Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Ahad, April 29, 2012

Aplikasi P&P Atas Talian - Edmodo

Edmodo, satu lagi aplikasi atas talian untuk tujuan guru dan murid berkomunikasi dan mewujudkan komuniti kecil serta melibatkan diri dan belajar di dalam dan di luar kelas. Dahulu saya pernah menggunakan aplikasi Whiteboard. Itu pun semasa komputer makmal masih elok. Sekarang sukar kerana komputer makmal yang tinggal tiga empat buah ditambah dengan tidak sampai separuh murid saya yang mempunyai komputer dan internet di rumah. Namun begitu tidak salah untuk mencuba apa-apa aplikasi yang ada dan lihat sama ada berkesan atau tidak..Edmodo saya ketahui daripada Traffic Source blog saya.. Ini bermakna telah ada komuniti kecil kelas di sekolah yang menggunakan aplikasi ini. Teringin sangat hendak tahu kesannya dalam P&P..

Selasa, April 24, 2012

Hasilan Soal Selidik

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru ICT yang sudi menjawab soal selidik ringkas yang telah saya ajukan secara online baru-baru ini. Soal selidik berkaitan modul pembelajaran ICT (Soalan dan jawapan berdasarkan subtopik) yang saya telah kongsikan bertujuan bagi penambahbaikan dan kajian berkaitan perkongsian.kolaborasi bagi talian. Sebanyak 230 responden yang terdiri daripada guru-guru ict seluruh Malaysia telah diajukan beberapa soalan berkaitan dan daripada jumlah responden tersebut seramai 82 responden telah sudi menjawab ke semua soalan. Ini bermakna soal selidik ini telah mendapatkan hasil sebanyak 35% daripada keseluruhan responden. Walaupun jumlah tersebut tidak menepati sasaran asal saya sebanyak 50% , namun ia sangat bermakna dan saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih.
Di sini saya ingin kongsikan dapatan-dapatan yang diperolehi, moga-moga dapatan ini mungkin dapat dijadikan panduan atau rujukan atau penammbahbaikan atau apa sahaja yang difikirkan sesuai. Saya membukanya untuk perbincangan.

1. 83% menyatakan modul pembelajaran  ini dicetaknya dan dijadikan buku latihan tambahan untuk murid-murid ICT, 30% untuk kegunaan sendiri sahaja, 20 % mencetaknya dan dijadikan buku latihan wajib bagi murid-murid ICT manakala selebih memilih lain-lain.


2. Sebanyak 68% menyatakan modul ini telah dikongsi sesama rakan di dalam daerah, 23% sesama negeri, 21% tidak berkongsi dan selebihnya dengan rakan ict negeri lain.

3. 95% responden menyatakan modul ini sesuai untuk tujuan P&P

4. Terdapat responden menyatakan ada terdapat soalan yang terkeluar daripada silibus. Saya tidak dapat menyatakan soalan yang mana satu kerana tidak pasti. Barang diingat soalan-soalan ini sepenuhnya saya dapatinya adalah soalan-soalan percubaan ict negeri. Sama juga halnya di mana sebelum ini pihak LPM pernah menyatakan soalan pada kerja kursus tidak akan keluar pada soalan SPM 70% namun masih ada juga yang keluar (betulkan saya jika pernyataan saya ini salah)..

5. Bahagian yang tentunya paling saya nantikan tentunya di bahagian cadangan atau komen untuk penambahbaikan. Antara komen yang saya pilih di sini ialah...
i.  "di harapkan soalan ini dijiidkan seperti buku koleksi mpict.dan dipasarkan untuk memudahkan pelajar mendapatkan buku koleksi soalan.sebabkalau photostat soalan dan gambar kurang jelas! "
(Saya memang terfikir perkara ini namun ada kekangan yang perlu difikirkan....)

ii.  "saya akan membetulkan mengikut sukatan dan kesesuaian"
(Saya akui terdapat beberapa kesalahan seperti jawapan dan ini telah mendapat teguran dan 
pembetulan daripada beberapa orang rakan negeri lain).

iii.    "Masukkan lebih banyak soalan lagi"
(Untuk pengetahuan modul ini adalah versi ke 2 di mana versi pertama adalah koleksi 
percubaan negeri  2010.. Bagi soalan SPM sebenar, versi 1 dari tahun 2007-2010 manakala 
versi ke 2 dari tahun  2007-2011 , terdapat banyak soalan yang sama atau hampir sama dan 
soalan-soalan ini tidak dikeluarkan)

iv.    "berlaku pertindanan soalan dalam topik yang sama tetapi soalan dari negeri2 yang berbeza"
(Seperti dinyatakan di atas namun kerana terlalu banyak soalan maka perkara tersebut 
berlaku juga)

v.     "Memberi link kepada guru2 dalam talian untuk pembetulan dan pembàikan...sebelum di upload menjadi soalan siap..."
(Sangat dialu-alukan dan saya memohon jika ada guru-guru yang dapat memberikan maklum 
balas / maklumat  kepada saya agar kita dapat wujudkan team bagi modul versi 3 yang dapat 
dikongsi pada tahun hadapan..)

vi. "Perbincangan dan mengemaskini penambahbaikan yang dilakukan"
(Jawapannya sama seperti di atas)

vii. "Perlu di war-warkan kepada semua guru-guru ict yang baru mengajar supaya dapat berkongi pengetahuan dan pemgalaman"
(Saya cuma mampu mewar-warkan di blog saya sahaja...)

viii.  "Amat sukar bagi mereka mendapatkan bahan atau bank soalan di pasaran dalam bentuk koleksi soalan ICT. Mungkin sudah tiba masanya guru-guru pakar menyumbangkan idea untuk memghasilkan bank soalan ICT dan dijual di pasaran"
(Tujuan blog saya sememangnya sebagai perkongsian bahan dan saya setuju jika guru-guru 
pakar menyumbangkan idea untuk menghasilkan bank soalan ICT dan dijual di pasaran.... 
dan saya bukan  guru pakar) 

ix"bagus diadakan perkongsian seperti ini,cuma saya sedikit terkeliru dengan pengulangan soalan.....:"
(Seperti jawapan iii )


x.  "Tolong pastikan soalan akan datang tidak terkeluar dari silibus ICT"
(Jawapan seperti di no 4)

xi.  "buka forum dikalangan guru untuk berbincang tentang soalan yang terdapat kekeliruan.."
(pandangan yang baik dan saya akan fikirkan bagaimana kita dapat berbincang 
mengenainya,  mungkin saya dapat wujudkan satu ruangan forum khas...)

xii.  "mengemaskini format  jawapan selaras dengan skema SPM"
(perkara perlu perhatian team yang membuat soalan negeri masing-masing)

xiii.  "mungkin boleh dinyatakan aras...untuk memudahkan pembinaan jsu.. "
(saya fikir team yang membuat soalan negeri telah membuat jsu cuma tidak dikongsikan)

xiv.  "Boleh meminta dan menyarankan guru2 yang mengajar memberikan buah fikiran dan skema
jawapan dan bentuk soalan agar boleh dikongsikan bersama"
(Guru pakar pembuat soalan yang layak menjawab soalan ini..)

Terima kasih atas jawapan , komen dan sebagainya... Semoga sedikit sebanyak kita semua mendapat manfaatnya...

















Khamis, April 19, 2012

Unit Pengukuran Data (Chapter 2)

Tajuk ini meminta murid-murid untuk menyatakan tentang unit-unit dalam pengukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait. Soalan-soalan yang diberi antaranya meminta murid untuk menukar unit tertentu kepada unit yang lain. Sebagai contoh menukar unit kilobait kepada megabait. Tajuk ini agak mudah namun seringkali kelalaian menyebabkan kesilapan berlaku. Kaedah menghafal sesuai untuk tajuk ini.



Jumaat, April 13, 2012

Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber

Selama 2 hari bermula Khamis hingga Jumaat saya menghadiri Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK anjuran PKG di kawasan saya. Saya tertarik dengan slot hari ini yang membicarakan tentang MBMMBI. Oleh kerana saya tidak terlibat mengenai MBMMBI di sekolah, saya baru mengetahui bahawa CD-CD pengajaran mengenainya telah siap dan ada yang telah diedarkan di sekolah. Saya tertarik dengan CD memperkukuhkan Bahasa Inggeris.  Terdapat video penutur jati bahasa inggeris di dalam. Sekali lihat sudah tahu bahawa penutur tersebut adalah berbangsa inggeris UK.  Jika saya dan anda perasan, masa kini ramai sukaralewan dibawa masa ke Malaysia bagi mengajar bahasa inggeris . Saya agak hairan kerana  ramai yang datang daripada Amerika Syarikat sedang CD standard memaparkan orang UK. Jadi tiada keseimbangan di sini kerana gaya pertuturan adalah jelas berbeza. Boleh juga kita bandingkan seperti bahasa Jawa dan Banjar, macam-macam sama tetapi tak sama....

Rabu, April 11, 2012

Picasa 3.9

Picasa 3.9 kini membolehkan anda untuk melakukan perkongsian dalam google circles dan tag gambar tersebut seperti di fb. Versi yang baru ini juga menawarkan editing gambar secara bersebelahan dengan efek yang baru. Sila ke pautan INI untuk muat turun picasa 3.9 ini.

Rabu, April 04, 2012

Borang Baru Kerja Kursus ICT Tingkatan 4

Borang baru kerja kursus ICT Tingkatan 4 bermula pada tahun ini juga. Ini bermakna, mana-mana kerja kursus bagi tingkatan 4 yang telah dibuat menggunakan borang lama pada tahun ini perlu ditukar. Slaid dibawah oleh pihak LPM secara ringkas  menerangkan perubahan yang berlaku...
Atau anda boleh terus ke Ruang Muat Turun Tingkatan 4 bagi mendapat borang-borang baru tersebut.





Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT

Saya baru selesai menghadiri Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT yang bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat Lembaga Peperiksaan yang dihadiri oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Negeri, Kawasan, Daerah dan beberapa orang guru ICT ini melibatkan 80 orang yang datangnya daripada zon tengah (Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan). Mesyuarat pada kali ini membincangkan perubahan penskoran pada kerja kursus ICT TIngkatan 4 yang wajib bermula pada tahun ini. Ini juga bermakna penggunaan borang baru. Bagi guru-guru ICT seluruh Malaysia, tuan-tuan dan puan-puan akan dipanggil tidak lama lagi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai  perubahan ini. Kita juga bakal dibekalkan dengan buku baru MPKK. Pihak Lembaga  Peperiksaan juga akan memuat turun borang-borang berkaitan pada JUN tahun ini. Pastinya terasa lambat. Oleh itu saya akan berkongsi dengan anda sekarang di Ruangan Muat Turun Tingkatan 4  !!!


Ahad, April 01, 2012

Tukar Format Fail Video

Memasukkan video yang di download daripada youtube ke Power Point masih memberi masalah kepada ramai murid-murid ict dalam menyiapkan kerja kursus mereka.  Video daripada youtube yang berformatkan .flv sememangnya perlu ditukar kerana power point tidak membenarkan ia berlaku. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan antaranya youtube downloader dan sebagai. Perkara yang menjadi pokoknya di sini adalah sama ada perisian-perisian tersebut mudah didapati dan mudah digunakan. Bagi saya penting kerana kerja perlu cepat dilakukan.Oleh itu bagi mendapatkan ke dua-dua perkara berikut, saya mencadangkan perisian any video converter. Anda boleh ke lamannya di SINI bagi mendapatknya secara PERCUMA..

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"