RMMICT@FACEBOOK

Rabu, Jun 27, 2012

Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial

Pada  masa kini terdapat banyak aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan oleh guru-guru khusus untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi sesebuah kelas atau sekelompok murid terpilih. Saya pasti sangat ramai di kalangan guru-guru di Malaysia yang menggunakan peluang menggunakan aplikasi ini untuk tujuan p&p dan beberapa tujuan yang lain. Sebagai contohnya Edmodo yang mana membolehkan guru mewujudkan kelas maya bagi kelas-kelas yang diajarnya. Kelas maya ini memberi peluang kepada murid-murid untuk berkolaborasi bersama guru dan rakan-rakan mereka tidak kira masa dan di mana sahaja asalkan ada talian internet. Ringkasnya jika aplikasi-aplikasi pembelajaran rangkaian sosial dapat digunakan sepenuhnya, maka ia merupakan satu alternatif yang sangat berkesan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu sudah menajdi lumrah...semakin banyak peluang yang ada semakin banyak juga persoalan dibelakangnya. Melihat situasi kita di Malaysia, antara persoalan penting bagi pendapat saya antaranya kemudahan insfrastruktur seperti komputer yang mencukupi di sekolah, talian internet sama ada laju atau tidak dan juga jadual penggunaan makmal di sekolah. Perkara tersebut tidak menjadi persoalan jika murid-murid tidak mempunyai masalah menggunakan internet di luar sekolah seperti adanya internet di rumah dan mudah jika hendak ke kafe siber. Antara persolan lagi adalah melihat kepada kepentingan penggunaan aplikasi itu sendiri. Jika seseorang guru itu sedar kepentingannya seperti memudahkan beliau menjalankan p&p walaupun tiada di sekolah maka dengan sendirinya aplikasi tersebut menjadi platform terbaik mengelakkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran. Di negara-negara maju, aplikasi-aplikasi ini telah lama didedahkan seawal sekolah rendah lagi yang mana anda boleh buat cariannya di youtube. Sebenarnya terpulang kepada guru-guru untuk berganjak paradigma dan mencuba walaupun adanya kekangan. Jika tidak dapat menggunakan sepenuhnya namun cukup jika ia memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai sedikit suasana lain dalam pembelajaran kerana arus teknologi semakin berkembang dan rasanya rugi jika persiakan peluang yang ada.Setahu saya banyak aplikasi ini datang dari luar negara dan saya tidak tahu pula adanya aplikasi yang buatan rakyat Malaysia. Silalah kongsikan kepada saya jika ada. Antara aplikasi-aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan adalah seperti berikut...


i.              Google Drive (https://drive.google.com)
ii.            Frog VLE  (http://frogasia.com)
iii.           Edmodo (www.edmodo.com)
iv.           Nicenet (www.nicenet.org)
v.            I Think (http://www.ithinkinc.com)
vii.          Google Groups  (http://groups.google.com)
viii.        Einztein  (http://einztein.com/)
ix.           Busuu (http://www.busuu.com/)
 

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"