Di sini saya ingin kongsikan dapatan-dapatan yang diperolehi, moga-moga dapatan ini mungkin dapat dijadikan panduan atau rujukan atau penammbahbaikan atau apa sahaja yang difikirkan sesuai. Saya membukanya untuk perbincangan.
1. 83% menyatakan modul pembelajaran ini dicetaknya dan dijadikan buku latihan tambahan untuk murid-murid ICT, 30% untuk kegunaan sendiri sahaja, 20 % mencetaknya dan dijadikan buku latihan wajib bagi murid-murid ICT manakala selebih memilih lain-lain.
2. Sebanyak 68% menyatakan modul ini telah dikongsi sesama rakan di dalam daerah, 23% sesama negeri, 21% tidak berkongsi dan selebihnya dengan rakan ict negeri lain.
3. 95% responden menyatakan modul ini sesuai untuk tujuan P&P
4. Terdapat responden menyatakan ada terdapat soalan yang terkeluar daripada silibus. Saya tidak dapat menyatakan soalan yang mana satu kerana tidak pasti. Barang diingat soalan-soalan ini sepenuhnya saya dapatinya adalah soalan-soalan percubaan ict negeri. Sama juga halnya di mana sebelum ini pihak LPM pernah menyatakan soalan pada kerja kursus tidak akan keluar pada soalan SPM 70% namun masih ada juga yang keluar (betulkan saya jika pernyataan saya ini salah)..
5. Bahagian yang tentunya paling saya nantikan tentunya di bahagian cadangan atau komen untuk penambahbaikan. Antara komen yang saya pilih di sini ialah...
i. "di harapkan soalan ini dijiidkan seperti buku koleksi mpict.dan dipasarkan untuk memudahkan pelajar mendapatkan buku koleksi soalan.sebabkalau photostat soalan dan gambar kurang jelas! "
(Saya memang terfikir perkara ini namun ada kekangan yang perlu difikirkan....)
ii. "saya akan membetulkan mengikut sukatan dan kesesuaian"
(Saya akui terdapat beberapa kesalahan seperti jawapan dan ini telah mendapat teguran dan
pembetulan daripada beberapa orang rakan negeri lain).
iii. "Masukkan lebih banyak soalan lagi"
(Untuk pengetahuan modul ini adalah versi ke 2 di mana versi pertama adalah koleksi
percubaan negeri 2010.. Bagi soalan SPM sebenar, versi 1 dari tahun 2007-2010 manakala
versi ke 2 dari tahun 2007-2011 , terdapat banyak soalan yang sama atau hampir sama dan
soalan-soalan ini tidak dikeluarkan)
iv. "berlaku pertindanan soalan dalam topik yang sama tetapi soalan dari negeri2 yang berbeza"
(Seperti dinyatakan di atas namun kerana terlalu banyak soalan maka perkara tersebut
berlaku juga)
v. "Memberi link kepada guru2 dalam talian untuk pembetulan dan pembà ikan...sebelum di upload menjadi soalan siap..."
(Sangat dialu-alukan dan saya memohon jika ada guru-guru yang dapat memberikan maklum
balas / maklumat kepada saya agar kita dapat wujudkan team bagi modul versi 3 yang dapat
dikongsi pada tahun hadapan..)
vi. "Perbincangan dan mengemaskini penambahbaikan yang dilakukan"
(Jawapannya sama seperti di atas)
vii. "Perlu di war-warkan kepada semua guru-guru ict yang baru mengajar supaya dapat berkongi pengetahuan dan pemgalaman"
(Saya cuma mampu mewar-warkan di blog saya sahaja...)
viii. "Amat sukar bagi mereka mendapatkan bahan atau bank soalan di pasaran dalam bentuk koleksi soalan ICT. Mungkin sudah tiba masanya guru-guru pakar menyumbangkan idea untuk memghasilkan bank soalan ICT dan dijual di pasaran"
(Tujuan blog saya sememangnya sebagai perkongsian bahan dan saya setuju jika guru-guru
pakar menyumbangkan idea untuk menghasilkan bank soalan ICT dan dijual di pasaran....
dan saya bukan guru pakar)
ix. "bagus diadakan perkongsian seperti ini,cuma saya sedikit terkeliru dengan pengulangan soalan.....:"
(Seperti jawapan iii )
x. "Tolong pastikan soalan akan datang tidak terkeluar dari silibus ICT"
(Jawapan seperti di no 4)
xi. "buka forum dikalangan guru untuk berbincang tentang soalan yang terdapat kekeliruan.."
(pandangan yang baik dan saya akan fikirkan bagaimana kita dapat berbincang
mengenainya, mungkin saya dapat wujudkan satu ruangan forum khas...)
xii. "mengemaskini format jawapan selaras dengan skema SPM"
(perkara perlu perhatian team yang membuat soalan negeri masing-masing)
xiii. "mungkin boleh dinyatakan aras...untuk memudahkan pembinaan jsu.. "
(saya fikir team yang membuat soalan negeri telah membuat jsu cuma tidak dikongsikan)
xiv. "Boleh meminta dan menyarankan guru2 yang mengajar memberikan buah fikiran dan skema
jawapan dan bentuk soalan agar boleh dikongsikan bersama"
(Guru pakar pembuat soalan yang layak menjawab soalan ini..)
Terima kasih atas jawapan , komen dan sebagainya... Semoga sedikit sebanyak kita semua mendapat manfaatnya...
0 comments :
Catat Ulasan