RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Oktober 12, 2009

Portal Vs Website

Apakah perbezaan antara portal dan website(laman web) ? Contohnya portal pendidikan utusan. Tidak bolehkah jika menyebutnya sebagai laman web pendidikan utusan? Berdasarkan bacaan saya di forum-forum mendapati ada pencanggahan pendapat tentang maksud dan perbezaan antara keduanya. Pendapat mengatakan portal dan laman web adalah entiti yang berbeza namun saling melengkapi. Keduanya juga berkait....


....tetapi tidak boleh menggantikan antara satu sama lain. Laman web (Website) memberikan sebuah organisasi/pertubuhan kepada dunia luar, sementara portal menyediakan beberapa peranan pengguna bagi mengakses sumber yang luas. Terdapat 3 perbezaan yang dikatakan menunjukkan perbezaan antara portal dan laman web
i. Pengesahan:
Laman web: Menyediakan kemudahan Logging-In. Meminta maklumat tentang siapa
anda.Cont; mail.yahoo.com, gmail.com
Portal: Tidak ada kemudahan log-in.Cont:www.yahoo.com . Maka jika ada sekolah
mempunyai portalnya sendiri tetapi ada kemudahan logging in..maka ia bukan
portal sekolah tetapi laman web sekolah.

ii.Peribadi:
Laman web: Terhad, berfokus kandungan. Menghilangkan keperluan untuk melawat
pelbagai laman. Cont: memasuki email dan bergerak di dalamnya sahaja.
Portal: ekstensif, kandungan tidak berfokus sepenuhnya yentang apa yang ditulis
dan melihat kepada keperluan pengguna.

iii.Kesesuaian
Laman web : Memilih dan mencapai apa yang telah disediakan sahaja.
Portal: Memberikan pautan yang boleh dicapai oleh pengguna. Pengguna perlu
mencarinya sendiri. Semua kandungan yang ada untuk setiap pengunjung.

Terdapat pelbagai lagi pendapat tentang perbezaan antara keduanya. Tetapi bagi pengguna biasa seperti kita, samada ia portal atau laman web tidak memberi perbezaan kepada kita asal apa yang kita mahu/ cari mencapai objektifnya.

sumber:
http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_difference_between_a_website_and_a_web_portal
http://www.aspapp.com/content.asp?ContentId=688

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"