Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu saya ucapkan. Mengapa? Pos terakhir blog ini adalah pada April 2016. Sejak itu saya menyepi tanpa sebarang pos dan hanya sekali sekala memuat naik bahan. Pelbagai perkara telah berlaku ketika itu sehingga saya tidak lagi mampu untuk menguruskan blog ini. Ada yang bertanya dan ramai juga yang tidak ambil peduli pun..(hehe).. tidak mengapa...Kini sedar atau tidak blog bukan sahaja lagi cara berkesan untuk berkongsi bahan dan maklumat. Media sosial seperti telegram telah menjadi contohnya. Sangat mudah berkongsi bahan di situ dan perhubungan akademik sesama guru menjadi lebih rapat. Itulah kehebatan teknologi masa kini. RMMICT... ye..RMMICT...RMM adalah singkatan RAJA MUDA MUSA.. sekolah di desa Bestari Jaya Selangor tempat saya mula berkhidmat sebagai guru ICT. Bertitik tolak dari hanya sebagai satu tugasan master (buat blog pendidikan) pada 2009, blog ini telah berkembang sangat pesat dalam 6-7 tahun kehadapannya. Saya mendapat ramai kawan seluruh Malaysia !!!.. tidak kenal pun tetapi sangat prihatin dan sering berkongsi bahan terutamanya untuk subjek ICT tingkatan 4 dan 5.. keprihatin dan keikhlasan guru-guru berkongsi bahan menjadi blog ini sangat sering dikunjungi oleh guru-guru ICT khususnya. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi.. Perkongsian ilmu menjadikan kita semakin berilmu dan berharap mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Saya memohon maaf andai ada pertanyaan tidak berbalas dan apa sahaja kesilapan saya.
Untuk makluman saya sejak bulan 5 tahun 2017 tidak lagi mengajar di SMKRMM.. saya telah berpindah ke sekolah baharu dan juga daerah baru..dari Kuala Selangor ke Hulu Selangor ekoran berpindah rumah.
Saya masih memikirkan untuk berubah ke blog baru...masih berfikir dan belum ada perancangan,, Saya juga kini hanya mengajar Asas Sains Komputer..tiada subjek Sains Komputer di sekolah baru ini.
Akhirnya saya mengucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian yang diberi..dan juga atas ribuan doa yang saya terima daripada guru-guru. Saya tidak mampu membalasnya. Saya mendoakan kesejahteraan hidup dan beroleh segala yang terbaik kepada semua guru yang berasakan blog ini bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t.. semoga berjumpa lagi mungkin dalam cara perhubungan yang lain.. Terima kasih terima kasih terima kasih... Wassalamm....
0 comments :
Catat Ulasan