RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, Oktober 31, 2009

Storan untuk blogspot

Bagi sesebuah blogspot, had storan yang dibenarkan untuk anda adalah sebanyak 1 Gb sahaja. bagaimana kiranya jika storan telah habis. Adakah anda akan memadam mana-mana data atau imej yang ada., ataupun lebih baik buka blog baru? Ramai blogger memasukkan gambar atau imej menggunakan resolusi yang tinggi. Oleh demikian adalah baik bagi anda mengecilkan resolusi imej yang dimasukkan menggunakan perisian seperti pixillion (telah saya cadangkan sebelum ini, klik SINI).


Jika itupun tidak menyelesaikan masalah, adalah penting bagi anda mempunyai storan luaran di mana kita ambil bahan di storan luar dan kita 'link'kan ke blogspot. Antara storan luar yang boleh anda gunakan ialah membuka akaun wordpress dan mediafire. Jika anda pernah memuat turun bahan dalam blog ini anda akan perasan bahawa bahan-bahan tersebut di muat turun daripada wordpress. Wordpress menawarkan storan sebanyak 3 Gb.Ia sudah dikira cukup besar. Selain itu saya menggunakan kaedah lain seperti 'embedded' daripada youtube dan sebagainya. InsyaAllah saya akan menunjukkan cara bagaimana membuat 'link' dengan storan luaran bagi tujuan memuat turun pada pos akan datang..

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"