RMMICT@FACEBOOK

Jumaat, Oktober 09, 2009

Kenapa dari Wordpress ke Blogspot?

Umum mengetahui bahawa wordpress adalah sejenis blog..Tapi sebenarnya wordpress juga adalah Open Source PHP Content Management System (CMS)..(klik). Ianya sama seperti Joomla, Drupal dan lain-lain. Saya bermula sebagai administrator laman web sekolah. Ketika itu sekolah menggunakan whizz portal (sistem DIY portal). Menggunakan whizz sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran dalam HTML. Kelambakan laman web yang memberikan gajet dan widget memberikan peluang kepada saya meletakkan bermacam-macam jenis dan bentuk ke dalam laman web sekolah. Maka laman web sekolah yang kedua pada masa itu sangat lah ceria.


Semua warga sekolah suka saya kira.. Apabila ada masalah dengan syarikat web tersbut maka saya menukar pula kepada PHP Fusion kerana inginkan kelainan. Masalah timbul kerana Fusion tidak mampu memberikan bentuk yang sama seperti whizz kerana Fusion lebih terikat.
Buat sekian kalinya saya tukar lagi ke Joomla yang digunakan sekarang. Joomla memberikan kemudahan yang sama seperti whizz malah lebih baik lagi dari pelbagai segi..keterlibatan saya dalam blog kerana keperluan untuk memudahkan pelajar-pelajar ict mendapatkan bahan pembelajaran. Kerana ramai mengunakan blogspot ditambah ingin lagi kelainan maka Wordpress menjadi pilihan apatah lagi wordpress memberikan storan besar iaitu 3GB. Masalah timbul apabila tiba masa untuk menceriakan blog. Hendak memasukkan jam pun menjadi masalah. Saya memberi masa selama sebulan kepada diri sendiri untuk membaca forum-forum, kaedah cuba jaya dan sebagainya namun hasilnya tetap tidak memuaskan. tanpa berfikir panjang blogspot adalah pilihan seterusnya dan hasilnya seperti dapat dilihat.Sejak melibatkan diri dalam web dan blog, minat utama saya adalah menukar rupa templet. Maka jangan hairan kerana blog ini akan selalu bertukar rupa. Namun begitu http://rmmict.wordpress.com masih ada dan dijadikan tempat storan..

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"