RMMICT@FACEBOOK

Rabu, September 16, 2009

Teknik mencari laman web

Berikut merupakan antara teknik-teknik bagaimana mencari laman web yang dikehendaki agar tepat dan memenuhi kehendak carian kita..

  1. Untuk mendapatkan pelbagai maklumat awal, gunakan pelayar web yang pelbagai jenis seperti Mozilla Firefox dan Internet Explorer serta tidak menumpukan kepada satu pelayar sahaja
  2. Rujuk enjin carian yang pelbagai dan popular untuk memastikan ada banyak pilihan maklumat atau laman web. Antaranya ialah Yahoo dan Google
  3. Bagi memudahkan proses untuk mendapatkan laman web yang berkaitan maka, gunakan kaedah pencarian melalui kata kunci berdasarkan konsep peta minda, misalnya kata takrif pendidikan Islam, teknologi, ICT, komponen berfikir, jenis pemikiran dan sebagainya
  4. Setelah menyenaraikan semua perkataan yang berkaitan dengan tajuk maka pilihnya untuk dijadikan sebagai kata kunci
  5. Selain itu, gabungkan kata-kata kunci untuk mendapatkan laman web yang berkaitan seperti teknologi pendidikan Islam dan sebagainya
  6. Untuk mendapatkan laman web yang lebih tepat letakkan tanda pembuka dan penutup kata pada kata kunci carian maklumat tersebut. Contohnya , “teknologi pendidikan Islam
  7. Selain daripada itu, untuk mendapatkan laman web yang lebih spesifik gunakan advance search kerana daripadanya boleh menentukan jenis laman web, jenis fail, jenis bahasa yang diingini dan sebagainya
  8. Akhirnya, bagi menjimatkan masa, gunakan kaedah pembukaan laman web menggunakan teknik open in new tab kerana ianya dapat memastikan pelbagai web dibuka hanya pada satu windows sahaja. Selain itu, hasil carian utama akan tetap kekal walaupun ingin ke halaman lain. Semua, laman web yang ditemui dan dipilih telah disimpan untuk rujukan. Kesimpulannya, teknik ini membuatkan kerja menjadi lebih efisein dan menjimatkan masa…. SELAMAT MENCUBA

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"