Bagi kita yang 'kaki' komputer dan internet, mendengar info tentang kaedah mempercepatkan prestasi kelajuan adalah sesuatu yang sentiasa menarik minat. Membuang fail-fail dalam folder 'prefetch' (terdapat dalam folder 'windows' di C:) adalah salah satu caranya. Benarkah begitu?? Apakah tujuan fail-fail dalam folder 'prefetch' ini?? Di dalam sistem windows XP, fail-fail dalam folder 'prefetch' ini..
Di dalam sistem windows XP, fail-fail dalam folder 'prefetch' ini.. bertujuan bagi membantu mempercepatkan muat naik (loading) program. Ini bermakna jika kita telah membuka sesuatu program atau halaman dalam internet sebelum ini , XP akan menyimpan fail tentang program tersebut dan kemudian apabila kita mahu membuka program itu semula di masa lain ia akan mempercepatkan sistem XP mencapainya. Maka bagaimana boleh kita mengatakan membuang fail-fail dalam folder 'prefetch' ini boleh meningkatkan prestasi komputer kita. Pendapat lain mengatakan benar ia memudah sistem XP mencapai program yang telah dibuka sebelum ini, tetapi bagaimana jika terlampau banyak fail yang disimpan?? Bukankah sistem akan mengambil masa yang lama bagi mencarinya?? Apakah pendapat anda ?? Pendapat saya selagi komputer tidak rosak maka bolehlah pilih mana-mana yang difikirkan sesuai.. kerana saya bukan pakar dalam sistem...saya minta komen dari anda....
0 comments :
Catat Ulasan