RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Julai 12, 2010

Paparan Windows - DULU hingga SEKARANG

Saya mula mengenali komputer pada tahun 1990 di tingkatan 3. Pada ketika itu paparannya warna hijau. Warna 'games'nya semua hijau. 'Cave Man' yang tidak mungkin saya lupakan. Mari lihat paparan Windows dulu hinggalah sekarang..











Bermula dengan MS DOS. Sebanyak 7 versi MS DOS yang mana setiap satunya terdapat penambahbaikan. Kebanyakakan versi MS DOS berlatarbelakangkan hitam seperti di atas dan juga seperti di bawah ini.





































Kemudian perubahan mula ketara apabila MS DOS 7 muncul dengan warna mula mengambil peranannya.


















Selepas itu muncullah perkataan WINDOWS... bermula dengan Microsoft Windows 1.0 hingga Microsoft Window 3.0 (1985-1990) seperti dibawah;


















































Pengeluaran windows 3.0 di hapuskan sepenuhnya pada tahun 2001. Kerjasama antara Microsoft dan IBM pada lewat 80an mewujudkan OS/2 bagi meneruskan kejayaan DOS. Di lancar pada 1987  bermula dengan versi 1.0 sehingga 3.0. Pada ketika inilah komputer mula bergerak maju dengan kerja pelbagai tugas (multitasking) dapat dilakukan. Gambar seperti di bawah adalah OS/2 (kurang pasti versi apa..)



















Diawal 90 an Microsoft dan IBM berbalah dan berpecah. IBM meneruskan projek OS/2 sementara Microsoft meneruskan OS/3 yang mana kemudian munculnya Microsoft Windows 3.1 ataupun lebih dikenali sebagaii Windows NT yang dilancar pada tahun 1992. Nama kod bagi windows NT adalah CAIRO.



































Pada generasi windows NT 3.5 inilah muncul fail sistem NTFS (New Technology File System) yang mana Windows NT ini sangat stabil dalam pasaran sebagai Windows yang berfungsi sebagai SERVER. Perhatikan, pada masa itu games 'free cell' telah bermula dan masih ada  sehingga kini


Microsoft terus bergerak dan pada tahun 1995, munculnya generasi baru iaitu Windows 95 atau NT 4.0 ataupun lebih tepat windows 95 terletak diatas antara muka NT 4.0. Perhatikan, warna-warna semakin banyak pada windows ini. Nama kod bagi windows generasi ini adalah CHICAGO.


 
















Pada 25 Jun 1998, Microsoft seterusnya melancarkan Windows 98. Windows ini menyokong banyak pmacu(driver) perkakasan dan menambahkan sokongan kuat kepada file sistem FAT32.Windows 98 second edition kemudiannya memberikan kelancaran yang lebih kepada generasi windows ini dengan pertambahan sokongan kepada banyak pemacu(driver) perkakasan .Contohnya perkakasan yang menggunakan USB (universal serial bus).
























Generasi Windows NT berterusan kepada NT 5.0 yang mana lebih dikenali sebagai Windows 2000. Ia sangat berjaya sebagai sistem pengoperasian yang sangat berjaya sebagai komputer SERVER dan rangkaian.


















Di alaf baru pada September 2000, Windows ME (Millenium Edition) diperkenalkan dan memberi nilai tambah kepada multimedia dan ciri-ciri mesra internet. pada generasi inilah SYSTEM RESTORE diperkenalkan. Windows ME ini merupakan versi windows paling cepat diganti iaitu selama setahun sahaja kerana merupakan persinggahan sementara antara Windows 2000 dan Windows XP.


















Setahun selepas Windows ME iaitu pada 2001 dengan nama kodnya WHISTLER, muncullah Windows yang paling berjaya dalam generasi Windows sehingga kini iaitu Windows XP. Windows yang sangat mesra pengguna ini paling lama bertahan iaitu antara 2001 sehingga 30 januari 2007 dengan Service Pack (SP) 1 pada september 2002, SP 2 pada Ogos 2004 dan SP 3 pada April 2008. Versi paling popular dalam generasi ini adalah XP Home dan XP Profesional.




















Pada tahun 30 November 2006, Microsoft melancar generasi Windows terbaru yang mana dianggap oleh pengguna sebagai PALING GAGAL iaitu Windows Vista. Didatangkan dengan reka bentuk serba baru dan menarik dan berteknologi tinggi. Dengan keperluan spesifikasi yang sangat tinggi denggan XP dan terdapat beberapa masalah dengan sistemnya yang kurang menyokong dengan mudah pemacu menyebabkan windows XP kekal digunakan oleh ramai pengguna komputer.


















Asalnya dikenali dengan nama kod BLACKCOMB dan VIENNA, Microsoft memperkenalkan generasi terbaru yang dikenali kini sebagai Windows 7. Windows ini dianggap sebagai pembaikan daripada Windows Vista. Ia ringan tetapi berkuasa.Dibina dalam tempoh 3 tahun selepas Vista.



















****SEGALA INFO DI ATAS ADALAH MELALUI PEMBACAAN SAYA, JIKA ADA KESALAHAN FAKTA MAKA DIPOHON DAPAT MEMBERIKAN MAKLUM BALAS DENGAN MEMBETULKANNYA... terima kasih...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"