RMMICT@FACEBOOK

Ahad, Januari 16, 2011

Kelebihan Membeli Secara Online

Setakat ini saya suka membeli barangan teknologi secara online sebab belum kena tipu. Apa yang penting, selidik dahulu syarikat sama ada boleh dipercayai atau tidak. Biasanya kalau syarikat sudah ada nama besar jarang dengar kes kena tipu. Satu lagi tanya hati sendiri yakin atau tidak. Antara kelebihan dan tips membeli secara online berdasarkan pengalaman saya ialah;
1. Sudah tentu tak penat keluar rumah. Jimat minyak kereta.
2. Pakej yang ditawarkan. Beli semasa promosi.. Ada hadiah lagi baik.
3. Talian khidmat pelanggan. Mudah apabila ada masalah
4. Riview barangan beserta perbandingan dengan jenama lain
5. Cara pembayaran. Kalau guna kad kredit, ada bank yang tawarkan ansuran 0%.
6. Jaminan dalam tempoh warranty. Ganti terus yang baru bila rosak, tak perlu tunggu dibaiki.

Pengalaman saya membeli PDA, tiga kali saya tukar dan dapat terus yang baru. Pernah juga membeli printer. Murah aje..RM200. Berpeluh-peluh datang mencari rumah nak ganti yang baru. Almaklum la..rumah di kawasan kampung.. hulu pula..haha... kesian ..saya bagi air sejuk segelas je...

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"