RMMICT@FACEBOOK

Khamis, Januari 13, 2011

Tugas Guru Banyak ? Tipu !!!!!!

"Our core business is to teach !!! " Saya masih ingat kata-kata Penolong Kanan dahulu. Ungkapan tersebut rasanya akan terus melekat sampai bila-bila. Adakah benar guru-guru pada masa kini dibebani dengan pelbagai tugas ?  Melihat kepada tugas-tugas lain saya pada tahun ini ketiga-tiga bahagian iaitu kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum kesemuanya terdapat nama saya. Kebanyakkannya bahagian-bahagian di mana kalau mesyuarat pengurusan, maka adalah muka saya di situ, itu belum termasuk bahagian yang kecil-kecil seperti menjadi AJK dan sebagainya. Hebat pula rasanya menjadi cikgu ict ni. Tidak lama dahulu, kajian mengenai beban tugas guru telah dilakukan pihak kementerian. Apakah hasilnya ?? Saya tidak tahu ada atau tidak atau saya tidak ambil tahu. Apa yang saya tahu, kurikulum baru dan ini tidak termasuk PMR yang bakal dimansuhkan menunjukkan kaedah pentaksiran digunakan bagi mengelakkan sistem pendidikan terlalu ke arah exam oriented. Apa yang bakal terjadi ialah setiap pelajar akan mempunyai fail-fail pelbagai jenis dan guru terlibat perlu melakukan kerja-kerja pentaksiran yang banyak selain mengajar dan sebagainya. Maka secara ringkas mari kita fikir, adakah kajian menunjukkan beban tugas guru banyak ?? Tipu la siapa yang cakap tu...

2 comments :

KizZ berkata...

Oh yeke..tapi saya tengok akak saya cm byk gile keje dia..balik je mesti tak sempat masak..

Jom sini,
Cantik luar cantik dalam meh dengar sini

Fuddlo berkata...

bukan kajian saya..kajian depa la tu... hehe

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"