RMMICT@FACEBOOK

Rabu, September 16, 2009

Admin menulis

13/09/09 Minggu akhir sebelum raya
Minggu ini adalah minggu terakhir puasa dan dijangka raya pada hari ahad 20hb ini.. hmm..biasanya waktu sekolah  bila hampir hari raya ni lengang sikit.. tak tahu la.. mungkin pelajar-pelajar ini menolong ibu mereka membuat kuih ..tapi tak mungkin juga..zaman sekarang jarang orang buat kuih..lagipun tak kan ibu mereka suruh cuti sekolah.. sekolah masih berjalan seperti biasa..admin pun masih bersemangat mengajar seperti biasa… hmmmm
07/09/09
Profil Sekolah SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya


06/09/09 Terima Kasih Tuan Pengetua
Pengetua sekolah admin, Tuan Haji Mohamed Mahmod telah pun berpindah ke Institut Aminudin Baki Genting Higland bermula bulan ini. Beliau telah pun memulakan tugas barunya sebagai Pensyarah Kanan DG52 di sana. Admin secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada beliau atas banyak perkara yang beliau lakukan demi meningkatkan lagi kepentingan ICT di sekolah admin iaitu SMK Raja Muda Musa. Beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini merupakan seorang pengetua yang sangat-sangat meminati dunia ICT. Jika dilihat gajet ict yang beliau ada memang semuanya dari jenama-jenama yang mahal harganya..telefon pun yang admin pernah ingat sekali 3 bawa ke sekolah.. biasalah kan gaji pengetua.. admin masih ingat masa mula-mula admin posting di sekolah ini.. beliau menunjukkan iklan PDA.. katanya “kamu guru ict patut ada benda ni…”..admin kata balik.. “Tuan Haji…boleh la beli benda ni..3 ribu lebih harganya.. saya ni baru nak hidup..” Beliau gelak sahaja.. Namun admin berjaya juga beli PDA..cuma seribu lebih je harganya..jadile… Internet pada beliau merupakan perkara yang sangat penting bagi beliau.. kalau di sekolah internet tak dapat akses.. alamat pagi2 lagi telefon admin dah berdering la… Beliau pada admin sangat mudah untuk didekati dan dibawa berbincang… website sekolah adalah hasil usaha beliau dimana beliau telah memaksa admin untuk menjadi administrator (dah tentu le..admin guru ICT).. menjadi administrator laman web memberikan admin ilmu yang sangat-sangat banyak tentang laman web dan internet.. ini kerana sebelum ini admin belum pernah terlibat dengan ilmu laman web.. admin sangat berterima kasih tentang itu.. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat suka belajar.. antara perkara yang diminati oleh beliau adalah mengedit foto menggunakan photoshop, membuat presentation power point dengan pelbagai animasi dan mengedit video.. selalu juga admin ke biliknya untuk mengajar semua itu.. admin ada sharekan slide power yang admin buat sebagai profil sekolah di atas…saksikannya….yang mana pengetua yang suruh buat juge.. Akhir sekali admin mengucapkan selamat maju jaya dengan tugas baru beliau di IAB Genting Higland.. semoga dapat berjumpa lagi..
HAJI MOHAMED BIN MAHMOD
05/09/2009 www.smkrmm.edu-net.my
url di atas adalah url sekolah admin.. admin masih belum ada masa untuk meng’update’nya lagi.. tak tau le..bahan2 semua dah ada..nak masukkannya je yang belum tergamak lagi nak buat.. ramai dah tanya ni.. tu la akibatnya bila buat sorang-sorang… takpe.. tup2 tengok dah jadi je.. untuk warga smkrmm.. lepas raya la yek..
04/09/2009 kesedaran kesedaran kesedaran
Didalam web blog admin ini, admin tidak akan membincangkan terlalu banyak bagaimana kita ingin meningkatkan kesedaran kita dalam menggunakan teknologi internet atau dalam zaman sekarang iaitu zaman web 2.o.. apatahlagi tidak lama zaman web 3.0 pula akan bermula dan mungkin telah bermula.. admin lebih berminat untuk berkongsi bagaimana kita mengaplikasikan kemudahan-kemudahan yang ada. Ini kerana jika asyik berbincang tiada tindakan tidak ke mana.. Dengan cara dan kemudahan pembelajaran di Malaysia masa kini tidak memungkinkan kita membincangkan terlalu banyak tentang bagaimana untuk memberi kesedaran pentingnya penggunaan teknologi internet di Malaysia.. pada pendapat Admin adalah lebih baik jika kita berkongsi pengetahuan tentang aplikasi-aplikasi yang sesuai yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.. Jika kita rajin membaca banyak individu yang asyik-asyik bercerita tentang kesedaran itu dan kesedaran ini tentang pentingnya menggunakan teknologi zaman kini dalam P&P.. Apa point atau hasil jika asyik memberi kesedaran.. Mungkin ada yang agak terasa namun itu adalah hakikatnya.. Apa kata untuk individu-individu biasa seperti kita terus sahaja direct to the point mencadangkan satu aplikasi sebagai contoh skype, slideshare atau apa sahaja.. Kita guna bila dah terror kita ajarkan kepada mereka / pelajar cara menggunakan sesuai dengan konsep pengajaran dan pembelajaran atau sesuai dengan kehidupan seharian. Ini lebih bermakna kerana ia diguna selalu dan bukan asyik-asyik bercerita tentang perkembangan, kesedaran dan sebagainya.. Orang biasa tidak mahu dengar semua itu, mereka cuma mahu tahu bagaimana nak guna dan mana satu aplikasi yang berguna untuk mereka.. kalau nak cerita, admin dah guna (masih guna) blogspot,wordpress, google reader,google doc, writeboard, polldaddy, myspace, youtube, flikr,twitter, slideshare, facebook, box.net, meebo, skype,flixster, skyalbum dan ning.. frienster tak minat.. apa yang penting admin pastikan semua itu diguna sebaiknya bukan sekadar sign up sahaja.. Sila beri komen diruangan tanya jawab agar dapat kita berkongsi idea dan pendapat..
02/09/2009 Puasa
hari ni masuk hari ke 11 kita umat Islam berpuasa.. sekejap je rasanya.. hari ni juga sekolah dah start balik..pelajar form 5 akan memulakan peperiksaan percubaan mereka.. lama..3 minggu.. hmm.admin memang tak suka jaga periksa..mengantuk..sebab itu tak pernah nak apply jaga periksa pmr ke..spm ke..tak tahan laa….monggok je..menung je..pandang sana, pandang sini..last2 tak nampak..yelah…mata dah lelap…hmm..pada pelajar form 5..selamat menjawab peperiksaan anda…jika bersedia sudah tentu tiada masalah..InsyaAllah…
21/08/2009 Hari kemenerdekaan Negera Kali ke 53 tahun
Sekolah admin SMK Raja Muda Musa hari ini melancarkan bulan kemerdekaannya hari ini. Rasanya dah lama tak menyambut merdeka dalam bulan puasa. Ada kelainanan la kot..tapi aktiviti2 yang dijalankan tetap seperti biasa.. tapi terberhenti sekejap sebab cuti..so lepas cuti bertambah rancaklah…. semua warga SMKRMM jangan lepaskan peluang..
10-13/8/2009 Kursus dan latihan
Pada tarikh ini dmin menghadiri masyuarat ict bagi bidang programming dan multimedia di hotel Capitol kuala Lumpur untuk Jurulatih kebangsaan… banyak juga ilmu dan info yang admin dapat.. Agaknya kenalah buat untuk negeri.. Tapi lain kali tak bolehlah buat kat Hotel ni..sebab sebelah low yatt…ada je duit yang keluar..hahaha
30/07/09 download dan H1N1.=
kini semua bahagian dalam ruangan download telah siap semuanya untuk di download oleh anda… admin juga sedang berusaha menambaikbaik ruangan download ini agar ia menjad sangat berguna bukan sahaja kepada anak murid admin sendiri m alah kepada pelajar ict sekolah lain..Insya Allah…29/07/2009 (H1N1 dan Laman Web Baru)
Hari ni admin dah start buat laman web sekolah yang baru… nama lain, tapaknya pun lain… nama sekarang http://www.smkrmm.edu-my.net dan tapaknya mengunakan php-fusion 6.0 … tapak kali ini lagi canggih dari dulu…ramai pembuat web kata tapak lama tu biasa-biasa aje..function pun kurang.. memang betullah.. tapak kali ni kena belajar lebih sikit..manualnya pun mukasuratnya banyak… susahnya mula-mula je.. biasalah tu..bersusah-susah dahulu..bersenang banyak kemudian… tapi kena tekun la…sama juga macam belajar.. kena tekun juge… Lepas sekolah…hantar wife pi meeting kat kalumpang.. admin pergi la pulak ke UPSI sementara tunggu meeting habis.. konon nak masuk upsi..sambung buat laman web yang baru.. alih2 kena halau dek pak guard..takleh masuk..rupa-rupanya H1N1 dah menyerang UPSI… cuti sampai 9hb..wa..maknanya kelas master admin pun cutilah..bestnya sebab keje belum siap banyak..takbestnya takut ganti minggu yang takde..maknanya lambat nak abislah..hmm…leceh.. komen pasal H1N1 ?? blurrrrrrr…
26/07/2009 website sekolah
untuk pengetahuan..laman web sekolah http://www.smkrmm.dsekolah.edu.my akan ditutup tidak lama lagi..admin dalam persiapan untuk membina laman web sekolah yang baru menggunakan tapak yang baru…ini menyebabkan download tidak boleh dilakukan untuk tingkatan 5 sahaja kerana ia berada dalam web sekolah yang lama.. admin akan meggunakan laman web sekolah yang baru sebagai ruang simpan semua bahan untuk download.. semoga bersabar..bagi tingkatan 4..semua sudah boleh di download..
22/07/2009 (PBS ICT 2009) pentaksiran 2009
Alhamdulillah, pentaksiran ICT 2009 tela h berjaya dilalui pada tahun ini. Seramai 10 org pelajar daripada 15 orang dipilih menjalaninya. Walaupun tidaklah ‘perfect’ semua, namun ianya maasih boleh diperbaiki . Terima kasih kepada pentaksir kawasan En.Ahmadi Ahmad Maruwi daripada SMK Tiram Jaya yang menaksir dan memberikan input-input berguna bagi menambahbaik, membertul semula assesment yang dilakukan..
21/07/09 (Online Leraning) Online leaning
Hari ini dalam sejarah, online learning berjaya dilakukan. pembelajaran menggunakan skype ini antara Cikgu Basori Abdul Rahman yang juga merupakan pentaksir (PBS ICT) daerah sabak bernam dengan pelajar ICT SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya Kuala Selangor. Pembelajaran mengenai perkara-perkara yang perlu ada dalam pentaksiran ICT. Selama 1 jam lebih pembelajaran tersebut berlaku.. Ia sungguh memberi erti kepada pelajar dan guru bahawa P&P boleh berlaku tidak kira masa dan tempat.. Malah lebih penting usaha dalam membudayakan ICT di sekolah telah mula berlaku..Lebih2 lagi di SMK Raja Muda Musa ini… video akan dipaparkan nanti…
09/07/2009 Mingu teknik dan vokasional
Sempena minggu teknik dan vokasional akan datang, pelbagai aktiiti akan diadakan . Panitia ict akan mengadakan pertandingan aplikasi web 2.0.Contoh aplikasi tesebut adalah myspace,friendster dan sebagainya. pertandingan khusus untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.
20/06/2009 pergi ke ruangan writeboard , jawab soalan ckgu…
11 Julai 09 ladap ict

Latihan dalam perkhidmatan bagi guru2 smkrmm telah diadakan didalam makmal ict.. sesi pertama aktiviti ceramah oleh ustaz Hj Alwi Parman.. Beliau merupakan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Negeri Selangor, pakar rujuk tabung haji , salah seorang ahli majlis fatwa kebangsaan dan pelbagai lagi.. Begitu lah jika seseorang itu banyak ilmunya.. Ceramah beliau berkaitan integriti dalam pendidikan dan banyak menjurus kepada keikhlasan dalam bekerja.. Untuk pelajar, belajar juga perlu ikhlas barulah imu yang didapati mudah diterima..
hmm…apa nak kata lagi…tepuklah dada…
http://smkrmm.dsekolah.edu.my
Laman web sekolah ini merupakan laman web kedua SMKRMM.
Laman webpertama SMKRMM walaubagaimanapun tidak
berfungsi seperti yang sepatutnya.
Laman web ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua,
Tuan Haji Mohamed Mahmoodpada Disember 2008 dalam
mesyuarat guru. Laman web ini dibangun dengan
menggunakan Portal WhizzFX version 3.0.
Administrator laman web ini ialah Cikgu Hamdan Hj Muhammed Idris
dibantu olehguru-guru ict yang lain. Banner laman web yang diguna
pakai kini adalah hasil ciptaan Cikgu Azlirul Azwan Abdul Aziz.
Sehingga artikel ini ditaip (6 Mei 2009), laman web SMKRMM
telah mempunyai seramai 294 orang ahli. Ahli pertama dari kalangan
guru ialah Cikgu Norshuhaidah Ismail dan Farah Ain (5Akaun II 2009)
adalah dari kalangan pelajar.
Dalam usaha menjadikan laman web ini sebagai satu alat komunikasi
antara pentadbir-pelajar, guru-pelajar, pentadbir-guru dan seterusnya
dengan masyarakat , idea-idea baru sentiasa dicari bagi menambah baik
laman web sekolah ini. Usaha ini walaubagaimanapun memerlukan
sokongan dari semua peringkat warga sekolah mahupun ibubapa pelajar.
Sebagai warga SMKRMM kita seharusnya berbangga dengan laman
web sekolah ini kerana di daerah Kuala Selangor, ia merupakan
satu-satunya laman web sekolah menengah yang bergerak aktif.
Menyedari pentingnya ICT, pada akhir tahun 2005 pihak pentadbir
SMKRMM telah mewujudkan peluang di kalangan pelajarnya dengan
memperkenalkan mata pelajaran Information & Communication Technology
sebagai mata pelajaran elektif.

Sehingga 2005, mata pelajaran ICT dikenali sebagai mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mata pelajaran ini ditukar nama ke
bahasa Inggeris bermula tahun 2006 berikutan modul P&P dan
pengajaran guru dalam bahasa Inggeris.
Pada awal tahun 2006 mata pelajaran ICT dimulakan dengan
menawarkan mata pelajaran ini kepada pelajar tingkatan empat yang berminat.
Pada awalnya seramai lebih 30 orang pelajar telah memasuki kelas tersebut.
Namun begitu sehingga akhir tahun hanya 11 orang pelajar yang masih
bertahan dan merupakan perintis pelajar ICT pertama SMKRMM yang mengambil
SPM matapelajaran ICT kod 3765/1 pada tahun 2007.
Penawaran kepada pelajar yang berminat berterus bagi pelajar tingkatan 4
tahun 2007 dan hanya tinggal 4 orang pelajar sahaja yang mengambil SPM
matapelajaran ICT pada tahun 2008. Penawaran bagi pelajar yang berminat
mengambil ICT sebagai mata pelajaran elektif adalah berikutan mata pelajaran ini
diajar pada luar waktu iaitu pada waktu petang.
Pada tahun 2008, bagi pelajar tingkatan 4, mata pelajaran ini telah mula dibuat
di dalam waktu dimana sebahagian pelajar 4 akaun II mengambil subjek ICT dan seramai
15 orang pelajar akan mengambil SPM subjek ICT pada tahun ini (2009).
Pihak sekolah pada tahun ini telah membuat satu lagi keputusan dimana sebuah
kelas khas yang dinamakan 4 ICT diwujudkan bagi menarik lebih ramai pelajar
mempelajari subjek ICT. Pelajar ICT tingkatan 4 tahun ini seramai 35 orang dari
kelas 4 ICT dan 6 orang dari kelas 4 Akaun 1.
Berikut adalah pecahan pelajar yang mengambil SPM ICT pada tahun 2008 dan 2009.
Tahun
Sains 1
Sains 2
Akuan
Tasawwur
Lelaki
Perempuan
ICT SPM
2007
4
4
2
1
1
10
100 %
2008
3
1
0
0
2
2

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"