RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, November 06, 2010

Kenapa Firefox Lebih Popular Berbanding IE ??

Berdasarkan pembacaan saya menerusi artikel,komen dan pendapat, terdapat beberapa perbezaan nyata antara kedua-duanya. Berikut adalah mengapa Firefox menjadi pilihan ramai pengguna dalam menjadikannya enjin carian utama.









1. Firefox memberikan lebih ruang bagi melihat keseluruhan halaman anda. Lihat contoh paparan blog saya
.












2. Teks yang lebih jelas.











3. Latar belakang Imej. Terdapat latar belakang berwarna kelabu pada paparan IE.
























4. Tab pada enjin carian firefox memudahkan pengguna membuka halaman yang baru. Ini tiada pada IE yang memerlukan pengguna membuka halaman yang baru.
 
 5.  Sekatan pop-up yang telah tersedia ada pada firefox (pop-up blocking). Pop-up dalam definisi untuk internet adalah pembukaan satu tetingkap baru pada enjin carian internet yang digunakan. Pop-up terbuka tanpa izin dari pengguna dan biasanya bercirikan iklan.

6. Kelajuan dan kestabilan. Tidak diketahui sama ada mana satu yang betul kerana pendapat ini bercanggah dan bergantung kepada kebiasaan menggunakan firefox atau IE oleh pengguna.

7. Mesra sistem pengoperasian. IE diwujudkan oleh Windows. Firefox boleh digunakan oleh kebanyakan sistem pengoperasian utama.

8. Bahasa. Mozilla Firefox menggunakan perisian Open Source (sumber terbuka) dan ini membolehkan ramai pengaturcara-pengaturcara (programmer) menyumbang dan membina enjin carian (web browser) yang lebih baik berdasarkan budaya atau bahasa. Firefox terdapat dalam 62 bahasa sedangkan Internet Explorer hanya tersedia dalam 33 bahasa.

9. Add on. Firefox telah lama memiliki pelbagai add-on, program dan perisian tambahan yang boleh dipilih untuk membolehkan pengguna menggunakan enjin carian dengan lebih selesa sesuai dengan kepentingan mereka. Microsoft baru saja baru-baru ini diperluas untuk membolehkan add-on untuk pengguna.

10. Keselamatan dan kemaskini (update). Tidak ada pengesahan yang diperlukan untuk kemaskini dari firefox yang bererti pengalaman internet lebih selamat bagi semua orang. Microsoft Internet Explorer memerlukan pengesahan pembelian untuk Sistem Pengoperasiannya. Jika pengguna komputer gagal validasi, tiada update dibenarkan. Juga terdapat bebberapa bahagian yang dirasakan oleh Microsoft tidak sebagai keutamaan, maka komputer pengguna terdedah terhadap spyware dan virus

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"