Semua pengguna komputer tahu apa itu RAM. RAM antara perkakasan komputer yang mudah untuk di ganti bagi tujuan menaik taraf (upgrade) sesuatu komputer. Namun bukan semua tahu bahawa untuk upgrade memerlukan juga sedikit kemahiran dan pengetahuan tentang sistem komputer. Bagi entri ini saya akan menerangkan dari permulaan (asas) sahaja. Setelah itu baru kita beralih sedikit demi sedikit ke tahapnya sekarang.
RAM paling mudah dikenali sebagai ingatan komputer . RAM adalah singkatan Random Access Memory atau dalam bahasa Malaysia Ingatan Capaian Rawak.
Apa yang Rawak ??? Apa yang Di capai ??? Ingatan siapa ??? Maksud di sini adalah RAM secara rawaknya mencapai data yang disimpan secara sementara yang telah dibuka sebelum ini. Katakan anda membuka perisian word bagi kali pertama setelah anda membuka komputer anda. Komputer akan mengambil sedikit masa untuk membukanya bukan ?? Apabila anda close perisan word tersebut dan anda buka kembali, perisan word tersebut akan dibuka dengan cepat !! Di sinilah antara bahagian di mana RAM anda berfungsi.
bersambung lagi cukup setakat itu dahulu......
sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Random-access_memory
http://computer.howstuffworks.com/computer-memory.htm
0 comments :
Catat Ulasan