RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, September 04, 2010

Komputer Lupus

Setelah hampir setahun, permohonon mendapatkan komputer yang dilupuskan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Jalan Duta akhirnya tercapai hari ini. Sebanyak 18 buah komputer telah tiba di makmal komputer dengan selamatnya. Walaupun komputer lupus namun masih dalam keadaan baik. Syukur kerana akhirnya para pelajar dapat juga berasa selesa menggunakan komputer di makmal komputer. Jika sebelum ini tidak sampai 10 buah komputer yang masih elok dikongsi beramai-beramai oleh pelajar. Apatah lagi walaupun 10 buah keadaannya ibarat hidup segan mati tak mahu. Bayangkan komputer sedia ada yang telah berusia hampir 10 tahun diguna pakai sehingga kini. Jangan ditanya lembab atau tidak, bermacam masalah ada. Dengan adanya pertambahan komputer ini diharap P&P dapat berjalan agak lancar. Hendak ditunggu penggantian, faham-faham ajelah ekonomi meleset, ditambah lagi nasib yang tidak berapa baik menimpa sekolah saya ni.. ( ???????????????? )... Pertambahan komputer ini juga bermakna tugas juruteknik bertambah juga adanya..hehehe...

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"