RMMICT@FACEBOOK

Khamis, Januari 06, 2011

Masalah Guru ICT Awal Tahun

Apabila masuk tahun baru, masalah yang disebut seperti di atas sering berlaku. Biasanya melibatkan pelajar baru ICT tingkatan 4. Amat jarang mendengar pentadbir sekolah memberi kebebasan kepada guru ICT memilih sendiri pelajar mereka. Saya sebenarnya tidak berapa faham ( rasanya lebih kepada tidak ambil tahu..hehe) bagaimana pembahagian matapelajaran teras dan elektif apabila melibatkan pelajar tingkatan 4. Simpati mendengar guru mendapat pelajar ICT baru yang diketahui lemah, tidak berminat, dipaksa masuk kelas ICT dan sebagainya. Saya sendiri mengalami masalah tersebut, namun atas istilah "saya yang menurut perintah" maka terima sahajalah keadaan begitu. Sekurang-kurangnya kelas ICT telah ditetapkan dan saya tidak perlu membuat ujian itu ini dalam memilih pelajar ICT (sebut aje lah malas..haha).. Rasanya nak buat kajian tindakan berkaitan perkara ini... Jika ada sesiapa nak kongsi masalah ini maka taiplah komen.....

1 comments :

azlirul_sensei berkata...

ICT merupakan matapelajaran elektif yang memerlukan pelajar mempunyai bidang pemikiran yang melibatkan kretif dan enovatif serta minat dalam mencerna pengetahuan tersebut kedalam dunia reality. Pada lumrahnya sesetengah pihak mengangap ICT merukan subjek yang mudah lulus, tanggapan itu adalah benar dan bertepatan tetapi target sebenar ICT di jadikan subjek elektif pasti tidak tercapai. Pada pendapat saya subjek ICT ini sesuai jika ia di gabungkan dengan Add Math untuk memastikan value pelajarnya lebih mantap dan terjamin untuk ke IPT

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"