Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Memaparkan catatan dengan label Perkakasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkakasan. Papar semua catatan

Khamis, Februari 13, 2014

Ranking Top 5 Supercomputer

Berikut adalah supercomputer yang berada di kedudukan 5 senarai teratas. Senarai kedudukan supercomputer kebiasaanya disemak setiap 2 tahun sekali. Kali terakhir adalah pada November 2013 yang lepas. Penilaian supercomputer berdasarkan prestasinya dari segi kelajuan memproses serta keupayaan bertahan dalam penyelesaian masalah dan sebagainya. 5 supercomputer yang berada dalam senarai teratas adalah ;








1. Tianhe-2, or Milky Way-2 ( CHINA) 













Tianhe-2 mempunyai 16,000 nod, masing-masing dengan dua pemproses Intel Xeon IvyBridge dan tiga pemproses Xeon Phi untuk jumlah gabungan 3120000 teras (core) pengkomputeran.






2. Titan, - Cray XK7  (Amerika Syarikat)




 

 






Menggunakan 261632 teras (core) pemecut NVIDIA K20x 
 

3. Sequoia - BlueGene/Q (Amerka Syarikat)













IBM . Menggunakan 1572864 teras (core). Sequoia juga merupakan salah satu yang paling cekap menggunakan tenaga dalam sistemnya.


4. K computer- SPARC64 VIIIfx  (Jepun)














Fujitsu - Menggunakan 705,024 teras (core) pemprosesan SPARC64.


5. Mira - BlueGene/Q, (Amerika Syarikat) 
  
















IBM -  menggunakan 786432 teras (core) pemecut.



Anda boleh membaca lebih lanjut tentang supercomputer di pautan berikut

http://www.top500.org/blog/lists/2013/11/press-release/

http://forwardthinking.pcmag.com/computing/312732-the-world-s-fastest-supercomputer-now-in-china

http://www.top500.org/lists/2013/06/

http://www.top500.org/project/top500_description/



Rabu, Februari 12, 2014

Supercomputer

Apakah itu Supercomputer? Apakah fungsinya ? Secara ringkas Supercomputer mempunyai kelajuan sangat tinggi melibatkan pengiraan yang berlaku pada kelajuan nanosaat. Supercomputer diperkenalkan pada tahun 60an dan dimulakan oleh Seymour Cray di Control Data Corporation ( CDC), Amerika Syarikat. Superkomputer memainkan peranan penting dalam bidang ilmu komputer , dan digunakan untuk pelbagai tugas intensif dalam pelbagai bidang, termasuk mekanik kuantum, ramalan cuaca , penyelidikan iklim , penerokaan minyak dan gas , pemodelan molekul ( pengiraan struktur dan sifat-sifat bahan kimia , makromolekul biologi , polimer, dan kristal ), dan simulasi fizikal ( seperti simulasi satu saat awal alam semesta , kapal terbang dan kapal angkasa aerodinamik , yang letupan senjata nuklear, dan pelakuran nuklear ).

Ahad, September 04, 2011

Apa Itu Kiosk ?

Apabila ditanya apakah itu KIOSK, amat jarang mendapat jawapan yang memuaskan. Ini kerana terdapat pemahaman berlainan bagi setiap orang mengenai KIOSK ini. Pemahaman dari segi teknologi adalah peralatan sistem maklumat awam yang direka untuk pelbagai tujuan memberikan info berkaitan atau perkhidmatan di mana KIOSK tersebut ditempatkan berdasarkan usia, jantina, latar belakang budaya, tahap pemahaman dan pendidikan dan keterbatasan fizikal yang berbeza. Antara tempat di mana KIOSK boleh kelihatan tentunya di kawasan-kawasan umum seperti lapangan terbang, lobi hotel, sekolah, universiti, kompleks membeli belah dan lain-lain. Rekabentuk KIOSK adalah berbeza mengikut kehendak atau kreativiti pembinanya. Tidak terlalu besar seperti almari atau kecil seperti meja makan. Apa yang penting bagi KIOSK jenis ini adalah paparan skrinnya atau disebut sebagai komunikasi visualnya. Menggunakan teknologi skrin sesentuh adalah KIOSK yang biasa dijumpai. Adalah penting terutama dari segi antaramuka penggunanya agar menarik digunakan oleh pengguna.

Sistem KIOSK yang berjaya adalah bergantung kepada kandungan yang sesuai dengan tempat, perkhidmatan yang ditawarkan sesuai dengan keperluan awam, daya tarikan atau attractiveness dari antara muka pengguna yang digunakan (aspek rekabentuk komunikasi visual). Lagi mudah maklumat yang sedia boleh diakses oleh pengguna dan berapa jelas sistem tersebut difahami oleh pengguna (aspek accessibility dan aspek human cognitive system - computer interaction) maka KIOSK tersebut dikira sebagai berjaya.

Berdasarkan pembacaan saya, antara perkara yang memberikan kejayaan sesuatu KIOSK itu adalah berdasarkan  perkara-perkara berikut ;

-Aplikasi hendaklah mempunyai grafik yang menarik
-Penggunaan skrin sesentuh (Touchable)
-Menghadkan pilihan / option sesedikit mungkin
-Mempunyai panduan penggunaan
-Menyajikan kekunci navigasi sederhana [start] - [next] - [back]
-Berada dikawasan yang dapat mengelakkan vandalisme (kawasan yang terbuka dan ramai orang)

**** Jika terdapat sekolah-sekolah yang mempunyai KIOSK, maka dapatlah kita kongsi bersama berkaitan keberkesanan penggunaannya di sekolah....

Khamis, Julai 21, 2011

Tablet Yang Popular Di Pasaran

Ipad merupakan tablet yang popular dipasaran pada masa kini. Tablet  keluaran apple ini begitu menguasai atas faktor-faktor seperti kebolehgunaan, jangka hayat bateri yang panjang, aplikasi yang banyak, harga di samping ianya nipis dan ringan. Namun sebagai pengguna, kita sememangnya mempunyai pilihan. Terdapat beberapa lagi  jenis tablet yang popular dan boleh menjadi saingan kepada Ipad.

Blackberry Playbook

 
















Asus Eee Pad Tranformer TF101


















Samsung Galaxy Tab 10.1v




















LG Optimus Pad 3D 8.9" 

















HP Touch Pad



















Jika anda berkira-kira hendak membeli tablet, mana satu pilihan anda ? Satu yang perlu diambil kira adalah, membelinya untuk kegunaan apa..



sumber :
http://techchai.com/2011/07/20/5-best-alternatives-to-ipad/#more-1713
http://www.zdnet.com/blog/btl/top-10-tablets-of-2011-the-new-leaderboard/48214



















Isnin, April 11, 2011

Persamaan Antara Perkakasan/Perisian Komputer & Tubuh Manusia

Jika komputer disamakan dengan tubuh manusia, bahagian mana yang fungsinya boleh dikatakan sama. Adakah sama atau hampir sama atau tidak sama langsung. Satu yang pasti, komputer tiada emosi seperti kita. Mari kita lihat pelbagai pendapat mengenainya.

Sabtu, Mac 26, 2011

Sejarah Ringkas Tetikus

Nama asal bagi mouse  ialah bug tetapi kerana tali atau kabel pada peranti ini menyebabkan sebutan mouse lebih selesa digunakan. Penciptaan mouse bermula pada awal 60an oleh Douglas Engelbart dari Institut Penyelidikan Stanford. Penciptaan mouse ini bertitik tolak dari penciptaan trackball  yang telah bermula di awal 50an lagi. Pada ketika itu trackball  tidak terbuka kepada penggunaan rakyat biasa. Secara tepat pada tahun 1963, Douglas Engelbart dan rakan sekerjanya Bill English yang merupakan antara pelopor human-computer interaction telah mengeluarkan prototaip mouse  yang pertama.  Agak malang bagi Douglas..

Khamis, Februari 10, 2011

VGA Port Pupus 2015

Port VGA, penghubung ke monitor semakin hampir kepada pelupusannya. Pengeluar Cip Intel (Nasdaq: INTC) dan AMD (NYSE: AMD), dengan sokongan dari berbagai vendor komputer, telah mengumumkan sokongan mereka untuk m menghapuskan teknologi ini pada 2015. Bagi menggantikannya..mereka akan mempercepatkan penggunaan DisplayPort dan High Definition Multimedia Interface (HDMI) port dalam teknologi terbaru mereka. Teknologi ini baru bakal memiliki konsumsi daya yang rendah dari port VGA dan menyokong resolusi skrin yang lebih tinggi. Mereka juga menyokong teknologi digital, yang VGA tidak . Dengan demikian membuka jalan untuk aplikasi yang lebih banyak kepada PC. Intel dan AMD akan menutup sokongan mereka kepada VGA bermula tahun 2013 dan mengharapkan teknologi baru seterusnya secara total tidak lagi menggunakan vga port sepenuhnya tahun 2015.  Ini bermakna semua teknologi baru bnakal menggunakan HDMI dan DisplayPort.




sumber : teknologi news

Ahad, Januari 16, 2011

Jenama Laptop Mana Yang Baik ???

Jawapan kepada soalan tersebut susah hendak dijawab. Saya guna jenama IBM Lenovo. Saya beli sebab masa di kedai, tokey kedai ketuk laptop Lenovo dengan tangan dan kata "Ini laptop banyak kuat oooo..." Maka saya beli Lenovo, tetapi bukan yang diketuk tu !!!  Untuk membeli maka ikut la tips membeli laptop seperti entri saya sebelum ini. Saya paparkan jenama-jenama laptop (tidak termasuk siri, sebab banyak sangat..)
1. Acer
2. Alienware
3. Apple
4. Asus
5. Averatec
6. BenQ
7. Compaq
8. CyberPower
9. Dell
10. Durabook
11. eMachines
12. Falcon Northwest
13. Fujitsu
14. Gateway
15. General Dynamics Itronix
16. Gigabyte
17. HP (Hewlwtt Packard)
18. IBM
19. iBuyPower
20. Lenovo
21. Micro Center
22. Msi
23. Origin
24. Panasonic
25. Rugged Notebooks
26. Samsung
27. Sony
28. Toshiba
29. ViewSonic
30. Wyse

Mungkin ada jenama lain.. saya tak tahu..yang tahu ni pun ada yang tak tahu rupanya...

sumber : http://www.laptopmag.com  / http://www.geekwithlaptop.com/tag/laptop-statistics / http://internetgecko.com/category/laptop

Sabtu, Januari 15, 2011

Tips Membeli Laptop

Kalau orang tanya pendapat bila nak beli laptop, "Laptop apa yang bagus?" adalah antara soalan pertama yang ditanya. Soalan lain yang biasa juga ditanya, "Laptop apa yang murah ???!!!'. Kalau ikut hati nak aje jawab... "Mana saya tau !!!".... Pada saya, soalan yang patut ditanya ialah.. " Saya ada RM2000, laptop macam mana yang boleh dibeli?"... baru la betul...
Sebenarnya dalam membeli laptop, berdasarkan bacaan dan pengalaman membeli laptop perlu mengambil kira perkara-perkara berikut..antaranya...
1. Tentukan bajet...jangan la harap laptop power kalau bajet kecil..
2. Nilai keperluan anda, keperluan pelajar berbeza dari seorang pengusaha atau seorang seniman atau guru dalam hal ini. Jika membelikan untuk anak, mungkin boleh beli laptop yang agak murah sesuai dengan keperluannya. Tetapi kalau kursus kejuruteraan, yang murah dan kurang power dah tentu tak sesuai.
3. Pertimbangkan jaminan. Laptop dengan  tidak ada
jaminan atau masa jaminan singkat memungkinkan kos selenggara yang banyak dalam jangka panjang.
4. Keselesaan menggunakan keyboard. Jika anda suka laptop kecil tetapi jari anda besar mungkin tidak sesuai. Keselesaan penting dalam menggunakan laptop kerana ia berbeza dengan keyboard biasa.
5. Laptop mesti mempunyai ruang memori tambahan. Akan sampai masanya anda hendak meningkatkan kuasa laptop anda, maka perkara tersebut tidak akan memberi masalah kepada anda.Contoh, ruang untuk RAM atau hard disk.
6. Jmlah port USB kerana port ini akan membantu anda untuk menyambung pelbagai perant. Semakin banyak semakin baik.

7. Tempat membeli  laptop. Lebih dekat dengan tempat tinggal lebih baik agar mudah billa sampai masanya laptop anda memberi masalah. Contoh jika membeli untuk anak belajar di universiti, beli sahaja yang dekat dengan universiti supaya mudah anak anda menghantarnya ke kedai..

Jika ada tambahan.. sila lah tambah...

Isnin, Disember 27, 2010

Laser & Teknologi Komputer

Kemenangan bergaya 3-0 Malaysia ke atas Indonesia pada akhir pertama Suzuki AFF Cup dicemari dengan tindakan penyokong yang memancarkan laser ke arah pemain. Tidak ingin mengulas lanjut mari kita lihat bagaimana pancaran laser telah digunakan sekian lama dalam teknologi komputer. Apakah peranti (perkakasan) komputer yang menggunakan laser ? Apakah kelebihan dan kekurangannya ? CD ROM/ DVD ROM adalah perkakasan yang menggunakan teknologi laser ini.
Pada dasarnya, apa laser lakukan adalah bersinar pada peranti seperti yang diarahkan oleh peranti simpanan dan sensor menentukan sama ada cahaya dari laser tercermin kembali pada lokasi tertentu dalam peranti, atau tersebar dan tidak kembali. Ini sebab mengapa ketika anda menghidupkan CD dari sisi ke sisi, perubahan pantulan cahaya ketika anda berbeza bagaimana anda memegangnya. Awalnya, laser peranti simpanan mampu membaca data saja,sama seperti kita membaca buku. Perkara ini berubah bermula 1997 dengan pengenalan cakera  tulia/baca atau bahasa inggerisnya CD-RW (Re-write). Laser pada CD-RW adalah lebih kuat dan mampu mengubah wajah CD dalam proses yang biasa kita sebut iaitu 'BURN'..

KelebihanSemestinya umum mengetahui teknologi laser ini membolehkan maklumat kini disimpan secara kekal dalam CD atau DVD dan di mudah dibawa ke mana-mana berbanding menyimpan sejumlah besar maklumat dalam storan cakera keras komputer yang mana walaupun kekal agak sukar bagi kemudahan mudah alih..
Kekurangan

Walaupun CD/DVD mampu bertahan antara 5-10 dan berpotensi aantara 50-100 bagi jenis yang berkualiti timggi... Kesukaran menjaganya seperti adanya calar atau keretakan menjadi sebab utama kelemahannya. Bagi CD-RW atau DVD RW, kekerangan menulis semula sebenarnya menyebabkan nya menjadi haus atau nipis dan data yang disimpan semakin tidak berkualiti.

Selasa, November 02, 2010

Cakera Keras 3 Terabait

Pada 19 Oktober yang lalu , Western Digital, pembuat pemacu cakera berjenis SATA, mengumumkan generasi baru hard drive yang akan meningkatkan kapasiti simpanan pc. Cakera keras SATA dengan berkapasiti 3 terabait adalah yang  terbesar di dunia  yang pernah dibuat sampai saat ini. Pembuatnya Syarikat Western Digital dilaporkan menggunakan ketumpatan 750 GB-pada-platter dan teknologi Advanced Format (AF) dalam pembuatannya.
  
Untuk maklumat lebih lanjut sila klik 
http://www.new-technology-world.com/wordpress/?p=739

Isnin, September 20, 2010

Kenali Ram (ASAS)

Semua pengguna komputer tahu apa itu RAM. RAM antara perkakasan komputer yang mudah untuk di ganti bagi tujuan menaik taraf (upgrade) sesuatu komputer. Namun bukan semua tahu bahawa untuk upgrade memerlukan juga sedikit kemahiran dan pengetahuan tentang sistem komputer. Bagi entri ini saya akan menerangkan dari permulaan (asas) sahaja. Setelah itu baru kita beralih sedikit demi sedikit ke tahapnya sekarang.

RAM paling mudah dikenali sebagai ingatan komputer . RAM adalah singkatan Random Access Memory atau dalam bahasa Malaysia Ingatan Capaian Rawak.

Apa yang Rawak ??? Apa yang Di capai ??? Ingatan  siapa ??? Maksud di sini adalah RAM secara rawaknya mencapai data yang disimpan secara sementara yang telah dibuka sebelum ini. Katakan anda membuka perisian word bagi kali pertama setelah anda membuka komputer anda. Komputer akan mengambil sedikit masa untuk membukanya bukan ??  Apabila anda close perisan word tersebut dan anda buka kembali, perisan word tersebut akan dibuka dengan cepat !! Di sinilah antara bahagian di mana RAM anda berfungsi.  
bersambung lagi cukup setakat itu dahulu......

sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Random-access_memory
http://computer.howstuffworks.com/computer-memory.htm
 

Rabu, September 16, 2009

Jangka Hayat Storan

Berdasarkan apa yang admin belajar..semua tempat simpanan (storage) sememangnya mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri.. Dibawah merupakan media simpanan yang biasa kita gunakan dan jangka hayatnya yang dijangka mampu bertahan.. (walaubagaimanapun ia hanya untuk media yang berkualiti tinggi sahaja)
1. Magnetic discs ( ex: hard disk) – guaranteed life expantancy (3 to 5 years) / potential life expantancy ( 20 to 30 years)
2. Optical diss (ex: CD / DVD) – guaranteed life expantancy (5 to 10 years) / potential life expantancy ( 50 to 100 years)
3. Microfilm (ex: film roll) – guaranteed life expantancy (100 years) / potential life expantancy ( 500 years)
**Berdasarkan fakta di atas, maka sebab itu lah agaknya jurugambar-jurugambar tv contohnya masih mengusung kamera filem besar ke sana sini.. tahan lama….. jadi kenapa sekarang kita beralih kepada storage yang tak tahan lama? Nampaknya terpaksala admin betulkan balik kamera video guna tape yang dah rosak tu..hahaha

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"