinya. Hasilnya adalah sekolah beliau mendapat band 2 !! Apa yang terjadi selepas itu adalah bermulalah episod soal jawab daripada PKG, PPD mahupun Jabatan. Maka jenuhlah menjawab !!! Menariknya pada suatu hari sekolah mendapat surat dan telefon mengatakan sejumlah Komputer Terpakai akan diperoleh yang datangnya daripada KOREA !!! Komputer second hand jika datang daripada Korea sebuah negara maju ICT juga dengan kelajuan internet paling laju di dunia bukanlah seperti komputer terpakai di negara kita. Seterusnya pihak Korea yang menghantar komputer tersebut menyatakan akan datang ke sekolah rakan saya ini bagi melihat perkembangannya. Untung seterusnya adalah maka datanglah peruntukan ke sekolah untuk membaiki makmal, menghias makmal, mengecat makmal dan bermacam lagi yang mana jika sebelum ini jika dipohon belum tentu akan dapat atau dilayan. Sememangnya menjadi kerja yang banyak pula kepada rakan saya ini dalam menguruskan bermacam perkara....belum selesai lagi !!!
Maka pada hari yang telah ditetapkan maka datanglah delegasi daripada KOREA tersebut... salah satu sambutan yang diberikan adalah pertunjukkan silat....Tengah rancak bersilat murid-murid ni, tiba-tiba seorang pesilat ni tah macam mana tersadung kaki kot... berdarah kaki.....delegasi KOREA tersebut tengok je...Yang berlaku selepas ini menarik !!!! Selesai sahaja lawatan semua tu bagai, sekolah dimaklumkan bahawa berdasarkan incident yang berlaku semasa pencak silat tersebut... Mereka (Pihak Korea) merancang untuk memberi bantuan bagi sekolah mencari tapak untuk pembinaan sebuat GYM !!!
Fuhhhh.....dapat lagi !!! Moralnya adalah....berlaku jujur walaupun perit..... Maka selepas ini jika sekolah kita hendak bantuan macam-macam maka jadikanlah keputusan SSQS kita tu serendah mungkin menjadi band 1 ... Beranikah kita  ?????  Saya tak berani... Wassalam.....

2 comments :

Makbonda61 berkata...

Subhanallah.

Bolah dijadikan koleksi cerita rakyat yang penuh tauladan untuk cucu cicit kita.

Saya pun belum berani.

Che Jai berkata...

Yang penting kesungguhan...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"