RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Oktober 05, 2009

Yang mana satu pilihan anda????

Berdasarkan petikan akhbar Utusan Malaysia (m.s 9 Rabu 23 September 2009), disenaraikan bilangan institusi pengajian tinggi di Malaysia (sehingga 30 Ogos 2009).

1. Universiti Awam (IPTA) 20 buah
2. Universiti Swasta (IPTS) 20 buah
3. Kampus cawangan luar negara 5 Buah
4. Kolej Universiti 20 buah
5. Kolej Swasta 470 buah



Berdasarkan jumlah keseluruhannya iaitu 535 buah insitusi pengajian tinggi, para pelajar kini yang menghabiskan pembelajaran sekolah menengah mempunyai pelbagai pilihan untuk menyambung pelajaran mereka. Namun begitu terdapat beberapa persoalan yang timbul dari perkara ini. Bagaimana para pelajar memilih tempat bagi menyambung pelajaran, adakah insitusi pengajian tersebut benar-benar memberikan bentuk pembelajaran yang bermutu sesuai dengan kehendak pelajar. Selain itu, adakah hanya insitusi yang mempunyai nama sahaja menjadi pilihan para pelajar.



Pelbagai persoalan boleh timbul dengan adanya begitu banyak tempat institusi pengajian tinggi. Senario yang berlaku sekarang adalah, apabila keputusan SPM dan STPM keluar, begitu banyak sekali tawaran-tawaran yang sampai ke rumah pelajar daripada institusi pengajian tinggi swasta. Adalah ini memperlihatkan begitu terdesaknya institusi pengajian ini dalam mendapatkan para pelajarnya. Persoalan timbul, adakah insitusi pengajian tinggi lebih terarah dalam mendapatkan atau melariskan perniagaan mereka dalam pendidikan. Sememangnya pendidikan kini mrupakan satu bentuk perniagaan yang sangat laris. Bagaimana dengan mutu dan kualiti?? Adakah ia diambil kira? Dari satu segi, IPTA sememangnya menjadi pilihan utama para pelajar kerana beranggapan ia menjanjikan peluang mendapatkan pekerjaan dengan lebih mudah. Benarkah begitu??Jika dikaji, ada terdapat kursus-kursus di IPTA yang sebenarnya tidak menjanjikan peluang pekerjaa yang banyak tetapi menawarkan tempat yang banyak kepada pelajar. Contoh diploma/ijazah perancang bandar dan wilayah. Bolehkan beritahu saya kerja apakah yang sesuai dengan diploma/ijazah ini. Saya benar-benar ingin tahu jika ada sesiapa yang sudi memberitahu. Setahu saya jika dalam kerajaan, pekerjaan ini ada di pejabat daerah. itu pun seorang atau lebih tepat tempat yang kosong cuma satu. Hendak tunggu pegawai ini pencen pun dah menjadi satu hal. Apa hal pula dengan keluaran diploma/ijazah ini setiap tahun??? Ada lagi kursus-selain disebutkan yang turut memberikan nasib yang sama kepada para pelajarnya.Saya cuma mengharapkan para pelajar agar lebih bijak apabila memilih kurusu. Pandang ke hadapan.. Tidak guna rasanya (pada pendapat peribadi saya) belajar di universiti, bangga dan gah tetapi apabila tamat belajar sahaja termanggu-manggu memikirkan kerja..Saya pernah terbaca sebelum ini, 20 ribu hadir ke temuduga terbuka di Kedah sedangkan kekosongan ditawarkan tidak sampai 8 ribu (betulkan jika saya silap). Mahukah para pelajar jadi sebilangan darinya kelak.. Fikirlah dari sekarang dan tentukan hidup anda kelak. Jangan mengharap orang menyuapkan nasi ke mulut kita, gunalah tangan kita sendiri...

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"