RMMICT@FACEBOOK

Rabu, September 16, 2009

Sistem Pengoperasian terbaru (new OS)

Syarikat google incorporated baru-baru (Julai 2009) ini telah mewar-warkan bahawa satu sistem pengoperasian baru akan dilancarkan pada pertengahan 2010. Sistem pengoperasian tersebut yang diberi nama Google Chrome Operating System merupakan perisian sumber terbuka (open source software) , bersifat lightweight dan menggunakan kaedah web sebagai pelantarnya.. Ianya diasaskan dari pencapai web (web browser) google iaitu Google Chrome dan Linux Kernel.. Sasaran utama google bagi sistem pengoperasian ini ialah dengan menggunakan netbook. Namun dinyatakan juga bahawa sistem pengoperasian ini juga akan sesuai digunakan untuk pc dan laptop. Kunci utama bagi sistem pengoperasian ini ialah kelajuan, ringkas dan selamat. Makna selamat ialah pengguna tidak lagi perlu bimbang dengan virus, malware dan keperluan untuk meng’update’ OS anda.. kelajuan yang dinyatakan ialah sistem pengoperasian ini pula ialah cepat untuk dibuka, melayari internet dan sebagainya. Ini kerana menggunakan netbook anda tidak lagi memerlukan harddisk yang mana dengan adanya hardisk seperti sekarang, pc atau laptop perlu membacanya dan ia sememang memakan masa. Ringkas pula kerana antaramuka penggunanya menekan kepada ruang yang luas pada paparannya bagi menjalankan aplikasi web. Anda tidak perlu bimbang untuk ruang simpanan kerana semua data akan disimpan dipusat simpanan google. ini bermaksud ia menggunakan teknik pengkomputeran awan (cloud computing).. jadi walaupun anda tertinggal netbook anda, anda masih boleh mencapai semua data dan kerja anda di mana-mana sahaja asalkan ada talian internet.. kita tunggu sahaja kemunculannya pada tahun hadapan…

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"