Selaras dengan projek 1BestariNet yang menambahbaik prasarana ICT di mana salah satunya lebar Jalur - Kelajuan (2mbps atau 4 mbps) , begitu banyak sekolah yang telah bertukar daripada schoolnet kepada YES. Berikutan itu KPM telah bergerak pantas dengan memperkenalkan VLE Frog sebuah aplikasi pembelajaran rangkaian sosial. Pada masa kini ia didedahkan kepada sekolah-sekolah yang telah menerima YES. Oleh kerana sekolah saya belum menerima YES (dah datang tetapi pulang semula kerana tiada capaian..) maka VLE Frog ini masih belum didedahkan kepada guru-guru. Melalui bacaan dan cerita yang saya peroleh maka kesimpulan awal saya ialah ia sama seperti aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang sedia ada seperti EDMODO, Busuu dan seumpamanya cuma VLE Frog ini adalah projek kementerian. Kita harus bersangka baik dengan hasrat kementerian ini kerana mereka tahu teknologi internet masa kini sangat penting dalam pendidikan terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Saya pasti jika ia digunakan dengan maksimum oleh guru-guru maka P&P menjadi semakin mudah, menarik, cepat dan teratur. Makanya bagi sekolah yang masih menggunakan komputer lama (termasuk sekolah saya) dan schoolnet, maka tunggu sahaja kerana projek daripada 1BestariNet berjalan berperingkat. Saya tidak boleh memberi ulasan atau komen... Harap-harap guru-guru yang telah menerima YES dan VLE Frog dapat memberi komen tentang apa sahaja.. Web VLE Frog boleh dilayari di http://www.frogtrade.com/ dan http://www.frogasia.com/v2/
RMMICT@FACEBOOK
Rabu, Oktober 10, 2012
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan