RMMICT@FACEBOOK

Rabu, September 16, 2009

Membersihkan registry komputer

‘Registry’ adalah salah satu bahagian penting dalam komputer anda.. Pangkalan data ini memegang maklumat setiap program pada komputer anda. ‘registry’ sangat memberi kesan kepada prestasi komputer.Jika komputer anda mengambil masa yang lama untuk dibuka kemungkinanya ada ‘registry’ komputer anda telah korup ataupun telah hampir penuh (bermaksud tempat simpanan registry). ‘registry’ komputer yang tidak diurus secara betul boleh menyebabkan kegagalan komputer berfungsi sepenuhnya dan boleh merosakkan komputer anda..

Cara terbaik membetulkan ‘registry’ komputer anda adalah membetulkannya secara manual.. sudah tentu anda perlu pengetahuan di dalamnya.. Jika anda salah jalan, Jika anda memilih pergi laluan ini, kesan utama adalah kerosakan utama kepada fail-fail sistem. Kebiasaanya apa yang menyebabkan perlu untuk membersihkan ‘registry’ komputer adalah apabila komputer kita menjadi sangat lambat dalam operasinya.

Bagi mereka yang tidak tahu dimana letaknya ‘registry’, klik pada start, klik pada run dan taip REGEDIT. Jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jangan membuang masa dengan menekan sana sini kerana sistem akan menjadi lebih serabut.. Sebab utama tercipta perisian pembersih registry adalah kerana tidak mahu pengguna merosakkan lagi sistem yang sedia ada..

Adalah penting, apabila anda ingin menggunakan perisian pembersih ‘registry’ lakukan dahulu perkara berikut iaitu membuat ’sistem restore’. Penting kerana jika apa-apa hal berlaku seperti kerosakan anda boleh kembali kepada sistem yang asal. kealpaan membuat ’sistem restore’ ini menyebabkan ramai pengguna komputer yang cuba untuk mebersihkan ‘registry’ komputer menemui jalan buntu apabila komputer mereka menjadi semakin huru hara..

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"