Memastikan komputer atau laptop daripada digunakan untuk melihat laman-laman web berunsur pornografi atau seumpamanya adalah sangat penting. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang semakin membesar. Elok rasanya untuk membuat pencegahan awal kerana mengubati penyakit ini mungkin sudah terlambat. Cara ini tidak perlukan perisian, percuma dan selamat... tutorial ini untuk paparan windows XP.. menggunakan Vista dan 7 paparannya agak berlainan namun dengan cara yang sama..
1. Klik start ---> all program ---> network connection
2. Pada paparan berikut..pilih rangkaian anda..saya menggunakan wireless connection.. jika anda guna kabel klik pada local area connection
3. Pada paparan seterusnya.klik kanan dan klik lagi pada properties
4. Pada paparan properties.. cari internet protocol, klik dan klik pula pada properties nya..
5. Berikut adalah paparan properties internet protocol..
Lihat pada DNS...
6. Seterusnya, isi nombor berikut dan klik ok..
jom uji keberkesanannya....pada web search..taip perkataan berikut...pilih mana-mana...
paparan berikut akan terpapar..yang mana akan menyenangkan hati apabia anak-anak melayario internet di rumah...
sumber : youtube - block porno web sites...
Comments (6)
umu6point
6 Disember 2011 10:17 PTG
Sangat bermanfaat.
Jazakallah berkongsi :)
Makbonda
7 Disember 2011 8:17 PTG
ialah...alhamdulillah.....terlepas satu beban...sampai bila-bila ke? tapi kalau guna laptop lain kena tukar juga ke?
kalau ada tip lain sila kongsi.Pahala berganda.
Hamdan
7 Disember 2011 11:54 PTG
sampai anak dah tahu bagaimana nak buangkannya... laptop lain juga kena tukar..cara yang sama juga...
localhost
15 Disember 2011 12:26 PG
Cikgu Hamdan,
Antara tip yg bagus juga tu. Saya ada soalan.
Student ada permission utk ubah DNS ip tu ke? Jika di ubah ke public DNS ip,masih boleh saja lawati www.l*cah itu.
#kelasLINUX
Hamdan
15 Disember 2011 7:11 PTG
internet di sekolah, kerajaan dah block siap2 laman2 web lucah ni...lagi pun biasanya penggunaan komputer di sekolah atas pengawasan guru...jika ada yang telepas tanpa pengawasan maknanya salah guru la tu.. 'Block' menggunakan dns ini lebib sesuai diguna di rumah untuk anak2 yang mula membesar dan nak tahu macam-macam...
cikgu ayob
29 Januari 2012 8:58 PTG
Terima kasih...tuan...
di atas perkongsian ilmu...
Catat Ulasan