Microsoft Office mungkin menjadi perisian aplikasi yang dominan di pasaran, tetapi open office  telah sekian lama menjadi alternatif kepadanya kerana menawarkan  penggunaannya secara percuma. Kini, pengguna mempunyai satu lagi  alternatif kepada perisian aplikasi yang percuma iaitu IBM Lotus Symphony. IBM  Lotus Symphony, yang awalnya dilancarkan pada tahun 2007 menyediakan  tiga aplikasi iaitu Lotus Symphony Documents, Spreadsheet, dan  Presentasi. Pelbagai  plug-in juga disediakan.
Versi 3 dari Lotus Symphony dikeluarkan pada bulan Oktober 2010.  Berdasarkan kod OpenOffice.org, dan merupakan sebuah perisian bebas.
Untuk nilai tambah, IBM mengenakan bayaran untuk perkara-perkara  berkaitan penyelesaian QuickStart untuk membantu syarikat menilai hasil  pelaburan dan kesesuaian menggunakan perisian enterprise nya , termasuk  latihan dan amalan terbaik.
Juga tersedia secara berasingan untuk bayaran adalah perkhidmatan  LotusLive IBM untuk penyelesaian berasaskan cloud, kolaborasi, kemampuan  mobile, dan banyak lagi.
KLIK SINI untuk muat turun.
sumber : http://www.pcworld.com




0 comments :
Catat Ulasan