RMMICT@FACEBOOK

Rabu, September 16, 2009

Dikirim pelajar

Bahan-bahan di bawah adalah kiriman pelajar-pelajar SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya Selangor…
1. kiriman : Norhana Najla Julai.2009

Al kisah Suatu hari dalam kelas GC…
Masa Pertama : Kelas dah bermula 1 jam yang lalu
CIKGU : Riepang… awak baru masuk kelas? Kenapa awak lambat sangat masuk ni?
RIEPANG : Bukan salah saya cikgu… papan tanda tu…
CUKGU : Papan tanda apa ni?
RIEPANG : Papan tanda tertulis macam ni ” Awas, Perlahan! Kawasan Sekolah di Hadapan”
Mata Pelajaran : Sejarah Dunia
CIKGU : Laila, pergi ke peta di hadapan kelas ni dan tunjukkan kedudukan Amerika Utara.
LAILA : Kat sini!
CIKGU : Betul. Murid-murid, sekarang beritahu cikgu, siapa yang telah menemui Amerika Utara.
MURID-MURID : Laila cikgu….

Matapelajaran : Matematik (so kena guna Bahasa Inggeris)
CIKGU : Mattakmatik, why are you doing your math multiplication on the floor?
MATTAKMATIK : You told me to do it without using tables! (table? meja ker? sebenarnya cikgu tu kata jangan tiru jadual sifir…)
Matapelajaran Bahasa Melayu (Ejaan)
CIKGU : Sasookee macam mana awak nak eja Beaufort (nama satu tempat kat Sabah)?
SASOOKEE : ‘B..O..F..O..T’
CIKGU : Tidak Sasookee… salah.
SASOOKEE : Mungkin salah, tapi cikgu tanya macam mana saya na eja kan…?
Matapelajaran Sains (Bahasa Inggeris sepatutnya tapi dah terjemah…)
CIKGU : Zoel, apakah formula kimia untuk air?
ZOEL : H I J K L M N O!!
CIKGU : Apa yang awak cakap ni?
ZOEL : Eh.. kan semalam cikgu cakap H to O…!
Matapelajaran Bahasa Inggeris (Grammar)
TEACHER : Herleona, give me a sentence starting with ‘ I. ‘
HERLEONA : I is…
TEACHER : No, Herleona….. Always say, ‘I am.’
HERLEONA : All right… ‘I am the ninth letter of the alphabet.’
Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan…
CIKGU : Radingaz telah memotong semua pokok-pokok bonsai kesayangan ayahnya… Apabila ditanya oleh ayahnya, Radingaz tidak takut untuk mengakui perbuatan nakalnya itu. Ayahnya kemudian memaafkannya dan tidak menghukum Radingaz. Kenapa agaknya ayah Radingaz tidak menghukum Radingaz?
GABRIS: Sebab Radingaz masih memegang kapak cikgu!
~He.. he.. he… Semoga… panjang umur semua cikgu-cikgu dalam dunia ni… Aminnn~
2. Berbalas Pantun
ya…berjumpa kita lagi dalam rancangan berbalas pantun.ok kali ini 2 lagi sekolah akan bertanding utk menunjukkan power masing2.
Tanpa berlengah lagi,saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasa
dan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham soalan).Tepuk tangaaaaaannn!!!
ok round pertama,SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB.Silakan peserta pertama.
peserta pertama SKTFS:”Dengar ye…
kura-kura dalam perahu
pisang emas di bawa belayar
bolehkah saya ingin tahu
kenapa kura2 dalam perahu?
Jawapan dari peserta SKTFB:”dengar ye jawapan saya….Sudah gaharu cendana pula
Masak pisang di atas peti
Dengarlah ini jawapan saya
Perahu itu sapa yg beli?
ye…itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua boleh jual pantunnya
peserta kedua SKTFS:Gunung daik bercabang tiga
Buah cempedak di luar pagar
Pada tuan saya ingin bertanya
Kenapa gunung daik bercabang tiga?
Jawapan dari SKTFB:”Buai lajulah laju
Sampai pohon sena
meh ler dengar jawapanku
rumah awak ada buah cempedak ke?
nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya.
peserta ketiga SKTFS:”ambil galah tolong jolokkan
paku dulang paku serpih
saya di sini inginkan jawapan
kenapa dulang ada paku?
jawapan dari peserta SKTFB:”KAlau ada jarum yg patah
jangan di simpan dalam peti
kenapa awak nak ambil galah
semua pokok belum berbuah lagi!
ye…itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round kedua iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya
peserta pertama SKTFB:”Burung terkukur hinggap di pokok
burung merpati hinggap di kepala
kepada saudara saya ingin bertanya
kat rumah awak ada bela burung tak?
Jawapan dari peserta SKTFS:”anak kucing mengiau manja
mengiau manja tandanya lapar
Dengarlah ini jawapan dari saya
semalam saya baru beli selipar
ye..begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba giliran peserta kedua
Peserta kedua SKTFB:”Air tenang jangan tak disangka
Ada naga duduk berendam
saya ni teringinlah nak tahu
nenek awak sapa nama?
jawapan peserta SKTFS:”duduk menyimpuh si ibu tua
menunggu anak tak pulang2
kepada saudara yg tlh bertanya
saya tak suka kucing belang
tepuk tangan!tepuk tangan…ok giliran perserta terakhir menjual pantunnya
peserta ketiga SKTFB:”anak pak kadak rajin membaca
anak pak kaduk rajin berdengkur
dengarlah ini saya punya soalan
lauk apa jadi kesukaan awak?
jawapan peserta SKTFS:”sila dengar…Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Saya beri jawapan pada awak
Saya tak suka tengok cerita hindustan
ye..begitulah tadi acara berbalas pantun dari 2 buah sekolah yg sebenarnya tak diundang.
Baiklah keputusan sudah ada di tangan saya.Maka dgn ini pemenang acara berbalas pantun peringkat sekolah pondok telah
dimenangi oleh….eh saya ke?..haah lah saya menang…yeeeeh…..ye pemenangnya adalah saya sebabgai pengacara terbaik
acara berpantun yeehhh….ambil hadiah sendiri!
sekian,terima kasih
3. CERITA HANTU …..
Di Hulu Yam, Selangor, terdapat sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan. Surau itu agak misteri kerana penduduk kampung sering terlihat sekumpulan lelaki berpakaian putih sembahyang di dalamnya pada waktu senja…….

Suara mereka bersolat, berzikir dan membaca ayat-ayat suci jelas dapat didengar oleh orang-orang kampung. Pernah penduduk kampung mengintai ke dalam surau apabila ternampak lelaki2 itu masuk. Anehnya apabila diintai, surau itu lengang.
Baru2 ini berlaku satu lagi peristiwa menakutkan di surau itu. Seorang pemuda dalam perjalanan untuk memancing di empangan berhampiran. Oleh kerana sudah terlewat untuk sembahyang Asar, dia singgah di surau tersebut. Pemuda tersebut tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir habis.
Semasa di rakaat kedua, tiba-tiba dia terdengar suara orang ketawa, makin lama semakin kuat. Bulu romanya meremang. Bau minyak atar menusuk hidungnya. Perasaan seram usah diceritakan lagi. Tambahan pula tiap kali sujud, kepala dan tengkuknya menjadi lebih berat daripada biasa.
“Siapa pula duduk atas tengkuk aku ni???!!!pemuda itu bertanya-tanya sendirian
Dia ingin menghabiskan solatnya secepat mungkin kerana suara ketawa makin kuat dan ramai. Ada yang terbatuk-batuk dan menghentak-hentak kaki.
Suara siapakah yang ketawa itu?Manusiakah?Atau jin?Pemuda itu menggeletar ketakutan.
Kini tiba di rakaat terakhir. Selesai memberi salam, pemuda itu meraup mukanya. Ketika itu barulah pemuda itu tersedar…..
Hehehe….rupa-rupanya dia lupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupanya tok imam, tok bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang maghrib tengah gelakkan dia sembahyang pakai helmet. Patutlah kepala rasa berat semacam.
Terus pemuda itu lari tinggalkan surau. Tak jadi gi memancing.

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"