RMMICT@FACEBOOK

Khamis, Jun 21, 2012

5 Minit Yang Sangat Lama

Membuat klip video yang berdurasi hanya 5 minit jika difikirkan mungkin ramai menjangkakan ia mudah untuk dibuat. Namun jika klip video itu dibuat untuk dipersembahkan dihadapan VIP beserta ratusan orang, maka sudah tentu ia menuntut ketelitian yang lebih pada pembuatnya. Itulah yang berlaku kepada saya pada hari ini. Dengan masa yang diberi cuma 2 jam lebih masa tugasan yang diberi berjaya dilaksanakan bagi dipersembahkan tepat pada masanya. Namun begitu seperti kata pepatah ., "Disangka panas hingga ke petang ruapanya hujan ditengahari..." dan juga "Kita hanya merancang tuhan jua menentukan "... Apabila klip video tersebut dipersembahkan, paparan kelihatan gelap tidak seperti percubaan sebelumnya.. Maka apa yang boleh dilakukan pada saat itu ? Apabila masalah datang melibatkan perkara teknikal seperti ini yang berpunca daripada kuasa lampu LCD yang tiba-tiba pudar maka tiada apa yang boleh dilakukan.. Akhirnya 5 minit yang sememangnya sekejap dirasakan seperti 5 jam pula rasanya..Fikirlah sendiri jika anda ditempat saya... 

3 comments :

nora shaari berkata...

ya betul.....akak sokong dengan fakta itu. Ada kala 5 minit pun kita boleh rasa begitu panjang...

nora shaari berkata...

ya betul....akak sokong dengan fakta itu. Kdg2 5 minit membuatkan kita berpeluh2 kerana terasa terlalu panjang

Makbonda berkata...

Saya tidak perlu berfikir kerana pernah berada dalam situasi itu.

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"