RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, Januari 15, 2011

Tips Membeli Laptop

Kalau orang tanya pendapat bila nak beli laptop, "Laptop apa yang bagus?" adalah antara soalan pertama yang ditanya. Soalan lain yang biasa juga ditanya, "Laptop apa yang murah ???!!!'. Kalau ikut hati nak aje jawab... "Mana saya tau !!!".... Pada saya, soalan yang patut ditanya ialah.. " Saya ada RM2000, laptop macam mana yang boleh dibeli?"... baru la betul...
Sebenarnya dalam membeli laptop, berdasarkan bacaan dan pengalaman membeli laptop perlu mengambil kira perkara-perkara berikut..antaranya...
1. Tentukan bajet...jangan la harap laptop power kalau bajet kecil..
2. Nilai keperluan anda, keperluan pelajar berbeza dari seorang pengusaha atau seorang seniman atau guru dalam hal ini. Jika membelikan untuk anak, mungkin boleh beli laptop yang agak murah sesuai dengan keperluannya. Tetapi kalau kursus kejuruteraan, yang murah dan kurang power dah tentu tak sesuai.
3. Pertimbangkan jaminan. Laptop dengan  tidak ada
jaminan atau masa jaminan singkat memungkinkan kos selenggara yang banyak dalam jangka panjang.
4. Keselesaan menggunakan keyboard. Jika anda suka laptop kecil tetapi jari anda besar mungkin tidak sesuai. Keselesaan penting dalam menggunakan laptop kerana ia berbeza dengan keyboard biasa.
5. Laptop mesti mempunyai ruang memori tambahan. Akan sampai masanya anda hendak meningkatkan kuasa laptop anda, maka perkara tersebut tidak akan memberi masalah kepada anda.Contoh, ruang untuk RAM atau hard disk.
6. Jmlah port USB kerana port ini akan membantu anda untuk menyambung pelbagai perant. Semakin banyak semakin baik.

7. Tempat membeli  laptop. Lebih dekat dengan tempat tinggal lebih baik agar mudah billa sampai masanya laptop anda memberi masalah. Contoh jika membeli untuk anak belajar di universiti, beli sahaja yang dekat dengan universiti supaya mudah anak anda menghantarnya ke kedai..

Jika ada tambahan.. sila lah tambah...

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"