Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Ahad, Oktober 21, 2012

Analisis Soalan ICT SPM 2007-2011

Kali ini saya kongsikan pula analisis soalan-soalan ICT SPM 2007-2011. Guru-guru ICT boleh membukukan analisis soalan ini untuk murid-murid sebagai panduan bagi menghadapi SPM akan datang. Tinggal 3 minggu persekolahan dan rasanya masih sempat untuk guru-guru memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada murid masing-masing berdasarkan analisis soalan ini. Untuk pengetahuan semua analisis ini dibuat oleh Cikgu Shan (Guru Cemerlang ICT SMK Dato Ahmad Lenggong Perak) yang sering sahaja berkongsi ilmu kepada ramai guru-guru ICT. Terima kasih dan tahniah kepada beliau atas usaha ini..  Guru-guru boleh mendapatkan fail-fail tersebut diruangan muat turun--> lain- lain   ATAU klik SINI

Rabu, Oktober 10, 2012

Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial 2

Selaras dengan projek 1BestariNet yang menambahbaik prasarana ICT di mana  salah satunya lebar Jalur - Kelajuan (2mbps atau 4 mbps) , begitu banyak sekolah yang telah bertukar daripada schoolnet kepada YES. Berikutan itu KPM telah bergerak pantas dengan memperkenalkan VLE Frog sebuah aplikasi pembelajaran rangkaian sosial. Pada masa kini ia didedahkan kepada sekolah-sekolah yang telah menerima YES. Oleh kerana sekolah saya belum menerima YES (dah datang tetapi pulang semula kerana tiada capaian..)  maka VLE Frog ini masih belum didedahkan kepada guru-guru. Melalui bacaan dan cerita yang saya peroleh maka kesimpulan awal saya ialah ia sama seperti aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang sedia ada seperti EDMODO, Busuu dan seumpamanya cuma VLE Frog ini adalah projek kementerian. Kita harus bersangka baik dengan hasrat kementerian ini kerana mereka tahu teknologi internet masa kini sangat penting dalam pendidikan terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Saya pasti jika ia digunakan dengan maksimum oleh guru-guru maka P&P menjadi semakin mudah, menarik, cepat dan teratur. Makanya bagi sekolah yang masih menggunakan komputer lama (termasuk sekolah saya) dan schoolnet, maka tunggu sahaja kerana projek daripada 1BestariNet berjalan berperingkat. Saya tidak boleh memberi ulasan atau komen... Harap-harap guru-guru yang telah menerima YES dan VLE Frog dapat memberi komen tentang apa sahaja.. Web VLE Frog boleh dilayari di http://www.frogtrade.com/  dan http://www.frogasia.com/v2/


Khamis, September 27, 2012

Muat Turun Trial ICT 2012


Saya kongsikan soalan trial ICT 2012 negeri-negeri yang saya perolehi..Terima kasih atas sumbangan guru-guru yang mengirimnya kepada saya. Harapan saya agar soalan negeri lain yang belum diperolehi dapat dikongsi bersama saya.. Soalan-soalan ini boleh didapati diruangan muat tutun tingkatan lima.. Soalan-soalan yang kini dalam simpanan adalah seperti berikut...







1. Selangor
2. Terengganu
3. Pulau Pinang
4. Kedah
5. Negeri Sembilan
6. Kelantan
7. Wilayah Persekutuan
8. Pahang
9. Melaka (Seri Kota)
10.Johor (Mersing)
11.Johor (Kota Tinggi)
12.Perak (Hulu Perak)
13.Perlis 

Selasa, September 25, 2012

Slaid P&P TMK Tingkatan 5

Kali ini berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia, saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 5. Seperti sebelumnya jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi...

Khamis, September 13, 2012

Trial ICT 2012

Selamat menghadapi trial SPM bagi para murid tingkatan 5 di mana sahaja. Tidak lupa khasnya bagi murid yag mengambil subjek ict. Saya di kesempatan ini memohon soalan trial ict 2012 daripada guru-guru serata negeri agar projek modul soalan2 ict berdasarkan subtopik dapat diteruskan dan dapat disebarkan secara percuma lagi... Selain itu saya akan turut berusaha agar soalan2 ini tidak akan bocor sebelum masanya. Maka itu penting bagi saya mendapat maklumat bila tarikh peperiksaan ict bagi setiap negeri dijalankan serta serentak atau tidak.. Saya telah mula menerima satu dua soalan negeri lain (soft copy) yang saya tidak akan dedahkan.. Selamat menghadapi peperiksaan sekali lagi...







saya kini baru seminggu lebih menghadapi........













Alhamdulillah Allah panjangkan umur.... Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka yang mendoakan saya. Allah s.wt sahaja yang membalasnya....Amin... Bolehlah cuti berbulan ni buat projek ict yang baru...InsyaAllah....






















Khamis, Ogos 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya pada tahun ini membawa keceriaan kepada semua dan sama-samalah kita berhati-hati dijalan raya.

Jumaat, Ogos 03, 2012

Muat Turun Video Youtube Pelbagai Format

Menggunakan aplikasi atas talian ini membolehkan anda untuk memuat turun video daripada youtube, metacafe, dailymotion dan lain dengan cepat dan mudah. Lebih memudahkan lagi, ia mempunyai kelebihan memuat turun video dalam pelbagai format yang anda inginkan seperti mp4, 3gp dan terkini dalam bentuk mp3. Ini bermakna bagi murid-murid yang ingin menggunakan video daripada youtbe kebiasaannya bagi tugasan kerja kursus, mereka tidak lagi perlu untuk 'convert' video tersebut. Klik SINI ke laman keepvid.

Rabu, Julai 25, 2012

Ramadan Yang Sibuk

Pastinya bagi ramai guru tingkatan 5 yang mengajar ICT sedang sibuk pada bulan ini. Almaklum pentaksiran akan bermula pertengahan puasa ini. Sibuk mengejar murid-murid yang belum menyiapkan kerja kursus. Harap-harap guru tidak hilang kesabaran dengan karenah murid yang pelbagai macam..takut kurang pula pahala puasa...

Jumaat, Julai 20, 2012

Ramadan Tiba Lagi

Alhamdulillah..Ramadan tiba lagi. Syukur sekali lagi kita diberi peluang menempuhinya. Bersama kita berdoa agar Allah s.w.t memberikan kita kekuatan menjalankan ibadahNya dengan penuh kesabaran, ketenangan dan menerima amalan kita.. InsyaAllah...

Selasa, Julai 17, 2012

Kursus Klip Video

Hari ini saya menghadiri kursus klip video anjuran Pusat Kegiatan Guru di kawasan saya. Walaupun telah mempunyai pengetahuan dalam membina klip video namun masih terasa agak teruja. Sudah bertahun rasanya tidak secara serius membina klip video ini. Pada kursus ini perisian mengedit video Pinnacle Studio 14 digunakan. Versi terakhir Pinnacle yang saya gunakan dahulu adalah versi 8. Semasa agak berminat sangat-sangat mengedit video dahulu, bermacam perisian juga yang telah dicuba termasuklah Power Director, Ulead, Sony Vegas dan beberapa lagi. Lama kelamaan minat semakin berkurang kerana membuat video pendek sekali pun memakan masa yang agak lama dan hingga tak perasan juga sebenarnya berpuluh cd video telah dihasilkan. Maka kesempatan tiba-tiba ini digunakan untuk 'refresh' semula ilmu yang ada di samping menimba ilmu-ilmu mengedit video yang baru. Penceramah yang memberi ceramah adalah pegawai bahagian ini daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Membina dan mengedit video sememangnya jika dipelajari secara serius boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan. Keperluan yang perlu ada termasuklah kesungguhan, kreatif, bersedia menerima teguran, mengambil kursus-kursus jangka pendek serta lain-lain perkara lagi. Menyebut tentang memperoleh pendapatan sampingan daripada membina dan mengedit video ini, LUPA kan sahaja hasrat murni itu jika Kamera/Kamera Video anda bukan jenis beresolusi AMAT tinggi dan laptop/pc yang berkuasa sangat tinggi kerana itu lah keperluan asas menghasilkan video berkualiti tinggi.

Slaid P&P TMK Tingkatan 4

Berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia, saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 4. Slaid P&P ini boleh dilihat pada ruangan yang telah saya sediakan di blog ini atau anda boleh terus ke slideshare saya. Jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi...

Ahad, Julai 15, 2012

Bina Kuiz Atas Talian


Aplikasi internet ini membolehkan anda membina kuiz khusus untuk kelas yang anda daftarkan. Aplikasi internet ini turut membolehkan anda memasukkan fail-fail multimedia. Antara kemudahan lain yang diberi termasuklah mewujudkan 'timer' bagi murid menjawab soalan, menghantar email kepada murid bagi mengingatkan mereka menjawab kuiz, paparan keputusan untuk murid dan sebagainya. Pada pendapat saya, untuk pengguna baru, anda perlu memahami sepenuhnya arahan dan kemudahan yang diberi agar penggunaan aplikasi ini dapat berfungsi sebaik mungkin. Klik SINI untuk mendaftar akaun anda..

Selasa, Julai 10, 2012

Teknik Menjawab Soalan ICT

Teknik menjawab soalan ICT bagi murid-murid  tingkatan 5 telah dilaksanakan pada hari ini. Seperti tahun lepas, Ketua Pentaksir Kebangsaan & pemeriksa kertas ICT Cikgu Choo Keng Fook dijemput bagi menyampaikan ceramah. Moga-moga murid-murid yang mengikutinya telah dapat menimba pengetahuan sebanyak mungkin agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sebenar kelak. 

Ahad, Julai 08, 2012

Tukar Bahan PDF Kepada Majalah Atas Talian

Youblisher adalah aplikasi internet yang dapat menukarkan bahan-bahan PDF anda kepada bentuk majalah atau buku. Seperti majalah atau buku, kita perlu menyelak setiap halaman bahan-bahan yang telah siap dimuat naik. Di samping itu bahan-bahan juga boleh di'embed' ke dalam blog atau pun laman web. Youblisher boleh menjadi salah satu pilihan bagi guru menerbitkan bahan-bahan P&P bagi murid-murid. Anda boleh KLIK untuk ke laman youpublisher.





Contoh

Bidang Pembelajaran 1.1 (ICT Tingkatan 4)

Rabu, Jun 27, 2012

Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial

Pada  masa kini terdapat banyak aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan oleh guru-guru khusus untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi sesebuah kelas atau sekelompok murid terpilih. Saya pasti sangat ramai di kalangan guru-guru di Malaysia yang menggunakan peluang menggunakan aplikasi ini untuk tujuan p&p dan beberapa tujuan yang lain. Sebagai contohnya Edmodo yang mana membolehkan guru mewujudkan kelas maya bagi kelas-kelas yang diajarnya. Kelas maya ini memberi peluang kepada murid-murid untuk berkolaborasi bersama guru dan rakan-rakan mereka tidak kira masa dan di mana sahaja asalkan ada talian internet. Ringkasnya jika aplikasi-aplikasi pembelajaran rangkaian sosial dapat digunakan sepenuhnya, maka ia merupakan satu alternatif yang sangat berkesan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu sudah menajdi lumrah...semakin banyak peluang yang ada semakin banyak juga persoalan dibelakangnya. Melihat situasi kita di Malaysia, antara persoalan penting bagi pendapat saya antaranya kemudahan insfrastruktur seperti komputer yang mencukupi di sekolah, talian internet sama ada laju atau tidak dan juga jadual penggunaan makmal di sekolah. Perkara tersebut tidak menjadi persoalan jika murid-murid tidak mempunyai masalah menggunakan internet di luar sekolah seperti adanya internet di rumah dan mudah jika hendak ke kafe siber. Antara persolan lagi adalah melihat kepada kepentingan penggunaan aplikasi itu sendiri. Jika seseorang guru itu sedar kepentingannya seperti memudahkan beliau menjalankan p&p walaupun tiada di sekolah maka dengan sendirinya aplikasi tersebut menjadi platform terbaik mengelakkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran. Di negara-negara maju, aplikasi-aplikasi ini telah lama didedahkan seawal sekolah rendah lagi yang mana anda boleh buat cariannya di youtube. Sebenarnya terpulang kepada guru-guru untuk berganjak paradigma dan mencuba walaupun adanya kekangan. Jika tidak dapat menggunakan sepenuhnya namun cukup jika ia memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai sedikit suasana lain dalam pembelajaran kerana arus teknologi semakin berkembang dan rasanya rugi jika persiakan peluang yang ada.Setahu saya banyak aplikasi ini datang dari luar negara dan saya tidak tahu pula adanya aplikasi yang buatan rakyat Malaysia. Silalah kongsikan kepada saya jika ada. Antara aplikasi-aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan adalah seperti berikut...


i.              Google Drive (https://drive.google.com)
ii.            Frog VLE  (http://frogasia.com)
iii.           Edmodo (www.edmodo.com)
iv.           Nicenet (www.nicenet.org)
v.            I Think (http://www.ithinkinc.com)
vii.          Google Groups  (http://groups.google.com)
viii.        Einztein  (http://einztein.com/)
ix.           Busuu (http://www.busuu.com/)
 

Khamis, Jun 21, 2012

5 Minit Yang Sangat Lama

Membuat klip video yang berdurasi hanya 5 minit jika difikirkan mungkin ramai menjangkakan ia mudah untuk dibuat. Namun jika klip video itu dibuat untuk dipersembahkan dihadapan VIP beserta ratusan orang, maka sudah tentu ia menuntut ketelitian yang lebih pada pembuatnya. Itulah yang berlaku kepada saya pada hari ini. Dengan masa yang diberi cuma 2 jam lebih masa tugasan yang diberi berjaya dilaksanakan bagi dipersembahkan tepat pada masanya. Namun begitu seperti kata pepatah ., "Disangka panas hingga ke petang ruapanya hujan ditengahari..." dan juga "Kita hanya merancang tuhan jua menentukan "... Apabila klip video tersebut dipersembahkan, paparan kelihatan gelap tidak seperti percubaan sebelumnya.. Maka apa yang boleh dilakukan pada saat itu ? Apabila masalah datang melibatkan perkara teknikal seperti ini yang berpunca daripada kuasa lampu LCD yang tiba-tiba pudar maka tiada apa yang boleh dilakukan.. Akhirnya 5 minit yang sememangnya sekejap dirasakan seperti 5 jam pula rasanya..Fikirlah sendiri jika anda ditempat saya... 

Selasa, Jun 19, 2012

Panduan Menjalankan Lesson Study

Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan panduan asas menjalankan lesson study, anda boleh mendapatkannya di ruangan lain-lain di bahagian muat turun blog ini.

Rabu, Jun 13, 2012

Lesson Study

Pada masa kini guru-guru sedang didedahkan 'Lesson Study' iaitu satu kaedah dalam meningkatkan proses oleh sekelompok kecil guru dalam mata pelajaran masing-masing. Saya baru sahaja menghadiri kursus 'Lesson Study' ini di Jabatan Pelajaran. Melalui info yang saya perolehi, 'Lesson Study' ini yang berasal daripada negara Jepun ini telah bermula lama seawal 2004 lagi. Hanya baru kini ia didedahkan secara meluas kepada guru-guru di Malaysia. Kaedah ini juga telah lama berkembang di banyak negara. Saya tidak ingin menerangkan secara panjang lebar kerana info mengenainya boleh diperolehi dengan sangat banyak di laman web.Apa yang pasti sudah tentunya ia berkesan kerana jika tidak mengapa ia banyak dipelajari keadah oleh banyak negara di dunia. Apa yang pentingnya adalah apakah guru-guru sedia membuat dan menerima perubahan..Tepuk dada tanya selera...

Ahad, Jun 10, 2012

Cipta Kod Bar QR Anda Sendiri

Pada masa kini dimana-mana sahaja kita akan nampak Kod QR (Quick Response) ini. Kod bar segiempat ini  berperanan dalam mendapatkan koordinat lokasi, URL, sebarang mesej teks atau maklumat kenalan ke telefon dengan cepat. Dengan aplikasi pengimbas barcode yang dipasang pada telefon atau netpad, kita hanya perlu menunjukkan kamera telefon pada kod untuk membaca kandungannya. Kod pada pos ini merupakan QR Code saya. Anda boleh mendapat / mencipta QR KOd anda di SINI... selamat berseronok...

Rabu, Jun 06, 2012

Garis Masa Perkembangan Komputer

Pautan berikut sangat sesuai untuk guru dan murid-murid mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan sejarah komputer dari dahulu hingga kini. Ditunjukkan berdasarkan garis masa.









Sila klik ke History of the Personal Computer on Dipity.

Rabu, Mei 16, 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Selamat hari guru kepada semua warga guru di seluruh Malaysia. Tema hari guru pada tahun mengajak kita menjadi inovatif dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang secara tidak langsung meningkatkan pencapaian murid-murid kita. Saya sendiri masih tercari-cari cara atau kaedah baru dalam pengajaran saya...harap-harap ada banyak cara yang terkeluar daripada kepala atau paling tidak ada antara guru yang dapat berkongsi cara yang terbukti berkesan ke atas anak murid mereka. Dalam konteks ini khususnya kita guru-guru ict yang mengajar ICT dan ICTL.. Sekali lagi selamat hari guru khususnya kepada rakan guru email saya yang kini berjumlah lebih 300 orang dari seluruh negara. Kesudian berkongsi maklumat, idea, komen, bahan dan pendapat sangat-sangat saya hargai. Secara tidak langsung menambahkan semangat saya untuk berkongsi dengan kaedah berblogging ini... terima kasih daun keladi...

Ahad, Mei 06, 2012

Google Drive

Google kini menawarkan aplikasi terkininya Google Drive. Apa itu Google Drive ? Google Drive adalah perkhidmatan storan awan (cloud) yang membolehkan anda menyimpan dokumen , foto dan sebagainya. Menggunakan google drive membolehkan fail pada pc atau laptop anda terus boleh di synchronize dan disimpan terus dalam google drive. Maknanya anda boleh mencapai fail-fail anda di mana sahaja walaupun anda tidak laptop. Apa yang perlu dilakukan anda  anda hanya perlu memilih fail atau apa sahaja yang ingin di synchronize dengan google drive kerana google drive menawarkan secara percuma storan sehingga 5GB. APA yang ANDA perlu TAHU bagi yang BELUM TAHU , google drive terbina dalam GOOGLE DOC. Jika anda membuka gmail anda, pada Bar atas (lihat gambar bawah) biasa terdapat DOCUMENT namun setelah anda menggunakan Google drive, perkataan Document bertukar kepada Drive..


Melihat perkara ini ia seperti picasa, synch foto pada pc terus ke web album picasa web. Pastinya ramai mengatakan sebelum ini google sudah sedia ada storan seperti google apps , google doc dan sebagainya. Maka apa istimewanya google drive ? Mari kita lihat..

1. Download Google Drive ( boleh download di SINI )








2. Setelah anda download dah buat cara instalasi seperti biasa, paparan berikut terpapar













3. Paparan berikut akan terpapar dan klik next






























4. Paparan seterusnya akan di paparkan. Bagi makluman, satu folder akan dibina pada desktop anda, anda sebelum itu boleh membuat pilihan di mana anda ingin folder drive ini di simpan sama ada pada C: document atau mana-mana tempat seperti di drive D: dan sebagainya.













































Anda kini boleh synchronize fail anda dengan menekan butang  start sync.

5. Tapi Bagaimana ? Di mana pergi nya fail atau bermacam-macam lagi. BAIK, katakan anda tutup paparan di atas.
Pertama pergi pada desktop anda  dan anda akan lihat satu folder dengan nama Google Drive seperti gambar di bawah...
























6. Buka folder google drive seperti gambar di bawah... DAN lihat fail word bernama Selangor


































7. Anda cuma perlu drag and drop atau copy and paste fail tersebut ke dalam folder drive. Bagi kes ini saya copy and paste



































8. Buka email anda semula dan klik Drive pada bar anda. Di ulang, perkataan yang tertera sebelum ini adalah Document. Pada gambar di bawah menunjukkan fail yang telah di synchronize tadi..





Apa pendapat anda ? Berguna atau tidak ?  
Ketahui lebih lanjut tentang google drive di






Khamis, Mei 03, 2012

Bahan-Bahan ICTL

Saya banyak menerima permintaan bagi penambahan bahan-bahan P&P ICTL . Saya tidak mempunyai banyak bahan ICTL kerana sudah beberapa tahun tidak mengajar program ini. Saya amat mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan guru yang sudi berkongsi bahan-bahan p&p ICTL di dalam blog ini. Emailkan sahaja kepada saya dan segera saya letakkan pautan d dalam blog ini. Terima Kasih..

Mesyuarat Penataran ICT

Semalam saya menghadiri mesyuarat penataran kerja kursus tingkatan 4 khusus di peringkat daerah pula. Daerah tempat saya mengajar iaitu Kuala Selangor hanya mempunyai 8 buah sekolah sahaja yang mempunyai subjek ICT. Makanya penerangan mengenai borang dan pemarkahan baru bagi tingkatan 4 yang bermula pada tahun ini agak mudah dan lancar. Saya mendapat tahu ada negeri yang belum lagi bermesyuarat mengenainya. Pihak LPM sekarang sememangnya sedang rancak membuat mesyuarat mengenainya, Makanya sabar-sabar la ye...

Ahad, April 29, 2012

Aplikasi P&P Atas Talian - Edmodo

Edmodo, satu lagi aplikasi atas talian untuk tujuan guru dan murid berkomunikasi dan mewujudkan komuniti kecil serta melibatkan diri dan belajar di dalam dan di luar kelas. Dahulu saya pernah menggunakan aplikasi Whiteboard. Itu pun semasa komputer makmal masih elok. Sekarang sukar kerana komputer makmal yang tinggal tiga empat buah ditambah dengan tidak sampai separuh murid saya yang mempunyai komputer dan internet di rumah. Namun begitu tidak salah untuk mencuba apa-apa aplikasi yang ada dan lihat sama ada berkesan atau tidak..Edmodo saya ketahui daripada Traffic Source blog saya.. Ini bermakna telah ada komuniti kecil kelas di sekolah yang menggunakan aplikasi ini. Teringin sangat hendak tahu kesannya dalam P&P..

Selasa, April 24, 2012

Hasilan Soal Selidik

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru ICT yang sudi menjawab soal selidik ringkas yang telah saya ajukan secara online baru-baru ini. Soal selidik berkaitan modul pembelajaran ICT (Soalan dan jawapan berdasarkan subtopik) yang saya telah kongsikan bertujuan bagi penambahbaikan dan kajian berkaitan perkongsian.kolaborasi bagi talian. Sebanyak 230 responden yang terdiri daripada guru-guru ict seluruh Malaysia telah diajukan beberapa soalan berkaitan dan daripada jumlah responden tersebut seramai 82 responden telah sudi menjawab ke semua soalan. Ini bermakna soal selidik ini telah mendapatkan hasil sebanyak 35% daripada keseluruhan responden. Walaupun jumlah tersebut tidak menepati sasaran asal saya sebanyak 50% , namun ia sangat bermakna dan saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih.
Di sini saya ingin kongsikan dapatan-dapatan yang diperolehi, moga-moga dapatan ini mungkin dapat dijadikan panduan atau rujukan atau penammbahbaikan atau apa sahaja yang difikirkan sesuai. Saya membukanya untuk perbincangan.

1. 83% menyatakan modul pembelajaran  ini dicetaknya dan dijadikan buku latihan tambahan untuk murid-murid ICT, 30% untuk kegunaan sendiri sahaja, 20 % mencetaknya dan dijadikan buku latihan wajib bagi murid-murid ICT manakala selebih memilih lain-lain.


2. Sebanyak 68% menyatakan modul ini telah dikongsi sesama rakan di dalam daerah, 23% sesama negeri, 21% tidak berkongsi dan selebihnya dengan rakan ict negeri lain.

3. 95% responden menyatakan modul ini sesuai untuk tujuan P&P

4. Terdapat responden menyatakan ada terdapat soalan yang terkeluar daripada silibus. Saya tidak dapat menyatakan soalan yang mana satu kerana tidak pasti. Barang diingat soalan-soalan ini sepenuhnya saya dapatinya adalah soalan-soalan percubaan ict negeri. Sama juga halnya di mana sebelum ini pihak LPM pernah menyatakan soalan pada kerja kursus tidak akan keluar pada soalan SPM 70% namun masih ada juga yang keluar (betulkan saya jika pernyataan saya ini salah)..

5. Bahagian yang tentunya paling saya nantikan tentunya di bahagian cadangan atau komen untuk penambahbaikan. Antara komen yang saya pilih di sini ialah...
i.  "di harapkan soalan ini dijiidkan seperti buku koleksi mpict.dan dipasarkan untuk memudahkan pelajar mendapatkan buku koleksi soalan.sebabkalau photostat soalan dan gambar kurang jelas! "
(Saya memang terfikir perkara ini namun ada kekangan yang perlu difikirkan....)

ii.  "saya akan membetulkan mengikut sukatan dan kesesuaian"
(Saya akui terdapat beberapa kesalahan seperti jawapan dan ini telah mendapat teguran dan 
pembetulan daripada beberapa orang rakan negeri lain).

iii.    "Masukkan lebih banyak soalan lagi"
(Untuk pengetahuan modul ini adalah versi ke 2 di mana versi pertama adalah koleksi 
percubaan negeri  2010.. Bagi soalan SPM sebenar, versi 1 dari tahun 2007-2010 manakala 
versi ke 2 dari tahun  2007-2011 , terdapat banyak soalan yang sama atau hampir sama dan 
soalan-soalan ini tidak dikeluarkan)

iv.    "berlaku pertindanan soalan dalam topik yang sama tetapi soalan dari negeri2 yang berbeza"
(Seperti dinyatakan di atas namun kerana terlalu banyak soalan maka perkara tersebut 
berlaku juga)

v.     "Memberi link kepada guru2 dalam talian untuk pembetulan dan pembĂ ikan...sebelum di upload menjadi soalan siap..."
(Sangat dialu-alukan dan saya memohon jika ada guru-guru yang dapat memberikan maklum 
balas / maklumat  kepada saya agar kita dapat wujudkan team bagi modul versi 3 yang dapat 
dikongsi pada tahun hadapan..)

vi. "Perbincangan dan mengemaskini penambahbaikan yang dilakukan"
(Jawapannya sama seperti di atas)

vii. "Perlu di war-warkan kepada semua guru-guru ict yang baru mengajar supaya dapat berkongi pengetahuan dan pemgalaman"
(Saya cuma mampu mewar-warkan di blog saya sahaja...)

viii.  "Amat sukar bagi mereka mendapatkan bahan atau bank soalan di pasaran dalam bentuk koleksi soalan ICT. Mungkin sudah tiba masanya guru-guru pakar menyumbangkan idea untuk memghasilkan bank soalan ICT dan dijual di pasaran"
(Tujuan blog saya sememangnya sebagai perkongsian bahan dan saya setuju jika guru-guru 
pakar menyumbangkan idea untuk menghasilkan bank soalan ICT dan dijual di pasaran.... 
dan saya bukan  guru pakar) 

ix"bagus diadakan perkongsian seperti ini,cuma saya sedikit terkeliru dengan pengulangan soalan.....:"
(Seperti jawapan iii )


x.  "Tolong pastikan soalan akan datang tidak terkeluar dari silibus ICT"
(Jawapan seperti di no 4)

xi.  "buka forum dikalangan guru untuk berbincang tentang soalan yang terdapat kekeliruan.."
(pandangan yang baik dan saya akan fikirkan bagaimana kita dapat berbincang 
mengenainya,  mungkin saya dapat wujudkan satu ruangan forum khas...)

xii.  "mengemaskini format  jawapan selaras dengan skema SPM"
(perkara perlu perhatian team yang membuat soalan negeri masing-masing)

xiii.  "mungkin boleh dinyatakan aras...untuk memudahkan pembinaan jsu.. "
(saya fikir team yang membuat soalan negeri telah membuat jsu cuma tidak dikongsikan)

xiv.  "Boleh meminta dan menyarankan guru2 yang mengajar memberikan buah fikiran dan skema
jawapan dan bentuk soalan agar boleh dikongsikan bersama"
(Guru pakar pembuat soalan yang layak menjawab soalan ini..)

Terima kasih atas jawapan , komen dan sebagainya... Semoga sedikit sebanyak kita semua mendapat manfaatnya...

















Khamis, April 19, 2012

Unit Pengukuran Data (Chapter 2)

Tajuk ini meminta murid-murid untuk menyatakan tentang unit-unit dalam pengukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait. Soalan-soalan yang diberi antaranya meminta murid untuk menukar unit tertentu kepada unit yang lain. Sebagai contoh menukar unit kilobait kepada megabait. Tajuk ini agak mudah namun seringkali kelalaian menyebabkan kesilapan berlaku. Kaedah menghafal sesuai untuk tajuk ini.



Jumaat, April 13, 2012

Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber

Selama 2 hari bermula Khamis hingga Jumaat saya menghadiri Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK anjuran PKG di kawasan saya. Saya tertarik dengan slot hari ini yang membicarakan tentang MBMMBI. Oleh kerana saya tidak terlibat mengenai MBMMBI di sekolah, saya baru mengetahui bahawa CD-CD pengajaran mengenainya telah siap dan ada yang telah diedarkan di sekolah. Saya tertarik dengan CD memperkukuhkan Bahasa Inggeris.  Terdapat video penutur jati bahasa inggeris di dalam. Sekali lihat sudah tahu bahawa penutur tersebut adalah berbangsa inggeris UK.  Jika saya dan anda perasan, masa kini ramai sukaralewan dibawa masa ke Malaysia bagi mengajar bahasa inggeris . Saya agak hairan kerana  ramai yang datang daripada Amerika Syarikat sedang CD standard memaparkan orang UK. Jadi tiada keseimbangan di sini kerana gaya pertuturan adalah jelas berbeza. Boleh juga kita bandingkan seperti bahasa Jawa dan Banjar, macam-macam sama tetapi tak sama....

Rabu, April 11, 2012

Picasa 3.9

Picasa 3.9 kini membolehkan anda untuk melakukan perkongsian dalam google circles dan tag gambar tersebut seperti di fb. Versi yang baru ini juga menawarkan editing gambar secara bersebelahan dengan efek yang baru. Sila ke pautan INI untuk muat turun picasa 3.9 ini.

Rabu, April 04, 2012

Borang Baru Kerja Kursus ICT Tingkatan 4

Borang baru kerja kursus ICT Tingkatan 4 bermula pada tahun ini juga. Ini bermakna, mana-mana kerja kursus bagi tingkatan 4 yang telah dibuat menggunakan borang lama pada tahun ini perlu ditukar. Slaid dibawah oleh pihak LPM secara ringkas  menerangkan perubahan yang berlaku...
Atau anda boleh terus ke Ruang Muat Turun Tingkatan 4 bagi mendapat borang-borang baru tersebut.





Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT

Saya baru selesai menghadiri Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT yang bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat Lembaga Peperiksaan yang dihadiri oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Negeri, Kawasan, Daerah dan beberapa orang guru ICT ini melibatkan 80 orang yang datangnya daripada zon tengah (Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan). Mesyuarat pada kali ini membincangkan perubahan penskoran pada kerja kursus ICT TIngkatan 4 yang wajib bermula pada tahun ini. Ini juga bermakna penggunaan borang baru. Bagi guru-guru ICT seluruh Malaysia, tuan-tuan dan puan-puan akan dipanggil tidak lama lagi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai  perubahan ini. Kita juga bakal dibekalkan dengan buku baru MPKK. Pihak Lembaga  Peperiksaan juga akan memuat turun borang-borang berkaitan pada JUN tahun ini. Pastinya terasa lambat. Oleh itu saya akan berkongsi dengan anda sekarang di Ruangan Muat Turun Tingkatan 4  !!!


Ahad, April 01, 2012

Tukar Format Fail Video

Memasukkan video yang di download daripada youtube ke Power Point masih memberi masalah kepada ramai murid-murid ict dalam menyiapkan kerja kursus mereka.  Video daripada youtube yang berformatkan .flv sememangnya perlu ditukar kerana power point tidak membenarkan ia berlaku. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan antaranya youtube downloader dan sebagai. Perkara yang menjadi pokoknya di sini adalah sama ada perisian-perisian tersebut mudah didapati dan mudah digunakan. Bagi saya penting kerana kerja perlu cepat dilakukan.Oleh itu bagi mendapatkan ke dua-dua perkara berikut, saya mencadangkan perisian any video converter. Anda boleh ke lamannya di SINI bagi mendapatknya secara PERCUMA..

Selasa, Mac 27, 2012

Desktop Wallpaper

Saya adalah penggemar desktop wallpaper. Namun begitu saya lebih sukakan yang ringkas, warna menarik , berdefinisi tinggi dan tidak menyemakkan mata. Terdapat banyak laman web wallpaper yang memberi peluang kepada mereka yang mahukan wallpaper bagi desktop mereka ringkas dan menarik untuk dipandang. Antara laman web yang boleh anda layari bagi mendapatkan wallpaper....

1. simpledesktops
2. deviantart
3. minimalwall
4. minimalist
5. icanbecreative

Rabu, Mac 21, 2012

Keputusan SPM 3765 2011

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek ICT SPM 2011. Tahniah juga kepada para guru yang bertungkus lumus membimbing murid-murid. Tahniah juga kepada sekolah yang mengekalkan kelulusan 100% dalam subjek 3765. Namun begitu jika ada sasaran tidak mengena.. Jangan frust lama-lama... cari cara bangkit semula... Dan nampaknya ungkapan itu sesuai juga untuk saya kali ini......

Selasa, Mac 20, 2012

Pertandingan Blog Pendidikan 2012

Pertandingan Blog Pendidikan 2012 kini kembali. Pertandingan anjuran Pusat ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris ini terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog berunsur pendidikan. Terbahagi kepada 3 kategori iaitu sekolah , ipta/ipts dan terbuka. Sila layari http://ict.upsi.edu.my untuk maklumat lanjut

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"