Sebelum orang tanya dan tak tahu nak jawab... Maka mari kita lihat apa itu web 1.0 , web 2.0 dan web 3.0 secara ringkas.
Web 1.0: Internet sebelum 1999, para ahli teknologi maklumat memanggilnya sebagai era Read-Only. Secara purata pengguna internet rata-rata adalah terhad hanya untuk membaca sahaja maklumat yang ditunjukkan. Tidak ada komunikasi aktif atau aliran maklumat dari pengguna internet biasa dengan pembuat maklumat.
Web 2.0: Wujudnya interaksi aktif dari pengguna yang dengan pembuat bahan /aplikasi dalam web maka lahir lah Web 2.0. Tahun 1999 merupakan permulaan era Baca-Tulis-Terbitkan dengan sumbangan penting dari LiveJournal (Dilancarkan pada bulan April, 1999) dan Blogger (Dilancarkan pada bulan Ogos, 1999). Sekarang bahkan pengguna non-teknikal / amatur secara aktif dapat berinteraksi dan memberikan sumbangan pada web dengan menggunakan platform blog yang berbeza. Era ini dikuasakan pengguna biasa dengan iaitu beberapa konsep baru. Blog, Sosial-Media & Video Streaming. Penerbitan kandungan anda hanya dengan beberapa klik sahaja! Beberapa perkembangan yang luar biasa dari Web 2.0 adalah Twitter, YouTube, EzineArticles, Flickr dan Facebook.
Web 3.0: Akan datang dan hampir sahaja lagi . Sekarang nampaknya seperti kita memiliki segala yang kita sebagai pengguna biasa harap telah wujud di Web 2.0. Tetapi pendapat mengatakan akan datang mungkin anak seumur 6 tahun sudah berkemampuan berfikir secara analitis dari teknologi carian yang sedia ada. Makna mudahnya maklumat yang berlebihan adalah diperlukan. Item-item berikut akan menjadi sebahagian dari Web 3.0, antaranya,
* Carian Kontekstual
* Evolusi 3D Web
Saya sendiri susah nak faham. maka tunggu sahajalah kemunculannya kelak...
sumber ; differences between web1.0 web 2.0
0 comments :
Catat Ulasan