Bunyi beep adalah panduan kegagalan fungsi bahagian perkakasan atau sistem dalam komputer. Ini akan menjadi asas kepada tindakan lanjutan pengguna apabila komputer menghadapi sesuatu masalah.. Apa yang menjadi masalah adalah bagaimana untuk mengira bunyi beep tersebut. Oleh itu kita perlu peka kepada bunyi yang dihasilkan kerana terdapat selang masa berbeza yang membolehkan kita mengetahui sama ada bunyi beep itu sekali, dua kali, tiga kali atau seterusnya... Mari kita lihat beberapa bilangan beep yang dihasilkan yang menunjukkan kepada kegagalan fungsi bahagian perkakasan atau sistem dalam komputer.
1. (1 kali BEEP) - System board/BIOS ROM gagal fungsi
2. (2 kali BEEP) - RAM gagal dikesan
3. (3 kali BEEP) - System board / chipset gagal berfungsi
4. (4 kali BEEP) - RAM read/write gagal berfungsi
5. (5 kali BEEP) - Real time Clock gagal berfungsi
6. (6 kali BEEP) - Video Card gagal berfungsi
7. (7 kali BEEP) - Processor gagal berfungsi
8. (8 kali BEEP) - Display gagal berfungsi
Saya juga kadang-kadang keliru berapa kali bunyi beep ini.... Selamat mendengar...
sumber : www.myictrooms.co.cc
0 comments :
Catat Ulasan