RMMICT@FACEBOOK
Sabtu, September 04, 2010
Komputer Riba Percuma
Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) pada Jun lalu telah meminta pihak sekolah memberikan 200 nama pelajar yang penjaga mereka berpendapatan di bawah RM3000 untuk diberikan komputer riba percuma. Di awal bulan Ramadhan yang lalu setelah ditapis oleh pihak PJK, senarai 94 nama yang layak telah diterima pihak sekolah. Majlis pemberian komputer riba yang dikenali sebagai Komputer 1 Malaysia ini dijangka diadakan selepas cuti Hari Raya ini. Walaubagaimanapun, pemberian komputer riba ini beserta dengan syarat bahawa setiap penerimanya perlu berlanggan internet dengan Telekom Malaysia selama 2 tahun dengan bayaran sebanyak RM25 sebulan. Maka timbullah suara-suara belakang sama ada benarkah komputer riba ini betul-betul percuma dan adakah mampu mereka membayarnya. Ini kerana rata-ratanya, pendapatan penjaga yang terlibat bergaji RM1000 ke bawah. Ini telah saya suarakan kepada pihak TM adakah komputer riba ini akan diambil semula jika bayaran gagal dilakukan. jawapan yang diterima adalah komputer tidak akan diambil semula tetapi penalti dikenakan jika bayaran gagal dilakukan. Hmmmmm.... macam mana ni ye.... Kurang masalah atau bertambah masalah... Lihat sahaja nanti.... Bertanya juga saya, "cikgu tak dapat ke komputer riba free? penat menguruskan ni..."... Hanya senyuman sebagai jawapannya....
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan