RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Julai 17, 2012

Kursus Klip Video

Hari ini saya menghadiri kursus klip video anjuran Pusat Kegiatan Guru di kawasan saya. Walaupun telah mempunyai pengetahuan dalam membina klip video namun masih terasa agak teruja. Sudah bertahun rasanya tidak secara serius membina klip video ini. Pada kursus ini perisian mengedit video Pinnacle Studio 14 digunakan. Versi terakhir Pinnacle yang saya gunakan dahulu adalah versi 8. Semasa agak berminat sangat-sangat mengedit video dahulu, bermacam perisian juga yang telah dicuba termasuklah Power Director, Ulead, Sony Vegas dan beberapa lagi. Lama kelamaan minat semakin berkurang kerana membuat video pendek sekali pun memakan masa yang agak lama dan hingga tak perasan juga sebenarnya berpuluh cd video telah dihasilkan. Maka kesempatan tiba-tiba ini digunakan untuk 'refresh' semula ilmu yang ada di samping menimba ilmu-ilmu mengedit video yang baru. Penceramah yang memberi ceramah adalah pegawai bahagian ini daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Membina dan mengedit video sememangnya jika dipelajari secara serius boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan. Keperluan yang perlu ada termasuklah kesungguhan, kreatif, bersedia menerima teguran, mengambil kursus-kursus jangka pendek serta lain-lain perkara lagi. Menyebut tentang memperoleh pendapatan sampingan daripada membina dan mengedit video ini, LUPA kan sahaja hasrat murni itu jika Kamera/Kamera Video anda bukan jenis beresolusi AMAT tinggi dan laptop/pc yang berkuasa sangat tinggi kerana itu lah keperluan asas menghasilkan video berkualiti tinggi.

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"