Saya telah membincangkan tentang membersihkan registry komputer sebelum ni. Kali ini kita lihat atau bagi mereka yang belum mencuba, gunakan perisian ini CCleaner. Perisian ini adalah perisian percuma (freeware) yang anda boleh download di SINI. Perisian ini bagi saya amat memuaskan kerana selain membersihkan registry ia turut membuang fail internet sementara (temporary internet files). Kaedah biasa yang dilakukan ialah pergi ke directory sistem(C:) , buka folder temporary internet dan buang bahan di dalamnya. Satu lagi cara klik kanan pada browser internet exporer , klik properties dan klik lagi pada butang deletes files & delete cookies. Anda mungkin menjangka telah membuang semuanya, jawapannya tidak. Bagi anda yang pertama kali mencuba CCelaner pasti akan terkejut kerana setelah sekian laman anda melayari internet anda sebenarnya telah menyimpan sebegitu banyak fail internet sementara ini malah mungkin menjangkau ke gigabait besarnya. Cuba perisian ini sendiri dan lihat hasilnya...Jika suka, gunakanya setiap kali anda selesai melayari internet.
2 comments :
cekgu2...penting ke nk kena clean registry ni?
dengan clean registry akan melancarkan komputer kita dalam melakukan tugas dan melayari internet.. cuma kita perlu ingat membersihkan registry tidak bermakna mempercepatkan komputer dalam operasinya.. Registry akan sentiasa terhasil apabila menggunakan window..bukan melayari internet sahaja ia terhasil// Apabila registry semakin banyak, maka semakin banyak perkara yang perlu windows kita baca apabila menjalankan operasi pc atau laptop kita..semakin banyak maka semakin lambat pc atau laptop kitaa beroperasi.. kelajuan pc atau laptop tetap bergantung kepada processor/ram/hdisk/sistem yang kita gunakan.. Mudahnya begini.. laptop kita power...kita tak pernah bersihkan registry.. registry semakin banyak... maka komp.power kita terpaksa juga membaca banyak registry (banyak yg berkait2) apabila arahan tugas tertentu dilaksanakan.. Seperkara lagi...komp.kadang2 mengupdate sendiri registry..keberangkalian untuk terjadinya error/crash dengan registry versi sebelumnya tetap ada.. maka paham2 je..sistem akan rosak sedikit demi sedikit.. untuk lebih lanjut...
http://www.streetdirectory.com/travel_guide/136212/registry_problems/why_we_need_registry_cleaner_download.html
Catat Ulasan