RMMICT@FACEBOOK

Khamis, Jun 16, 2011

Hebatnya Menjadi Hacker

Sekarang ini kecoh tentang kumpulan hacker dunia yang bergelar "anonymous" yang menyerang laman-laman web kerajaan Malaysia. Apa yang marah sangat tu tak tahu la.. Tidak adakah anak Malaysia dalam kumpulan tersebut ? Dari satu segi memang salah tindakan mereka ini. namun dari satu segi yang lain, ilmu yang ada pada mereka ini sangat hebat !! Rasanya belum ada kursus di universiti tempatan yang menawarkan subjek hacker ini. Saya pun teringin juga hendak belajar. Saya tidak tahu juga jika ada kolej atau universiti luar negara menawarkan kursus menjadi hacker ini. Apakah ilmu atau kepakaran yang perlu ada pada seseorang untuk bergelar 'hacker sejati ?'...Berdasarkan pembacaan saya hacker perlu pakar dalam ......



1. Pengaturcaraan. Ini bermakna sangat mahir dalam bahasa-bahasa pengaturcaraan seperti phyton, ruby, java, c++ dan segala macam bahasa pengaturcaraan yang berkaitan.
2. Mahir dalam sumber terbuka (open source operating system / open source software)... Sebagai contoh linux atau unix,. Boleh memasang, mengguna dan menjalankannya..
3. Mahir dalam menulis HTML (Hypertext Markup Language).
4. Mahir dalam rangkaian samada peralatan , internet dan sebagainya..
4. Mahir dalam bahsa inggeris, menulis dan bercakap. Jika tidak mahir dan tidak mahu belajar, lupakan sahaja hasrat menjadi hacker terbilang !!! hacker kecil-kecil boleh la...

Itu antara beberapa keperlu yang perlu ada bagi seseorang hacker. Saya nak jadi hacker kecil-kecil pun tak mampu.. Anda boleh membaca lebih lanjut di SINI ,  SINI, dan SINI dan banyak lagi sebenarnya...

4 comments :

Blogger berkata...

Diorang marah kerajaan tutup sharing website tanpa buat kajian. bercakap English perlu ke? Hacker mana ada buat public speaking. haha.

Tanpa Nama berkata...

tutup sharing website tu semua org pun marah....

syari berkata...

hemmm memang la mereka marah kerane kerajaan tutup sharing website tanpa buat kajian , perluka kena mahir dlm bahasa ingeris tidak perlu sangat la sebab hacker2 ni perlu kemahiran dalm mengodam saje contoh hacker sepanyol mereka mengunakan bahsa mereka , mereka kurang menggunakan bahasa ingeris

Fuddlo berkata...

Jadi ada pembetulan dari segi keperluan mahir berbahasa inggeris... apa yang perlu cuma memahami bahasa inggeris..

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"